Menjelang Himpunan Ummah Pas Tuduh Ph Cuba Pecahkan Kesatuan Melayu


FMT Reporters
-September 10, 2019

Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa hasrat PH sebenar adalah untuk memecahkan kesatuan pengundi Melayu, yang sebahagian besarnya tidak menyokong PH.
PETALING JAYA: Menjelang himpunan hujung minggu ini, PAS menuduh Pakatan Harapan berhasrat memecahkan pengundi Melayu yang sebahagian besarnya tidak menyokong PH, dengan menggambarkan kerjasamanya dengan Umno bermotifkan perkauman dan mengundang konflik.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man menolak apa yang didakwanya propaganda PH, menjelaskan PAS dan Umno hanya mahu mentautkan semula orang Melayu “yang merupakan tonggak politik” dengan Islam sebagai “teras penyatuan”.

“Pengerusi PH, Dr Mahathir Mohamad juga pernah mengatakan bangsa Melayu telah berpecah belah,” katanya dalam kenyataan hari ini. “Oleh itu, tidak salah jika PAS dan Umno mengukuhkan kembali kekuatan dalam kalangan 70% pengundi Melayu.”

“Hasrat PH sebenar adalah untuk memecahkan kesatuan 70% ini,” tambahnya, merujuk kepada dapatan Merdeka Center dan Kumpulan KRA mengenai pecahan sokongan mengikut kaum pada Jun 2018.

PAS dan Umno, masing-masing parti Islam dan Melayu terbesar, merancang untuk mengadakan Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 13 dan 14 Sept ini, bagi menggembleng kekuatan Gagasan Sejahtera dan Barisan Nasional menuju pilihan raya umum ke-15.

Tuan Ibrahim berkata jentera PH semakin agresif menggambarkan kerjasama PAS dan Umno sebagai tindakan rasisme dan ekstremisme, dan turut mendoktrinkan kempen mengutamakan produk orang Islam sebagai agenda memboikot barangan orang bukan Islam.

“Doktrin pecah dan perintah sangat sinonim dengan agenda PH untuk bongkak berkuasa,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, penyatuan ummah suatu tuntutan mendesak kerana isu-isu yang “jelas mengugat status quo” seperti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Statut Rom, Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), LGBT, pilihan raya kerajaan tempatan, serta keistimewaan Bumiputera.

Tuan Ibrahim memberi jaminan ia tidak akan meminggirkan orang bukan Islam, dan banyak perbincangan dirintis dengan MCA dan MIC bagi membetulkan pelbagai salah faham.

“Penyatuan ummah ini akan menguntungkan rakyat,” katanya.

Pada Jun tahun lepas, akhbar Singapura, Straits Times (ST) melaporkan hanya 25-30% pengundi Melayu memilih PH berbanding kira-kira 95% pengundi Cina dan 70-75% pengundi India pada pilihan raya umum ke-14, memetik kajian Merdeka Center.

Kajian itu juga mendapati kira-kira 35-40% pengundi Melayu memilih Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno dan 30-33% menyokong PAS.

Ini bermakna minimum 65% atau maksimum 73% orang Melayu bersama pembangkang nasional.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/09/menjelang-himpunan-ummah-pas-tuduh-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Jangan Cuba Jadi Lebih Melayu Daripada Umno Lebih Islam Daripada Pas Kata Kit Siang

Ph Jangan Cuba Jadi Lebih Melayu Daripada Umno Lebih Islam Daripada Pas Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 435 hits
Lim Kit Siang hari ini mengingatkan pakatan kerajaan supaya tidak cuba menjadi lebih Melayu daripada Umno dan lebih Islam daripada PAS bagi menghadapi kerjasama rasmi 2 parti terbesar orang Melayu itu yang ditandatangani semalam Pemimpin ve...
Tuduh Gabungan Umno Pas Sebagai Rasis Satu Tuduhan Jahat Tunggu 14 Sept Ini Dr Shamsul

Tuduh Gabungan Umno Pas Sebagai Rasis Satu Tuduhan Jahat Tunggu 14 Sept Ini Dr Shamsul

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 336 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya gabungan UMNO dan PAS akan menjurus kepada perkauman dan rasis adalah satu tuduhan yang sangat jahat ...
10 Kali Perhimpunan Ummah Umno Pas Pun Untuk Singkir Dap Tidak Akan Berjaya Tanpa Mahathir

10 Kali Perhimpunan Ummah Umno Pas Pun Untuk Singkir Dap Tidak Akan Berjaya Tanpa Mahathir

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 588 hits
Itulah kedudukan terkini 60 tahun DAP cuba jadi sebahagian kerajaan tetapi gagal dan di era Tun sebagai PM lagi hampir pupus Tetapi dengan sekali saja Tun bawa bersama DAP mereka sudah mampu jadi sebahagian kerajaan Dan hari ini kalau Tun m...
Ahli2 Pas Sukar Terima Penyatuan Ummah

Ahli2 Pas Sukar Terima Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 518 hits
PENYATUAN UMMAH PAS UMNO TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN YG HANGAT DARI PENYOKONG DAN PENDOKONG PAS Dari respon awal nampak gaya ramai juga ahli2 dan penyokong2 PAS yg menolak penyatuan ummah Ini kerana mereka ini mengundi PAS pada tahun 2018 krn m...
Sokongan Melayu Islam Tidak Cukup Jayakan Kerjasama Umno Pas Kata Khaled

Sokongan Melayu Islam Tidak Cukup Jayakan Kerjasama Umno Pas Kata Khaled

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 434 hits
OLEH ALIFF FIKRI AZIZDatuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sesiapa yang mendakwa kerjasama tersebut hanya tentang Melayu dan Islam jelas tersasar Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 15 Sept Gabungan Umno PAS memerlukan sokongan seluruh ra...
Ego Pas Ego Umno Akan Hancurkan Penyatuan Ummah

Ego Pas Ego Umno Akan Hancurkan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 463 hits
Penyatuan Ummah antara PAS dan UMNO di ingatkan jangan lupa falsafah perjuangan dalam konteks kebersamaan supaya sejajar dengan piagam yang di meterai bersama Kedua kedua parti itu mempunyai rekod bermusuhan sepanjang zaman yang tidak dilup...
Demi Perpaduan Ummah Penyokong Pas Umno Putihkan Pwtc Hpu914 Haze Malaysia

Demi Perpaduan Ummah Penyokong Pas Umno Putihkan Pwtc Hpu914 Haze Malaysia

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 755 hits
Ribuan penyokong PAS dan Umno mula memenuhi pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra bagi menyaksikan detik bersejarah menandatangani piagam kerjasama politik rasmi 2 parti politik itu Tinjauan mendapati ruang legar di seluruh bahagian dalam P...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

Good Morning

Why Electronic Manufacturing Services In Malaysia Are Gaining Global Attention

How Is Home Made Mango Juice Prepared


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dua Pemimpin Utama Pas Perak Didakwa Ingkar Arahan Sultan Ceramah Di Masjid Tanpa Tauliah

Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

Kisah Sedih Si Gajah Di Hukum Gantung Kerana Membunuh

Singgah Bamboo Cafe Kat Simpang Lima Parit Sulong Batu Pahat

Anak Demam Berulang

The Tolpuddle Martyrs Pioneers Of The Modern Labor Movement