Menjelang Bulan Ramadhan Amalan Amalan Yang Boleh Dilakukan







Amalan di Bulan Ramadan......

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi - Bangun

Berdoa kepada ALLAH dengan doa :

Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian

4.20 pagi - Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita


5.00 pagi - Makan Sahur

Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau
berselawat.

Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat

10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja

12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.

Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg - *Memperbanyakkan doa sebelum berbuka*.

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima

Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka :

Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat

8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :

Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.





P/s : akhirnya ramadhan tiba lagi.. Selamat menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pistonpecah.blogspot.com/2010/08/menjelang-bulan-ramadhan-amalan-amalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Menjaga Amalan Di Bulan Ramadhan

Tips Menjaga Amalan Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 215 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah selesai sudah puasa hari pertama Ada yang mula countdown 29hari lagi nak beraya haishh padahal aku leteewww Banyak jugak gelagat gelagat orang yang aku nengok time beli makanan berbuka puasa di bazar ramadhan t...
Jadilah Peniaga Yang Jujur Di Bulan Ramadhan

Jadilah Peniaga Yang Jujur Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung blog Buka Minda ini Lama juga aku tak menulis Aku cuma berehat sekejap dari sebarang aktiviti Oklah dah baca tajuk kan Penting jadi peniaga yang jujur Nak untung memang la kena untung se...
Harapan Bulan Ramadhan

Harapan Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 147 hits
Ramadhan kurniaan yang Maha Esa Malam al Qadr anugerah istimewa Peluang memohon ampunan kepadanya Semoga kita dikurniakan Redha dan Rahmatnya Bukankah kita ingin menjalani ibadah di bulan Ramadhan dengan tenang tanpa terpengaruh dengan sega...
Tipikal Bila Bulan Ramadhan Hampir Tiba

Tipikal Bila Bulan Ramadhan Hampir Tiba

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 175 hits
Hai hai apa khabar gadis gadis comel dan jejaka accent korea sekalian What s up How about your day Harap semuanya menuju ke jalan yang benar Jangan ada yang bengkok mahu pon memilih jalan hitam Memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelma kem...
Ramadhan Bulan Tarbiyyah

Ramadhan Bulan Tarbiyyah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 144 hits
Sudah 10 hari umat Islam menjalani ibadah di bulan Ramadhan pada tahun ini Masa berlalu sangat cepat Masa yang lepas tidak dapat diundurkan lagi Apa khabar ibadah kita 10 hari yang pertama Ramadhan ini Bagaimana jamaah surau dan masjid di k...
Hikmah Bulan Ramadhan

Hikmah Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 171 hits
Wahai orang orang yang beriman Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang orang yang sebelum kamu supaya kamu menjadi orang orang yang bertaqwa PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang memb...
Tips Bagaimana Mengelakkan Rasa Lapar Dan Dahaga Pada Bulan Ramadhan

Tips Bagaimana Mengelakkan Rasa Lapar Dan Dahaga Pada Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 235 hits
Tips sahur sihat elak lapar dahaga dan lemah di Bulan Puasa Ramadhan Sahur adalah sangat penting bagi umat islam untuk meneruskan rutin harian dengan menahan lapar dan dahaga disepanjang bulan Ramadhan pada siang hari Tanpa sahur yang betul...
Dalam 3 Bulan Boleh Baca Ibu Ini Kongsi Teknik Membaca Menulis Buat Sekali

Dalam 3 Bulan Boleh Baca Ibu Ini Kongsi Teknik Membaca Menulis Buat Sekali

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 272 hits
Ibu bapa yang ada anak usia antara 4 hingga 6 tahun pasti akan memikirkan teknik apa yang sesuai untuk ajar anak cepat membaca Maklumlah silibus Tahun Satu sekarang bukanlah seperti zaman kita dulu dulu yang mana murid tak kenal huruf dan t...
Khatam Al Quran Vs Tadabbur Al Quran Di Bulan Ramadhan

Khatam Al Quran Vs Tadabbur Al Quran Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 415 hits
Assalamu alaikum Salam Ramadhan Kareem Sudah lama blog ini tidak to wan update kemaskini Dek pagi ini ada sedikit masa terluang maka to wan terasa nak nukilkan sesuatu Bila Ramadhan Ramai manusia berlumba lumba untuk jadi baik Aurat yang di...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Emotionally Drained

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj

Los Angeles Kini Sudah Seperti Gaza

Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First

Things To Ponder Self Reflection 7