Menteri M Sia Kekal Pendirian Halang Atlet Israel


Alyaa Alhadjri      
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) akan membuat makluman rasmi kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) berhubung pendirian kerajaan tidak membenarkan atlet para-renang dari Israel menyertai kejuaraan yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata jemaah menteri pada mesyuarat yang lalu telah membincangkan isu terbabit dan memutuskan untuk mempertahankan pendirian Malaysia menghalang kemasukan kontinjen dari Israel.

"Surat rasmi kepada Menteri Belia dan Sukan Sarawak akan dihantar oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Selepas itu MPM akan maklumkan pada IPC tentang pendirian kerajaan yang sedia ada," kata Syed Saddiq dalam satu sesi sidang media selepas menghadiri acara sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Sedunia anjuran MPM hari ini.

Atlet renang paralimpik dari lebih 70 negara dijangka menyertai pusingan kelayakan Tokyo Paralimpik 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Julai hingga 4 Ogos akan datang.

Khamis lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan kerajaan menolak permohonan visa pasukan Israel yang ingin menyertai kejuaraan World Para Swimming 2019 tersebut.

"Kalau mereka (pasukan Israel) tetap datang, ia merupakan satu pelanggaran (undang-undang).

"Kalau mereka (IPC) mahu mencabut hak Malaysia untuk menjadi tuan rumah acara tersebut, mereka boleh berbuat demikian," kata Mahathir seperti dipetik oleh Bernama.

Agensi berita AFP hari ini turut melaporkan kekecewaan IPC susulan kenyataan Mahathir, walaupun badan sukan antarabangsa itu akan berusaha untuk mencari "jalan keluar" bagi isu tersebut.

Kumpul dana bantu atlet para negara

Sementara itu, Syed Saddiq turut menegaskan komitmen kerajaan menerusi MPM bagi membantu pembangunan atlet-atlet paralimpik negara menjelang kejohanan Tokyo Paralimpik 2020.

"Kita akan cuba sebaik mungkin untuk membantu pihak MPM mencapai sasaran RM5 juta dalam masa tiga tahun," katanya.

Presiden MPM SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata kutipan dana menerusi platform e-dompet di aplikasi 'Boost' atau laman rasmi MPM akan turut digunakan untuk menampung kos bidaan penganjuran pelbagai temasya sukan Antarabangsa.

Inisiatif kutipan dana 'Tambah Emas' telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi ini bersempena sambutan Hari OKU sedunia.

Dalam kesempatan itu, Wan Azizah yang ditemani Syed Saddiq dan pemegang rekod dunia acara 100m T36 (gangguan pembelajaran) Ridzuan Puzi telah dibawa melawat sekitar Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kuala Lumpur - pusat latihan utama kontinjen para nasional negara.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/menteri-msia-kekal-pendirian-halang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Mohamad Dituduh Anti Yahudi Karena Tolak Visa Atlet Israel

Mahathir Mohamad Dituduh Anti Yahudi Karena Tolak Visa Atlet Israel

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 301 hits
Israel menuding Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad sebagai antisemitisme fanatik setelah ia melarang atlet atlet Israel berkompetisi dalam acara kualifikasi untuk Paralimpiade Tokyo 2020
Mahathir Jadikan Isu Atlet Israel Sebagai Modal Politik

Mahathir Jadikan Isu Atlet Israel Sebagai Modal Politik

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 392 hits
oleh Ab Jalil Backer Ketika kerajaan dibelengu pelbagai masalah ekonomi dalam negara maka sekali lagi Israel dijadikan modal mengalih tumpuan Keputusan Tun Dr Mahathir tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dun...
Informasi Hamas Puji Tindakan M Sia Berani Terhadap Israel

Informasi Hamas Puji Tindakan M Sia Berani Terhadap Israel

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 324 hits
ISMAIL HANIYEHKUALA LUMPUR 18 Jan Gerakan Pembela Islam Harakat Al Muqawwamah Al Islamiyyah menyifatkan keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan pemberian visa kepada atlet Israel sebagai tindakan yang berani Ketua Bidang Kuasa P...
Serangan Rakyat M Sia Berjaya Sebab Kan Akaun Fb Pro Israel Tutup

Serangan Rakyat M Sia Berjaya Sebab Kan Akaun Fb Pro Israel Tutup

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 442 hits
ADAKAH DAP GEMBIRA ATAU SEDIH BILA AKAUN FB PRO ISRAEL DITUTUP ANDA PASTI LEBIH KENAL SIAPA DAP HUBUNGANNYA DENGAN SINGAPURA DAN HUBUNGAN SINGAPURA DENGAN ISRAEL JANGAN main main dengan netizen Malaysia sekali mereka serang habis hilang ata...
Ini Respon Hamas Apabila Malaysia Bertegas Untuk Tidak Membenarkan Atlet Israel Memasuki Malaysia

Ini Respon Hamas Apabila Malaysia Bertegas Untuk Tidak Membenarkan Atlet Israel Memasuki Malaysia

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 829 hits
Kerajaan Malaysia mengumumkan minggu lalu untuk tidak memberikan visa peserta renang Israel untuk Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung di Kuching pada Julai ini yang menyebabkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa ...
M Sia Bertegas Wakil Israel Tetap Tidak Dibenar Masuk Untuk Hadir Sebarang Acara Dan Program

M Sia Bertegas Wakil Israel Tetap Tidak Dibenar Masuk Untuk Hadir Sebarang Acara Dan Program

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 322 hits
DR MAHATHIR Mohamad ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Ke 73 di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Kabinet memutuskan Malaysia tidak akan menjadi tuan rumah sebarang program atau acara termasuk sukan yang membabitka...
Tetap Tidak Benarkan Atlet Israel Masuk Kata Pm

Tetap Tidak Benarkan Atlet Israel Masuk Kata Pm

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 323 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Foto Astro AwaniKerajaan tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching Sarawak yang akan berlangsung bermula 29 Julai hingga 4...
Amanah Sokong Ketegasan Pm Tolak Atlet Israel

Amanah Sokong Ketegasan Pm Tolak Atlet Israel

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 359 hits
MALAYSIAKINI Walaupun sukan ditegaskan sebagai alat memupuk persahabatan tanpa mengira latar agama bangsa dan negara namun pengecualian boleh dibuat ke atas kerajaan yang mengamalkan dasar menindas Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Raja Ba...
Mahathir Mohamad Tak Ada Tempat Bagi Atlet Israel Di Malaysia

Mahathir Mohamad Tak Ada Tempat Bagi Atlet Israel Di Malaysia

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 457 hits
Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad menegaskan bahwa pihaknya tak menerima atlet Israel di negaranya Mahathir juga menolak memberi visa bagi tim renang Israel yang akan berlomba dalam Kejuaraan Renang Paralimpic Dunia Kejuaraan ini di...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities