Menjelang Usia 40 Tahun
- 18 Januari 2020 -
Assalamualaikum
*Perkongsian dari FB*
Tenang di penghujung usia 30-an
Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah menginjak ke usia 37 tahun ke atas ni, memang temper selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun nak melenting.
Asyik melenting saja!
Tapi bila saya yang berada ditempat mereka sekarang ni, barulah saya faham. Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran tahap tertinggi. Kaw-kaw punya!
Usia 36, 37, 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan. Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan 36, 37, 38 dan 39 tahun. Tak pun cuba semak diri sendiri.
Di usia itu jugalah penentu bagaimana sikap kita nanti apabila mencecah usia 40 tahun!
Panggg!!!
Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahun lah ujian datang bertalu-talu.
KesihatanKeluargaSahabatKerjayaIbubapaAdik-beradikIpar duaiKebendaan
Sampai kalian akan rasa tak cukup tanah nak berlari !
YOU HAVE TO FACE IT !
Masa inilah ada yang rumahtangga goyang. Masa inilah ada yang rumahtangga gagal. Masa inilah ada yang hilang kerjaya. Masa inilah ada yang mula sakit-sakit. Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam keadaan dilema macam-macam hal. Masa inilah kenderaan rosak. Masa inilah rumah yang dibeli 5 tahun lepas dah kena repair sana sini. Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. Ya! Usia 36 tahun sehingga 39 tahun ini adalah kemuncak ujian Allah paling dahsyat!
Menguji keimananMenguji kesabaranMelatih diri dengan redha dan ikhlasMendidik hati belajar memaafkan dan melupakanMengajar diri menjadi lebih beriman
KENAPA? KENAPA SEMUA INI BERLAKU?
Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
ALLAH SAYANG...
DIA menjemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meningggalkan usia fasa muda yang lalu.
Dia nak kita sujud dan Istighfar kepada NYA atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?
Masuk saja usia 40 tahun, ALL IS NEW!
Hati lebih sabarHati lebih tenangHati lebih ikhlasHati lebih tawadhukHati lebih bahagiaHidup lebih sempurnaHidup lebih nampak arah tujunyaHidup lebih mensyukuri nikmat dan redha dengan kekurangan
KERANA ALLAH SAYANG, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.
Masuk usia 40 tahun, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak mengeluh.
Itu pun.. Jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum 40 tahun'. Take a second to think about how bless you are.
Tapi jika kita asyik mengulang kesilapan yang lepas, di usia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sajalah. RUGI.
Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 tahun sebagai Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.
Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah SABAR. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah TAHAJUD. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan YANG MAHA ESA.
Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita kan mula buat pilihan, BUANG ATAU KEKAL. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.
Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya.
Tuhan sudah bagi pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ni boleh bertambah dan berkurangan, itulah fungsi ujian!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nurziahyahya.blogspot.com/2020/01/menjelang-usia-40-tahun.html