Menjelang Sidang Parlimen 3 Blok Politik Adakan 4 Perjumpaan Berasingan




Ahli-ahli parlimen yang dikaitkan dengan tiga blok politik utama negara mengadakan mesyuarat berasingan hari ini sebagai persiapan persidangan Dewan Rakyat esok.
Persidangan esok merupakan persidangan penuh pertama sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan pusat pada Mac susulan Langkah Sheraton yang menyaksikan wakil-wakil rakyat dari PH meninggalkan gabungan mereka dan beralih sokongan.
Walaupun mesyuarat pra-parlimen adalah sesuatu yang biasa bagi kebanyakan parti politik, perjumpaan hari ini sangat penting untuk menjangkakan situasi persidangan esok.
Sejumlah usul dari kerajaan dan pembangkang telah diajukan ke Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendapat sokongan majoriti atau tidak.
Namun usul itu dijangka tidak akan dibentangkan esok kerana ia berada di bahagian bawah senarai Aturan Mesyuarat.
Usul utama yang antara terawal akan dibentangkan esok adalah usul Muhyiddin untuk menggantikan Mohamad Ariff Md Yusof dan Nga Kor Ming sebagai speaker dan timbalan speaker.
Kedua-dua jawatan itu dilantik ketika pemerintahan PH.
Namun, usul untuk menentukan nasib Mohamad Ariff dan Nga juga dapat memberi gambaran nasib Muhyiddin, kerana ia dilihat sebagai kayu ukur sokongan terhadap perdana menteri itu.
Sekiranya Muhyiddin gagal mendapatkan sokongan yang cukup dari ahli parlimen untuk menyingkirkan Mohamad Ariff dan Nga, ia sekali gus menggambarkan beliau masih belum mempunyai sokongan yang cukup di Dewan Rakyat.
Sebaliknya, jika Muhyiddin berjaya mendapatkan sokongan yang cukup untuk usul itu, beliau akan berada di landasan yang lebih kukuh untuk mempertahankan jawatan perdana menteri.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh Malaysiakini, sekurang-kurangnya empat mesyuarat diadakan oleh ketiga-tiga blok politik hari ini, iaitu PN, PH dan kumpulan ketiga yang terdiri daripada pemimpin Warisan serta bekas ahli Bersatu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad.
Sumber parti memberitahu Malaysiakini bahawa BN, yang merupakan sebahagian daripada gabungan PN, bertemu di Pusat Dagangan Dunia Putra pada pukul 11 pagi hari ini di mana parti komponen yang terdiri daripada Umno MCA, MIC dan PBRS bertemu selama kira-kira tiga jam.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak, yang kini merupakan pengerusi lembaga penasihat BN.
Mesyuarat BN berakhir kira-kira pukul 1 tengah hari. Setelah itu mereka menuju ke bangunan Puspanitapuri di Putrajaya untuk bergabung dengan ahli parlimen PN lain dari PAS, Bersatu, GPS, PBS, STAR dan bekas kumpulan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Mengikut jadual perjumpaan PN yang dilihat oleh Malaysiakini, perjumpaan itu bermula pada jam 3 petang dengan ucapan dari Muhyiddin dan Azmin.
Wartawan tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan dan diminta menunggu di luar.
Antara wakil rakyat yang dilihat hadir termasuk Najib (Ahli Parlimen Pekan), Menteri Pertahanan Ismail Sabri (Bera), Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan (Pontian) dan Ahli Parlimen PAS Jerai Sabri Azit.
Mesyuarat dijadualkan berlangsung selama dua jam, iaitu hingga 5 petang.
Mesyuarat blok pembangkang dengan Anwar
Di pihak pembangkang pula, Presiden PKR Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi PH, menjemput semua blok pembangkang termasuk kumpulan Mahathir untuk mengadakan mesyuarat.
Mesyuarat bermula pada pukul 3 petang tadi di sebuah hotel di Subang Jaya.
Ahli Parlimen PH termasuk Anwar dan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Pandan, kelihatan tiba di hotel kira-kira jam 2.45 petang.
Sumber pembangkang memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan ahli parlimen yang diketuai Mahathir yang turut diundang tidak turut serta dalam mesyuarat itu.
Walaupun blok PH dan Mahathir bekerjasama dalam menentang PN yang diterajui Muhyiddin, mereka masih belum berdamai mengenai isu calon yang harus menjadi pemimpin utama keseluruhan blok pembangkang dan seterusnya menjadi calon perdana menteri jika mereka dapat mengambil alih semula kuasa di peringkat persekutuan.
Anwar dan Mahathir merupakan tokoh utama yang dikaitkan dalam konflik ini.
Seorang pegawai dari blok Mahathir memberitahu Malaysiakini bahawa Anwar, melalui Pejabat Ketua Pembangkang, telah mengundang mereka ke perjumpaan di Subang Jaya tetapi ia ditujukan kepada anak Mahathir, Mukhriz Mahathir, yang merupakan Ahli Parlimen Jerlun, dan bukannya Mahathir sendiri.
Namun, tidak ada anggota parlimen dari kumpulan Mahathir dan Warisan yang dilihat memasuki tempat pertemuan itu, yang tamat sekitar jam 4.30 petang.
Bagaimanapun, pemimpin DAP dan Amanah sudah bertemu dengan blok ketiga semalam untuk menyelaraskan usaha mereka. PKR tidak hadir pada pertemuan itu.
Dimaklumkan bahawa kumpulan Mahathir dan Warisan mengadakan pertemuan terpisah masing-masing hari ini di Lembah Klang.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini DAP dan Amanah bertindak sebagai orang tengah antara kumpulan Anwar dan kumpulan Mahathir.
 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/menjelang-sidang-parlimen-3-blok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Parlimen Dijangka Paling Panas Pertukaran Speaker Ikut Perlembagaan

Sidang Parlimen Dijangka Paling Panas Pertukaran Speaker Ikut Perlembagaan

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 426 hits
Astro Awani Salehuddin Saidin menjangkakan sidang Parlimen esok panas dengan perdebatan di antara Ahli Parlimen mewakili kerajaan dan pembangkang Gambar fail KUALA LUMPUR Usul pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat esok merupakan satu proses...
Sidang Parlimen Ujian Pertama Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Esok

Sidang Parlimen Ujian Pertama Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Esok

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 336 hits
Berdasarkan aturan tempat duduk sidang 18 Mei lalu serta peralihan sokongan sejak itu ada tiga blok utama di Parlimen PN 113 kerusi PH 91 kerusi Bebas 18 kerusi Jumlah Keseluruhan 222 Ujian pertama keutuhan Kerajaan Perikatan Nasional esok ...
Bomba Nyahkuman Bangunan Parlimen Sebelum Mula Sidang

Bomba Nyahkuman Bangunan Parlimen Sebelum Mula Sidang

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 349 hits
KUALA LUMPUR 12 JULAI Menjelang persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula esok sehingga 27 Ogos ini Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini menjalankan operasi ...
Jarak 1m Tempat Duduk Pakai Topeng Antara Sop Untuk Sidang Parlimen

Jarak 1m Tempat Duduk Pakai Topeng Antara Sop Untuk Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 294 hits
Ismail Sabri Yaakob berkata hanya ahli Parlimen dan pegawai dibenarkan memasuki dewan persidangan PETALING JAYA Semua ahli Parlimen pegawai kerajaan dan petugas media perlu mematuhi SOP ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat yang akan bermul...
Pencalonan Shafie Ph Wajar Putuskan Sebelum Sidang Parlimen 13 Julai

Pencalonan Shafie Ph Wajar Putuskan Sebelum Sidang Parlimen 13 Julai

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 197 hits
Pada 2 Julai 2020oleh PENTADBIRCadangan pencalonan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri untuk mengembalikan mandat rakyat dan membolehkan Pakatan Harapan Plus membentuk semula kerajaan perlu diputuskan bersama di dalam mesy...
Dap Mahu Ph Tentukan Calon Pm Sebelum Sidang Parlimen

Dap Mahu Ph Tentukan Calon Pm Sebelum Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 246 hits
Lim Guan Eng KUALA LUMPUR Nampaknya cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melantik Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri masih belum benar benar dipersetujui oleh DAP Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata ia perlu d...
Sidang Parlimen Anwar Sah Dilantik Sebagai Ketua Pembangkang

Sidang Parlimen Anwar Sah Dilantik Sebagai Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 252 hits
Kuala Lumpur Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff pagi ini mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang bagi sesi pembukaan dewan pada kali ini berita lanjut menyusul The post appeared firs...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Lunch Di Banana Bistro Tapi Sa Tak Makan

Travelling Ke Indonesia Jangan Ribet Beli Sim Card Pakai Esim Aja Ini Dia Keuntungannya Yang Bikin Liburan Makin Asik

Jangan Marah Unnn

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian