Menteri Kewangan Saran Bank Bantu Rakyat Lupus Faedah Terakru


Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, hari ini menyarankan agar semua institusi kewangan khususnya yang terlibat dalam moratorium untuk mempertimbang bagi melupuskan kadar faedah terakru (bagi pinjaman sewa beli) atau keuntungan (bagi pembiayaan Islam berkadar tetap) sepanjang tempoh enam bulan skim tersebut.
Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Kewangan sedia untuk bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan itu.

Loading… Kenyataan beliau itu dibuat berikutan timbulnya kekeliruan umum mengenai kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan berkaitan skim moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman sewa beli yang ditawarkan oleh institusi kewangan.
“Antara punca kekeliruan ini disebabkan pelbagai sumber yang membawa maklumat kurang tepat,” katanya menerusi catatan terbaharunya di laman Facebook beliau, hari ini.
Susulan itu, pihak BNM pada 1 Mei, 2020 menerusi laman sesawangnya telah menyiarkan kenyataan ‘Soalan Lazim (FAQs) Mengenai Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap’ yang telah dikemaskini.
Tengku Zafrul menjelaskan di bawah Akta Bank Negara 2009, isu mengenai moratorium berada di bawah bidang kuasa BNM dan bank pusat itu juga telah mengadakan sidang media untuk menjelaskan kekeliruan yang dihadapi peminjam.
“Sejak kebelakangan ini, media massa dan netizen banyak menimbulkan persoalan mengenai isu ini. Untuk makluman, memang terdapat bank yang menawarkan moratorium pinjaman tanpa mengenakan faedah terakru atau faedah dikompaun atas pinjaman.
“Namun ia tidaklah merangkumi semua produk pinjaman…setiap bank pula ambil pendekatan tersendiri dalam hal mengenakan faedah sewaktu tempoh moratorium,” katanya.
Sehubungan itu, katanya Kementerian Kewangan telah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut ini melalui perbincangan bersama BNM dan bank-bank untuk membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan rakyat.
Malah, tegas beliau, kerajaan sentiasa peka terhadap cetusan hati nurani rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40 serta mengambil berat mengenai perkara itu.
“Dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar disebabkan oleh wabak Covid-19, saya amat berharap pandangan (mengenai saranan) ini dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh BNM dan juga institusi-institusi kewangan dalam negara.
“Saya yakin langkah ini akan dapat memberi impak positif kepada rakyat kita,” tambahnya. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/05/menteri-kewangan-saran-bank-bantu-rakyat-lupus-faedah-terakru/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=menteri-kewangan-saran-bank-bantu-rakyat-lupus-

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Saran Bank Pertimbangkan Lupus Faedah Pinjaman

Menteri Saran Bank Pertimbangkan Lupus Faedah Pinjaman

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 552 hits
KUALA LUMPUR Semua institusi kewangan khususnya yang terlibat dalam moratorium disaran supaya mempertimbangkan pengenaan faedah sewaktu tempoh enam bulan tempoh penangguhan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata...
Zafrul Saran Bank Lupus Faedah Terakru Dalam Tempoh 6 Bulan Penangguhan

Zafrul Saran Bank Lupus Faedah Terakru Dalam Tempoh 6 Bulan Penangguhan

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 432 hits
Zafrul saran bank lupus faedah terakru dalam tempoh 6 bulan penangguhanMenteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menggesa bank supaya mempertimbangkan untuk tidak mengenakan faedah terakru atau keuntungan sepanjang tempoh penangguhan bayaran bali...
Tengku Zafrul Saran Institusi Kewangan Lupus Faedah Terakru Sepanjang Moratorium

Tengku Zafrul Saran Institusi Kewangan Lupus Faedah Terakru Sepanjang Moratorium

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 421 hits
Setelah mengambil kira permintaan rakyat Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyarankan agar semua institusi kewangan melupuskan faedah terakru atau keuntungan sepanjang tempoh enam bulan moratorium pembayaran balik...
Pkr Sifatkan Menteri Kewangan Lebih Mesra Bank Daripada Rakyat

Pkr Sifatkan Menteri Kewangan Lebih Mesra Bank Daripada Rakyat

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 538 hits
PKR menyifatkan menteri Kewangan Tangku Zafrul Abdul Aziz lebih mesra kepada bank berbanding rakyat Ini ekoran perubahan prosedur moratorium pinjaman sewa beli dan pembiayaan berasaskan Islam berkadar tetap yang diumumkan Bank Negara semala...
Pkr Menteri Kewangan Wakili Rakyat Atau Bank

Pkr Menteri Kewangan Wakili Rakyat Atau Bank

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 372 hits
MALAYSIAKINI Pemimpin PKR hari ini menyasarkan menteri kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berhubung perubahan prosedur moratorium pinjaman sewa beli dan pembiayaan islamik berkadar tetap yang diumumkan Bank Negara semalam Dalam satu kenyataa...
Menteri Kewangan Hilang Taring Dengan Bank Negara

Menteri Kewangan Hilang Taring Dengan Bank Negara

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 572 hits
Menteri Kewangan Hilang Taring Dengan Bank Negara Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menggesa bank supaya mempertimbangkan untuk tidak mengenakan faedah terakru atau keuntungan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman selama ena...
Inilah Masa Bank Patut Bantu Rakyat Tengku Zafrul

Inilah Masa Bank Patut Bantu Rakyat Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR Institusi perbankan memiliki kemampuan untuk melupuskan faedah terakru bagi pinjaman sewa beli dan keuntungan bagi pembiayaan Islam berkadar tetap yang terbabit dalam tempoh moratorium enam bulan Menteri Kewangan Tengku Datuk S...
Bank Perlu Bantu Rakyat Yang Sedang Dalam Kesusahan

Bank Perlu Bantu Rakyat Yang Sedang Dalam Kesusahan

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 426 hits
SHAH ALAM Institusi kewangan dan perbankan di negara ini perlu melupuskan faedah pinjaman kepada peminjam bagi tempoh enam bulan moratorium sebagai tanda sokongan membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik koronavirus Presiden K...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan

Ppim Perjelas Isu Makanan Kucing Didakwa Berasaskan Babi Malaysia Gazette 11 10 2025

Lirik Lagu Sinaran Rossa Ft Mk K Clique

Syi Ir Tawassul Al Rifa Ie Doa Santri Dan Cahaya Ilmu

5 Game Penghasil Uang Langsung Ke Rekening Terbaik Legit

10 Pekerjaan Online Yang Ideal Untuk Ibu Rumah Tangga Fleksibel Dan Ringan Modal