Menteri Belum Terima Laporan Rasmi Rakyat Terkandas Di Makkah


 
Menteri Na’im Mokhtar berkata pihaknya difahamkan status individu yang terkandas masih sama dan mereka belum lagi membuat aduan kepada TH. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) masih belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai beberapa rakyat Malaysia yang terkandas di Makkah selepas didakwa ditipu agensi pelancongan yang berjanji untuk mendapatkan visa mengerjakan haji tahun ini.
Menteri Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya difahamkan status individu yang terkandas masih sama dan mereka belum lagi membuat aduan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi meminta bantuan untuk dibawa pulang ke tanah air.
“Setakat laporan yang diterima daripada ketua pegawai eksekutif TH (Syed Hamadah Syed Othman) dan ketua rombongan Haji, Syed Saleh Syed Abdul Rahman, belum ada secara rasmi mereka menghubungi untuk mendapatkan bantuan.
“Kita harap mereka (yang terkandas) membuat aduan kepada warga TH yang berada di Tanah Suci,” katanya selepas merasmikan Pavilion Al-Falah dan Pelancaran Buku Baharu terbitan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Pusat Dagangan Dunia.
Pada Rabu lepas, media melaporkan terdapat beberapa jemaah haji Malaysia terkandas di Makkah selepas pasport mereka dipegang agensi pelancongan sekali gus tidak boleh pulang ke tanah air.
Anak kepada mangsa terkandas dilaporkan berkata ibu bapanya mengambil pakej haji menggunakan visa pelancong yang diuruskan sebuah agensi pelancongan di Seri Kembangan, Selangor.
Mengulas lanjut, Na’im berkata kejadian tersebut melibatkan bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kerana membabitkan isu pelancongan dan umrah, manakala haji pula di bawah bidang kuasa TH.
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan rakyat untuk tidak mudah mempercayai sebarang iklan yang dikeluarkan agensi pelancongan yang mendakwa mampu mengeluarkan visa haji.
“Saya sudah tekankan visa haji hanya dikeluarkan oleh TH yang mana merangkumi 31,600 pada tahun ini, selain daripada TH adalah kedutaan Arab Saudi yang disebut sebagai Visa Mujamalah atau Furada. Orang lain (agensi pelancongan) tidak ada kuasa untuk mengeluarkan apa jua bentuk visa haji,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/menteri-belum-terima-laporan-rasmi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Tegas Menteri Ahy Gebuk Mafia Artis Nirina Semringah Terima Sertifikat Tanah

Video Tegas Menteri Ahy Gebuk Mafia Artis Nirina Semringah Terima Sertifikat Tanah

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 227 hits
AHY menyampaikan para mafia tanah mampu melakukan berbagai cara untuk menipu para korban
Menteri Besar Pahang Terima Rawatan Di Institut Jantung Negara Mulai Esok

Menteri Besar Pahang Terima Rawatan Di Institut Jantung Negara Mulai Esok

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 315 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan menerima rawatan di Institut Jantung Negara di ibu negara bermula esok sehingga satu tarikh yang akan ditentukan doktor kelak Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Zulkifli Y...
Isu Kontrak Suami Menteri Sprm Terima Petunjuk Baharu Siasat Secara Menyeluruh

Isu Kontrak Suami Menteri Sprm Terima Petunjuk Baharu Siasat Secara Menyeluruh

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 254 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu penerimaan kontrak melibatkan suami kepada seorang menteri Sumber SPRM memaklumkan demikian susulan pihaknya menerima beberapa aduan baharu berhubung kes s...
Oku Dipukul Polis Siasat Dakwaan 3 Laporan Disediakan Anggota Sendiri Peguam

Oku Dipukul Polis Siasat Dakwaan 3 Laporan Disediakan Anggota Sendiri Peguam

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 512 hits
Shahrin Aizat NoorshahrizamPeguam N Surendran berkata pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan pemandu e hailing Orang Kurang Upaya Ong Ing Keong disuruh menandatangani tiga laporan yang disediakan polis berhubung kes serangan terhadapnya Ti...
Polis Sediakan Laporan Kedua Suruh Saya Tandatangan

Polis Sediakan Laporan Kedua Suruh Saya Tandatangan

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 345 hits
Shahrin Aizat NoorshahrizamSeorang pemandu e hailing yang didakwa diserang oleh pengiring Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa polis telah menyediakan laporan polis kedua dan dia diaragkan menandatanganinya Laporan polis...
Bukit Aman Akan Panggil Pegawai Kendali Laporan Kes Serang Oku Kata Kpn

Bukit Aman Akan Panggil Pegawai Kendali Laporan Kes Serang Oku Kata Kpn

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 389 hits
BUKIT Aman akan memanggil semua pegawai yang terlibat dalam menyiasat kes seorang lelaki kelainan upaya yang didakwa diserang oleh anggota pasukan pengiring keselamatan polis bagi memastikan siasatan menyeluruh kata Ketua Polis Negara Razar...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan