Menteri Kpt Gagal Lantik 5 Naib Canselor



Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu menyegerakan pelantikan Naib Canselor (NC) di 5 universiti.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH), kegagalan melantik NC tersebut telah pun mendapat teguran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kerana kekosongan yang berlarutan sejak awal tahun ini.
Kata mereka, Jawatankuasa Pendidikan PH bersetuju dengan pandangan Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin bahawa kelewatan kerajaan membuat lantikan untuk mengisi kekosongan terbabit boleh menjejaskan operasi pentadbiran sekali gus menjejaskan hala tuju universiti
“Walaupun KPT memberikan alasan bahawa proses yang teliti dan profesional menyebabkan kelewatan, malangnya ianya tidak berlaku sebelum ini kepada penggantian Naib Canselor di beberapa universiti yang telah berlangsung dengan kadar segera. Ternyata alasan yang dikemukakan hanya merupakan helah dengan berselindung di sebalik SOP yang ada.
“Menteri Pengajian Tinggi harus mengambil tanggungjawab penuh kegagalan ini kerana Jadual Pertama Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) yang menjadi sebahagian peruntukan Perlembagaan Universiti menerusi lunas Seksyen 8(1), Akta 30 memberi kuasa penuh kepada Menteri untuk melantik Naib Canselor. Kuasa yang sama juga telah diberikan oleh Seksyen 20 Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) kepada Menteri untuk melantik Naib Canselor UiTM,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Menurut jawatankuasa itu, universiti yang ketiadaan NC ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Bagi UPSI, tarikh kekosongan jawatan Naib Canselornya ialah semenjak 7 Feb 21; bagi UiTM pula ialah semenjak 10 Mac; manakala UniMAP pula ialah 27 Mac; dan UMT ialah pada 12 April.
Bagi UPM ianya lebih menarik kerana Naib Canselornya telah diarahkan bercuti mulai 18 Februari yang sepatutnya pada tempoh asalnya ialah sebulan sahaja, tetapi telah disambung tanpa had sehingga kini.
Jawatankausa Pendidikan PH juga ingin penjelasan Menteri KPT mengenai pemberhentian tugas NC secara yang meragukan.
Hal ini kerana, kata mereka, merujuk kes pemberhentian NC UiTM dan UniMAP yang secara tiba-tiba dan telah mengundang banyak spekulasi.
“Apa yang pasti ada pihak dalaman mengatakan ianya lebih bermotifkan politik. Apa yang lebih memeranjatkan lagi penamatan tersebut tidak diberikan sebab dan tidak ada pelan penggantian dalam perancangan KPT. Mengapakah ditamatkan perkhidmatan NC tersebut sebelum tempohnya dan tanpa perancangan teliti untuk penggantiannya? Penamatan sebelum tempoh juga dibuat dalam keadaan di mana kedua-dua universiti iaitu UiTM dan UniMAP sedang ditadbir dengan baik dan menerima sokongan warga kampus secara keseluruhanya.
“Melihat kepada kes UMT dan UPSI, kita maklum iklan telah dikeluarkan untuk pemilihan pencalonan, namun selepas beberapa bulan hingga kini, kedua-dua universiti itu masih belum mempunyai NC. Malah untuk UMT, KPT telah mengambil masa lebih setahun untuk mencari pengganti mantan NC yang disambung setahun dari April 2020 hingga April 2021. Bagi kes UPM pula, keadaan seakan tergantung tanpa apa-apa penyelesaian dan tiada pula proses pencarian NC baharu.
“Perlu diketahui, amalan biasa ialah mana-mana kekosongan NC, akan disandang buat sementara waktu oleh salah seorang Timbalan Naib Canselor (TNC) yang dipilih. Mana-mana TNC yg ditugaskan menjalankan fungsi bolehlah bertindak sebagai NC tetapi ia masih tidak sama kerana mereka hanya menjalankan tugas rutin sahaja untuk sementara dan tidak akan merancang apa-apa strategi baru untuk universiti.
“Hakikatnya, mereka juga masih ada portfolio sendiri yang perlu dijalankan di samping tugas sementara yang disandang,” kata mereka.
Walau apa pun, tegas Jawatankuasa Pendidikan PH, pemilihan NC ubtuk 5 universiti perlu dilakukan segera.
Menurut mereka, sewaktu pentadbiran PH, proses di KMT ialah proses pemilihan atau temuduga oleh Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor (JKTPNC) yang dianggotai oleh golongan profesional dan tiada kepentingan.
Setelah itu, YB Menteri akan memuktamadkan perlantikan. Proses ini tidak akan memakan masa yang lama sehingga berbulan-bulan seperti yang didakwa oleh KPT di dalam jawapannya kepada Cuepecs.
“Keputusan-keputusan ini memerlukan kepimpinan dan juga sifat kebertanggungjawaban di pihak Menteri lebih-lebih lagi di kala wabak Covid-19 melanda. Masalah ini dan banyak masalah lain yang timbul dalam pendidikan tinggi semenjak PN mengambil tampuk kuasa timbul ialah
kerana YB Menteri sibuk berpolitik dan membuat keputusan politik tanpa perancangan yang teliti.
“Oleh itu, Jawatankuasa Pendidikan PH mencadangkan agar Menteri menubuhkan Majlis Pendidikan Tinggi untuk mengendalikan keadaan pendidikan tinggi berdasarkan Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 (Akta 546).
“Hal ini pernah dibawa oleh Menteri Pendidikan di zaman PH, tetapi tidak dapat diteruskan kerana pertukaran kerajaan. Kewujudan Majlis ini akan lebih menjamin memberikan ruang untuk Pendidikan Tinggi menentukan halatujunya oleh golongan profesional dan meminimumkan kesan politik terhadap perjalanan dan masa depan pendidikan tinggi negara. Ia juga mampu untuk membendung apa jua kelemahan kepimpinan dari pihak eksekutif,” kata mereka lagi.
Menurut mereka Jawatankuasa Pendidikan PH juga mencadangkan Menteri KPT melepaskan jawatan jika berterusan tidak mampu menentukan halatuju dan memacu kementerian yang penting tersebut.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH Dr Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN), Teo Nie Ching (DAP), Datuk Dr Hasan Baharom (AMANAH), Natrah binti Ismail (KEADILAN) dan Steven Sim Chee Keong (DAP).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32302

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Memalukan Oleh Menteri Yang Gagal Dunia Sedang Dalam Proses Pemulihan

Malaysia Memalukan Oleh Menteri Yang Gagal Dunia Sedang Dalam Proses Pemulihan

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 168 hits
NORMAN RADZUANTolak negara China yang saya anggap magic Tak tahulah samada benar mereka yg mencipta virus dan mereka yang awal awal sudah ada formula vaksin hingga negara tersebut hampir sifar Pandemik Pelik bermula di Wuhan tapi Shanghai d...
Bengang Dengan Pemecatan Tajuddin Pemimpin Umno Senaraikan 7 Menteri Yang Gagal Dan Tidak Berfungsi

Bengang Dengan Pemecatan Tajuddin Pemimpin Umno Senaraikan 7 Menteri Yang Gagal Dan Tidak Berfungsi

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 150 hits
May 27 2021 Seorang pemimpin Umno hari ini menyenaraikan tujuh menteri kebanyakannya dari Bersatu yang didakwanya gagal memainkan peranan serius ketika negara berdepan wabak Covid 19 Menurut ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii berkata m...
Gagal Angkat Anwar Jadi Pm Pkr Mula Sangsi Kepada Ahli Parlimen Sendiri

Gagal Angkat Anwar Jadi Pm Pkr Mula Sangsi Kepada Ahli Parlimen Sendiri

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 137 hits
Pemimpin dalam PKR kini dilihat telah mula hilang kepercayaan dan berasa waswas terhadap Ahli Parlimen mereka sendiri susulan dakwaan kononnya wujud cubaan untuk mendapatkan jawatan dalam Kerajaan Pusat Ini susulan kenyataan Pengarah Komuni...
Roti Biji Kaskas Penyebab Seorang Lelaki Positif Dadah Dan Gagal Temuduga

Roti Biji Kaskas Penyebab Seorang Lelaki Positif Dadah Dan Gagal Temuduga

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 171 hits
BAGI mereka yang ingin menghadiri temuduga kerja makan sebelum bersedia untuk temuduga adalah sesuatu yang sangat digalakkan tetapi dalam masa yang sama kita perlu berjaga jaga Seorang lelaki di England dilaporkan gagal dalam saringan dadah...
Gagal Batal Notis Kebankrapan Lhdn Akan Bankrapkah Najib

Gagal Batal Notis Kebankrapan Lhdn Akan Bankrapkah Najib

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 170 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak gagal mendapatkan penangguhan berhubung keputusan mahkamah yang berkaitan dengan tuntutan cukai kerajaan sebanyak RM1 69 bilion terhadap dirinya dan Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh meneruskan notis kebankr...
Spm Guru Cipta Modul Bantu Pelajar Gagal Ikuti Pdpr

Spm Guru Cipta Modul Bantu Pelajar Gagal Ikuti Pdpr

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 142 hits
BH ONLINE Foto hiasan NSTP Faiz Anuar JOHOR BAHRU Modul belajar sendiri yang dibuat seorang guru subjek Sains bagi membantu pelajar yang tidak berupaya mengikuti sesi dalam talian Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah membuahkan hasil apabil...
Jadilah Seekor Tikus Yang Berjaya Daripada Seorang Politikus Yang Gagal

Jadilah Seekor Tikus Yang Berjaya Daripada Seorang Politikus Yang Gagal

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 270 hits
Magawa bersara lepas lima tahun kesan periuk apiPHNOM PENH SEEKOR TIKUS yang diberi nama Magawa bakal bersara daripada tugasnya iaitu menghidu periuk api dan objek bahan letupan di negara ini selepas berkhidmat selama lima tahun Tikus yang ...
Asyraf Wajdi Sifatkan Darurat Kerajaan Pn Gagal

Asyraf Wajdi Sifatkan Darurat Kerajaan Pn Gagal

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 148 hits
June 14 2021 Dalam tempoh sebulan setengah berbaki sebelum darurat tamat kerajaan digesa memanfaatkan Ordinan Darurat untuk kepentingan rakyat Ia termasuk mengarahkan bank menawarkan moratorium tanpa caj atau faedah tambahan kepada semua go...
Najib Gagal Batalkan Notis Bankrap Lhdn

Najib Gagal Batalkan Notis Bankrap Lhdn

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 200 hits
tuncarlos com Najib Razak gagal mendapatkan penangguhan berhubung keputusan mahkamah yang berkaitan dengan tuntutan cukai kerajaan sebanyak RM1 69 bilion terhadap dirinya Sehubungan itu Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh meneruskan notis keba...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Gaya Hidup Sihat 8 Perkara Yang Perlu Anda Amalkan

Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music