Jatuh Bangun Politik Dinasti


SEJAK sekian lama di seluruh dunia, ikatan genealogi atau kekeluargaan telah digunakan sebagai dasar kesinambungan politik untuk mengekalkan kekuasaan.
Sehingga hari ini, praktis tersebut masih menjadi kebiasaan. Ada yang memanggilnya dinasti politik, ada juga yang menggelarkannya warisan.
Namun, hari ini dalam amalan sistem demokrasi, praktis tersebut bukanlah diwariskan sesuka hati seperti suatu masa dulu.
Hari ini seseorang pemimpin masih memerlukan sokongan parti dan undi rakyat untuk turut berada dalam gelanggang politik.
Namun, membawa nama keluarga apatah lagi pemimpin besar mungkin membuka jalan yang lebih luas untuk ahli keluarga lain berjaya sebagai pemimpin politik.
Hakikatnya, politik dinasti berlaku di pelbagai negara daripada Amerika Syarikat (AS), Kanada, Indonesia, Sri Lanka, Filipina dan tidak terkecuali di Malaysia.
Siapa dapat melupakan gandingan anak-beranak yang memimpin AS. George Herbert Walker Bush merupakan Presiden AS ke-41 dari tahun 1989 hingga 1993, manakala anaknya George Walker Bush pula ialah Presiden AS ke-43 dari tahun 2001 hingga 2009.
Di Singapura, Perdana Menteri republik itu, Lee Hsein Loong merupakan anak kepada pengasas dan juga Perdana Menteri pertama negara itu, Lee Kuan Yew.
Di Malaysia, sejarah telah menyaksikan bagaimana suburnya politik dinasti di negara ini. Anak, cucu dan ahli keluarga orang politik turut terjun dan sukses sebagai pemimpin di gelanggang politik.
Sekadar menyebut beberapa contoh, Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri kelima, merupakan anak Tun Abdul Razak Hussein bekas Perdana Menteri kedua Malaysia.
Najib menjadi pemimpin pertama di Malaysia mengikut jejak ayah bergelar Perdana Menteri.
Selain UMNO, parti-parti lain turut mempunyai wakil keluarga. Dalam DAP, Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng ialah anak kepada Lim Kit Siang. Mendiang Karpal Singh yang juga bekas pemimpin utama DAP mempunyai tiga orang anak yang aktif dalam politik iaitu Jagdeep Singh, Gobind Singh dan Ramkarpal Singh.
Tidak terkecuali PKR apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini Presiden parti turut disertai isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.
Terbaru, landskap politik Malaysia tambah menarik apabila negawaran Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada usia 95 tahun menubuhkan parti baharu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Anak beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinamakan sebagai Presiden Pejuang.
Pejuang parti terbaru di Malaysia yang menyaksikan Dr Mahathir dinamakan sebagai Pengerusi manakala anaknya, Mukhriz sebagai Presiden parti itu.
Politik darah daging
Bagi ahli politik veteran dan juga tokoh budayawan, Tan Sri Rais Yatim, politik dinasti di seluruh dunia bukanlah sesuatu yang asing.
Walaupun politik dinasti sering dikaitkan dengan unsur-unsur nepotisme, namun kata Rais yang juga seorang peguam, baik atau buruknya amalan politik warisan itu bergantung kepada sahsiah individu.
“Politik dinasti banyak bersandarkan kepada aliran darah kekeluargaan. Ada yang baik, ada yang negatif, bergantung kepada sahsiah seseorang,” kata beliau kepada Sinar Harian semalam.
Menurut Rais, kemungkinan berlakunya nepotisme kuasa adalah satu lumrah dalam politik, namun adalah lebih baik sekiranya dapat dielakkan.
“Namun, jika ia tak dirancang tidaklah menjadi hadangan. Dalam hal Tun Mahathir, beliau merancang untuk anaknya di peringkat penajaan.
“Pengumuman perjuangan parti Tun Mahathir hanya antipolitik wang. Isu ini boleh ditangani dengan azam perjuangan baharu baik dalam Bersatu, UMNO atau Pas atau di bawah Perikatan Nasional.
“Tampak langkah Tun Mahathir mewujudkan tapak dinasti Mahathir yang sejujurnya tak perlu dinasti baharu lagi. Beliau saja sudah cukup terbilang untuk diingati bergenerasi akan datang,” katanya lagi.
Mengakui politik dinasti turut berlaku di negara luar, beliau menegaskan politik dinasti perlukan pengawasan yang ketat supaya bibit-bibit negatif dalam parti dan kerajaan dapat dihindari.
Dalam pada itu, Penolong Profesor di Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berpandangan, dalam politik kebanyakan negara memang terdapat keluarga yang berpengaruh memungkinkan pembentukan politik dinasti.
“Namun, terdapat beza antara sistem demokrasi dan autoritarian. Dalam demokrasi, turun naiknya pemimpin bukan pilihan keluarga semata-mata. Ia turut bergantung kepada penerimaan masyarakat dalam negara.
“Bagi sistem autoritarian, jika sesebuah keluarga memilih untuk menguasai kepimpinan politik, tiada apa yang masyarakat dapat lakukan,” katanya kepada Sinar Harian.
Guan Eng turut mengikut jejak ayahnya, Kit Siang terjun dalam bidang politik dan bergelar Setiausaha Agung DAP.
Ditanya perbezaan antara politik dinasti di Malaysia dan di negara luar, beliau berkata di Malaysia setakat ini, politik dinasti terdapat dalam beberapa parti.
“Dalam sejarah negara, cuma Najib yang berpeluang menjadi perdana menteri tapi tidaklah dibantu secara langsung oleh bapanya sementara dalam beberapa parti, terdapat anak atau saudara pemimpin yang mendapat tempat dalam kepimpinan kerana bapa atau saudara tertentu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, kajian yang diterbitkan dalam jurnal Historical Social Research pada Disember 2018 mendedahkan, secara purata, satu daripada 10 pemimpin dunia datang daripada isi rumah yang mempunyai hubungan politik.
Keluarga politik di sini ditakrifkan sebagai sama ada mempunyai pertalian darah atau perkahwinan kepada seseorang yang telah pun terlibat dalam politik.
Bagaimanapun memetik kata-kata Pengasas Sekolah Kebangsaan Program Kader Bangsa di Jakarta, Dimas Oky Nugroho: “Dinasti politik tidak selalunya bermakna negatif. Orang muda yang terlibat dalam politik mengikuti karier keluarga atau ibu bapa adalah sesuatu yang secara pilihan masuk akal dan berlaku secara semula jadi.”
The post Jatuh bangun politik dinasti appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/15/jatuh-bangun-politik-dinasti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adi Prayitno Gibran Adalah Jawaban Sindiran Megawati Soal Dinasti Politik

Adi Prayitno Gibran Adalah Jawaban Sindiran Megawati Soal Dinasti Politik

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 268 hits
Satir atau sindiran yang pernah terucap oleh Ketua Umum Partai PDIP Megawati Soekarnoputri soal dinasti politik telah dijawab secara tidak langsung oleh anak sulung Presiden Joko Widodo Gibran Rakabuming Raka Begitu kata Direktur Eksekutif ...
Orang Sabah Bermaruah Tolak Katak Politik

Orang Sabah Bermaruah Tolak Katak Politik

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 681 hits
Beliau mendakwa agensi agensi tertentu digunakan untuk menggugat pemimpin WARISAN sehingga masuk ke dalam rumah Lebih dahsyat apabila ada pengaruh luar yang menggunakan agensi kerajaan sedangkan fungsi kerajaan Persekutuan sepatutnya member...
Tmj Jangan Campuri Hal Ehwal Politik Kata Khairuddin

Tmj Jangan Campuri Hal Ehwal Politik Kata Khairuddin

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 298 hits
Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim diingatkan agar tidak mencampuri hal ehwal politik negara termasuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur politik dan bertentangan dengan Perlembagaan negara Bekas Penyelaras Paka...
Amandemen Uud Tahun 2002 Uu Ketok Magic Berlaku Untuk Kekuatan Politik

Amandemen Uud Tahun 2002 Uu Ketok Magic Berlaku Untuk Kekuatan Politik

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 225 hits
UUD 1945 hasil amandemen tahun 2002 disebut UU ketok magic Pasalnya penetapan UUD tersebut syarat dengan kejanggalan Budayawan Betawi Ridwan Saidi mengatakan bahwa secara administrasi negara penetapan UUD hasil amandemen itu bermasalah Teru...
Di Politik Tak Ada Kata Malu Sepertinya Pak Prabowo Akan Kembali Maju

Di Politik Tak Ada Kata Malu Sepertinya Pak Prabowo Akan Kembali Maju

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 273 hits
Direktur Eksekutif Indonesia Political Review Ujang Komarudin memperkirakan Ketua Umum Gerindra Prabowo Subianto akan maju sebagai calon presiden pada 2024 Terlebih lagi Prabowo mendapatkan dukungan dari kader partainya setelah Kongres Luar...
Menjawab Dakwaan Lim Guan Eng Dan Dap Pendakwaan Kes Terowong Adalah Bermotifkan Politik

Menjawab Dakwaan Lim Guan Eng Dan Dap Pendakwaan Kes Terowong Adalah Bermotifkan Politik

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 585 hits
Selepas 3 hari disoal siasat SPRM bermula dari 22 Julai 2020 hingga 26 Julai 2020 mengenai skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai RM6 3 bilion dan diiktraf sebagai skandal salah guna kuasa kedua terbesar negara selepas skand...
Saifuddin Mohon Maaf Isu Lesen Finas Orang Politik Tidak Boleh Lurus

Saifuddin Mohon Maaf Isu Lesen Finas Orang Politik Tidak Boleh Lurus

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 344 hits
Datuk Saifuddin Abdullah meminta maaf kepada pengguna media sosial atas kesilapan kenyataannya berhubung isu lesen Finas baru baru ini Foto oleh Choo Choy MayISKANDAR PUTERI 9 Ogos Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah ...
Timb Menteri Didakwa Guna Pesawat Tentera Untuk Kempen Politik

Timb Menteri Didakwa Guna Pesawat Tentera Untuk Kempen Politik

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 357 hits
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz diminta untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan salah guna kuasa terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysian Melalui gambar yang dikirimkan kepada SuaraTV salah seora...
Khairuddin Dinasihatkan Cari Makan Tanpa Saluran Politik

Khairuddin Dinasihatkan Cari Makan Tanpa Saluran Politik

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 1727 hits
Kelakar sungguh baca kenyataan macai otak udang si Khairuddin hari ini Beliau kata ramai sedang menanti kemunculan parti baru mahathir Beliau memuji mahathir kononnya tak sama dgn muhyidin Hakikatnya otak udang ini telah gagal untuk pujuk m...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025