Menjelang Hari Menderma Darah Maxim E Hailing Mengadakan Derma Darah Bersama Pemandu Dan Pekerja Di Terengganu
Hari
Menderma Darah Sedunia ialah sambutan menderma darah. Ia adalah bagi menghargai
penderma darah yang sukarela menderma darah mereka dan menyelamatkan nyawa.
Usaha ini amatlah mulia di mana penderma membantu untuk menyelamtakan nyawa
orang lain, tanpa mengetahui siapa penerimanya nanti.
Sempena
program ini, Maxim E-hailing mengambil bahagian dalam kempen derma darah
anjuran Jabatan Pertahanan Awam Kuala Terenggganu yang diadakan di salah satu
pusat membeli belah di Kawasan Gong Badak.
Lebih
daripada 25 rakan pemandu menyumbang semasa program dilaksanakan, bersama-sama
pasukan pekerja dari Maxim Kuala Terengganu. Setiap daripada mereka berjaya
menderma satu hingga dua beg darah, dan jumlah beg darah bergantung kepada
keadaan kesihatan dan cadangan pegawai kesihatan.
Maxim
E-hailing menyasarkan matlamat untuk berkongsi kesedaran tentang pendermaan
darah dengan rakan kongsi pemandu, dan membantu mereka memahami faedah menjadi
penderma. Tujuan utama adalah untuk mempunyai semangat membantu orang lain yang
memerlukannya dan menjaga keadaan kesihatan mereka. Malah, menderma darah boleh
mengurangkan risiko serangan jantung, meningkatkan aliran darah, dan pengawalan
tahap zat besi.
“Menyertai
acara derma darah adalah salah satu aktiviti tahunan pemandu rakan kongsi dan
pasukan dari Maxim. Kami mengambil peluang untuk menyertai dan menyelamatkan
nyawa orang yang memerlukannya kerana kami percaya pesakit itu boleh menjadi
salah seorang penumpang atau ahli keluarga kami. Dengan pemberian darah itu, ia
juga menunjukkan kerjasama yang baik antara pemandu dan pihak pengurusan,” kata ketua Maxim Kuala
Terengganu, Ammar Amsyar.
“Saya
sangat berterima kasih atas sesi derma darah hari ini, di mana kami berjaya
mencapai sasaran bilangan beg darah beberapa daripadanya daripada pemandu
Maxim. Jumlah beg ini boleh menyelamatkan banyak nyawa, dan kami akan
menghantarnya terus ke hospital untuk digunakan. Saya juga berharap kerjasama
antara Maxim Driver dan pihak pengurusan hospital terus berhubung” kata salah seorang
jururawat dari jabatan perubatan transfusi.
Program
derma darah menyelamatkan berjuta-juta nyawa setiap tahun dan Maxim E-hailing
amat berbangga menjadi salah satu penderma yang menyumbang untuk menyelamatkan
orang ramai. Usaha ini akan menjadi acara tahunan kami, kerana impak program
ini adalah positif dan memberi manfaat kepada banyak pihak. Bukan sahaja di Kuala
Terengganu, kami juga mengadakan di beberapa negeri di seluruh negara termasuk Utara
Tanah Air, Sabah dan Sarawak.
Info
Maxim
telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019. Tempahan pertama telah dijayakan
di Kuantan. Kini perkhidmatan tersebut beroperasi di semua negeri di Malaysia.
Sejak
tahun 2019, syarikat ini telah membangunkan teknologi berinovatif untuk
menempah pengangkutan untuk penghantaran dan perkhidmatan lain, menjadikannya
lebih moden, mudah diakses dan selamat. Perkhidmatan ini telah mencipta
sistem berinovatif untuk mendaftar
bilangan pelanggan tanpa had bagi memproses berjuta-juta tempahan pada setiap
hari. Aplikasi Maxim adalah untuk pengguna manakala Taxsee Driver untuk
Rakan-pemandu, Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang teratas.
Aplikasi
ini tersedia di beberapa platform: Google Play Store, App Store, Huawei AppGallery, GetApps, Oppo App
Market, Vivo App Store and Galaxy Store.
Misi perkhidmatan ini
adalah untuk sentiasa meningkatkan interaksi pengguna dan membantu orang ramai
bergerak ke arah matlamat mereka!
Shafiqah
Shajari
Pakar
Perhubungan Awam
Maxim
E-hailing Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://terengganumyheritage.blogspot.com/2024/06/menjelang-hari-menderma-darah-maxim-e.html