Menteri Saran Pasang Cctv Di Tapak Binaan Pantau Pemaju Patuh Sop


Adam Abu BakarFadillah Yusof berkata, Kementerian Kerja Raya menggalakkan pemaju menggunakan teknologi IBS dalam usaha mengurangkan kebergantungan pekerja asing dalam sektor pembinaan. PETALING JAYA: Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof mencadangkan kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di tapak pembinaan dalam usaha memastikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi.

Katanya, CCTV itu dapat digunakan untuk tujuan kecemasan dan kontraktor, pemaju serta agensi kerajaan berkaitan dapat memantau perkembangan projek berdasarkan masa sebenar.

“Untuk kawal selia, mungkin kita boleh gunakan digital. Mungkin di tapak pembinaan sekarang ini kita boleh letakkan CCTV yang boleh digunakan untuk memantau dan dapat melihat perkembangan dalam tempoh waktu sebenar di tapak pembinaan.

“Jika berlaku kecemasan, orang boleh tahu dengan cepat. Ini mungkin boleh dilaksanakan kerana laporan diterima dalam tempoh waktu sebenar antara kontraktor, pemaju dan agensi kerajaan,” katanya dalam sebuah program televisyen malam tadi.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali dilaporkan berkata, sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) fasa 1, 2 dan 3 kini boleh beroperasi sepenuhnya.

Katanya, sektor ekonomi itu turut dibenarkan beroperasi tanpa sekatan masa mengikut keperluan industri masing-masing bermula 29 April lalu dan syarikat yang diluluskan untuk beroperasi sebelum ini tidak perlu memohon kepada kementeriannya untuk mendapatkan kebenaran itu.

Sementara itu, ditanya apakah usaha Putrajaya untuk mengatasi kebergantungan pekerja asing dalam sektor pembinaan, Fadillah berkata, kementeriannya ketika ini menggalakkan pemaju menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS).

“Untuk kurangkan kebergantungan pekerja asing adalah dengan menggunakan pendekatan baru, iaitu teknologi.

“Sebab itu kita galakkan industri pembinaan gunakan IBS sebab IBS tidak memerlukan pekerja yang ramai, dengan itu kebergantungan terhadap pekerja asing dapat kita kurangkan.”

Katanya, teknologi IBS memerlukan pekerja mahir dan beliau menggalakkan rakyat tempatan menceburi bidang ini menerusi program latihan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Kementerian Kerja Raya meneruma laman webnya menyatakan IBS menggunakan teknik, produk, komponen atau sistem pembinaan melibatkan pemasangan komponen binaan di tapak pembinaan.

Penggunaan IBS menjanjikan kelebihan seperti pengurangan pekerja dan bahan binaan di tapak, pengurangan pembaziran bahan binaan, alam sekitar dan tapak binaan lebih bersih, kawalan kualiti lebih baik, tapak pembinaan lebih teratur dan selamat serta tempoh pembinaan lebih singkat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/menteri-saran-pasang-cctv-di-tapak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Kewangan Saran Bank Bantu Rakyat Lupus Faedah Terakru

Menteri Kewangan Saran Bank Bantu Rakyat Lupus Faedah Terakru

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 466 hits
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini menyarankan agar semua institusi kewangan khususnya yang terlibat dalam moratorium untuk mempertimbang bagi melupuskan kadar faedah terakru atau keuntungan sepanjang tempoh enam ...
Bimbang Gelombang Baharu Covid 19 Jika Tidak Patuh Sop

Bimbang Gelombang Baharu Covid 19 Jika Tidak Patuh Sop

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 366 hits
Bimbang Gelombang baharu COVID 19 jika tidak patuh SOPWHO memberi amaran bahawa gelombang kedua Covid 19 yang telah membunuh lebih dari 289 000 orang di seluruh dunia boleh meletus jika jangkitan baru terlepas dari kawalan Bimbang Gelombang...
Menteri Saran Bank Pertimbangkan Lupus Faedah Pinjaman

Menteri Saran Bank Pertimbangkan Lupus Faedah Pinjaman

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 493 hits
KUALA LUMPUR Semua institusi kewangan khususnya yang terlibat dalam moratorium disaran supaya mempertimbangkan pengenaan faedah sewaktu tempoh enam bulan tempoh penangguhan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata...
Buka Puasa Beramai Ramai Gagal Patuh Sop 16 Orang Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Dijangkiti Covid 19 Di Bahrain

Buka Puasa Beramai Ramai Gagal Patuh Sop 16 Orang Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Dijangkiti Covid 19 Di Bahrain

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 500 hits
Majlis iftar bersama keluarga bertukar menjadi musibah apabila 16 orang ahli keluarga di Bahrain dijangkiti wabak Covid 19 menerusi salah seorang dari mereka Menurut laporan Kementerian Kesihatan Bahrain anggota keluarga itu dijangkiti kera...
Perintahkawalanpergerakanbersyarat Semua Pasar Raya Di Timur Laut Patuh Sop

Perintahkawalanpergerakanbersyarat Semua Pasar Raya Di Timur Laut Patuh Sop

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 470 hits
Semua 13 pasar raya di daerah Timur Laut didapati mematuhi prosedur standard operasi yang ditetapkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mula dilaksanakan di Pulau Pinang 8 Mei lalu Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner S...
Jika Sektor Ekonomi Pekerja Gagal Patuh Sop Mereka Akan Kembali Duduk Di Rumah Kkm

Jika Sektor Ekonomi Pekerja Gagal Patuh Sop Mereka Akan Kembali Duduk Di Rumah Kkm

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 619 hits
Bermula hari ini rakyat Malaysia telah mula keluar bekerja seperti biasa dengan pelbagai SOP ketat bagi menggelakkan sebarang sentuhan dengan individu lain Menjaga jarak masing masing adalah perkara paling utama dalam menbendung wabak Covid...
Sedang Pantau Pemudik Fx Rudy Bertemu Mobil Berpelat Nomor Sama Dengan Miliknya

Sedang Pantau Pemudik Fx Rudy Bertemu Mobil Berpelat Nomor Sama Dengan Miliknya

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 225 hits
Kejadian unik dialami Wali Kota Solo F X Hadi Rudyatmo di sela memantau pemudik bermobil yang berdatangan ke Kota Bengawan Ia melihat salah satu mobil dengan pelat nomor sama persis dengan mobil pribadinya
Tips Untuk Melembutkan Tapak Tangan Yang Kasar

Tips Untuk Melembutkan Tapak Tangan Yang Kasar

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 252 hits
Pasti terdapat segelintir antara kita mempunyai tapak tangan yang kasar Hal ini disebabkan kerja yang korang lakukan pada setiap hari seperti membasuh pinggan kerana sabun yang digunakan mempunyai bahan kimia yang boleh membuatkan tangan me...
Mysejahtera App Untuk Pantau Kesihatan Kita Terhadap Wabak Covid 19

Mysejahtera App Untuk Pantau Kesihatan Kita Terhadap Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 422 hits
Kes COVID19 di Malaysia sudah mula berkurang Walaubagaimanapun terlalu awal untuk kita membuat kesimpulan Tindakan dan kawalan mesti diteruskan bagi memastikan penularan wabak ini dapat dibanteras Kita tidak boleh leka Teruskan duduk diruma...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba