Menjelang 200 Hari Ph Berkuasa Apa Sudah Jadi Dengan Janji Manifesto 100 Hari




Hari ini, 9 November 2018 bermakna sudah 184 hari Pakatan Harapan memerintah negara ini sejak rakyat membuat keputusan menolak BN pada pilihanraya umum 9 Mei lalu.


Ini bererti hanya 16 hari saja lagi usia kerajaan baru ini akan mencecah usia pemerintahan selama 200 hari.


Tetapi, menghampiri tempoh 200 hari ini, adakah Pakatan Harapan dan semua pemimpinnya masih ingat mengenai 10 janji dalam manifesto 100 hari yang pernah mereka ikrarkan kepada rakyat sebelum PRU14 lalu?


Daripada 10 janji itu, berapa daripadanya yang telah ditunaikan dalam tempoh 100 hari sebagaimana yang dijanjikan?


Selain menghapuskan GST dan menstabilkan harga minyak serta beberapa janji lain yang hanya dilaksanakan separuh-separuh, bagaimana dengan janji-janji yang lain?


Bilakah hutang-hutang tidak wajar yang melibatkan peneroka Felda mahu dihapuskan sebagaimana dijanjikan, sedangkan kawasan Felda telah menyumbang 19 kerusi Parlimen kepada Pakatan Harapan?


Sudah berapa kali Pengerusi Felda yang baru dilantik pernah turun ke tanah-tanah rancangan Felda?


Sebelum ini, barangkali ramai yang setuju dengan alasan kerajaan baru ini bahawa kekangan kewangan serta beban hutang yang tinggi adalah sebab mengapa 10 janji dalam tempoh 100 hari itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.


Namun, mengapakah sebaik melepasi tempoh 100 hari, tiada lagi pemimpin Pakatan Harapan yang bercakap mengenainya?


Bukankah sepatutnya, jika 10 janji itu tidak mampu dilaksanakan dalam tempoh 100 hari, mereka mesti cuba pula menunaikannya dalam tempoh 200 hari, 300 hari dan seterusnya sehingga akhirnya kesemua janji itu ditunaikan sepenuhnya?


Ibarat janji kepada bakal isteri ketika bercinta, tidakkah jika ada janji yang tidak dapat ditunaikan sebaik berkahwin, suami yang budiman tentunya akan terus berusaha menunaikannya sama ada setahun, dua tahun atau lima tahun setelah mendirikan rumahtangga?


Tetapi, apa sudah jadi dengan janji 100 hari itu sebenarnya?


Atau Pakatan Harapan dan pemimpinnya yang ada jawatan dalam kerajaan sekarang sudah lupa mengenai janji 100 hari itu, di sebalik mula seronok dengan gaji puluhan ribu dan pelbagai kemudahan lain yang dinikmati?


Tidak mengapa, jika pemimpin Pakatan Harapan sudah lupa, blog ini dengan murah hati memperturunkan semula 10 janji 100 hari itu untuk tatapan serta renungan mereka.


Mudah-mudahan mereka tidak terus lupa diri dan sentiasa ingat bahawa selain janji dalam tempoh lima tahun yang perlu ditunaikan, 10 janji dalam tempoh 100 hari yang pernah diikrarkan juga adalah janji yang wajib yang untuk ditunaikan.


Rakyat tidak lupa mengenainya. Selepas 100 hari, mereka akan menunggu 200 hari, 300 hari dan seterusnya untuk melihat bilakah janji itu akan menjadi kenyataan.


Mudah-mudahan dengannya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan juga insaf bahawa jika kerajaan BN yang sudah berakar selama 61 tahun pun boleh ditumbangkan, menewaskan kerajaan yang hanya berusia lima tahun pada pilihanraya umum di tahun 2023 akan datang adalah ibarat mengunyah "kacang" saja mudahnya. (ShahbudinHusin 09/11/2018).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/menjelang-200-hari-ph-berkuasa-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Holding Bumn Infrastruktur Janji Tak Ambil Proyek Di Bawah Rp 100 Miliar

Holding Bumn Infrastruktur Janji Tak Ambil Proyek Di Bawah Rp 100 Miliar

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 279 hits
Direktur Utama PT Hutama Karya Bintang Perbowo mengatakan tim Holding BUMN Infrastruktur jika sudah terbentuk nantinya akan berprioritas terhadap proyek proyek berskala besar yang penugasannya diberikan oleh pihak pemerintah
Selepas 100 Hari Khalid Samad Catat 3 Kejayaan Utama

Selepas 100 Hari Khalid Samad Catat 3 Kejayaan Utama

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 581 hits
PHA KIM BENG Selepas 100 hari Khalid Samad catat 3 kejayaan utama Khalid menunjukkan dokuman laporan Task Force yang membuat syor syor dalam isu tanah DBKL Task Force ini berjaya tambahkan RM149 juta ke dalam akaun DBKL Politik bukan sekada...
Audio Buzz Manifesto You Janji Bulan Dan Bintang

Audio Buzz Manifesto You Janji Bulan Dan Bintang

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 372 hits
Satu soalan sahaja kalau semua dibuat oleh Yang Berhormat di sana oleh Barisan Nasional mengapa dalam pilihan raya yang lalu Barisan Nasional kalah AudioBuzz SinarTV SinarHarian
6 Pertanda Pada Tubuh Anda Saat 100 Hari Sebelum Kematian

6 Pertanda Pada Tubuh Anda Saat 100 Hari Sebelum Kematian

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 309 hits
Bahwa malaikat maut memperhatikan wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang didapati orang itu ada yang sedang tertawa Maka berkata Malaikat Maut Alangkah herannya aku melihat o...
Bajet 2019 Tema Hanya Tinggal Tema Janji Hanya Tinggal Janji

Bajet 2019 Tema Hanya Tinggal Tema Janji Hanya Tinggal Janji

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR 14 Nov Bajet 2019 yang bertemakan Malaysia Wibawa Ekonomi Dinamik Rakyat Sejahtera ternyata tema hanya tinggal tema janji hanya tinggal janji bajet hanya tinggal bajet kerana apa yang dibentangkan adalah retorik semata mata kat...
Rina Janji Tiada Lagi Campur Tangan Politik Dalam Kplb

Rina Janji Tiada Lagi Campur Tangan Politik Dalam Kplb

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 296 hits
MALAYSIA GAZETTE Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun KUALA LUMPUR Dalam usahanya memastikan setiap kelompok masyarakat menikmati pembangunan kerajaan Pakatan Harapan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar menggariskan pera...
Soal Politik Genderuwo Pks Contohkan Politisi Banyak Janji Tapi Tak Ditepati

Soal Politik Genderuwo Pks Contohkan Politisi Banyak Janji Tapi Tak Ditepati

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 298 hits
Hidayat menuturkan penggunaan kata Genderuwo untuk menggambarkan suatu hal yang menakutkan Salah satunya adalah banyak menebar janji namun pada kenyataannya tidak ditepati
60 Saat Apa Lagi Selepas Gagal Tunai Janji Ptptn

60 Saat Apa Lagi Selepas Gagal Tunai Janji Ptptn

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 336 hits
Apa lagi selepas gagal tunai janji PTPTN 60Saat SinarTV SinarHarian
Demokrat Sandi Banyak Janji Ke Sby Dan Ahy Tapi Tidak Ditepati Dan Tak Komunikasi

Demokrat Sandi Banyak Janji Ke Sby Dan Ahy Tapi Tidak Ditepati Dan Tak Komunikasi

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 281 hits
Sampai saat ini Sandi tidak pernah beritikad untuk memenuhi janjinya pada SBY dan SBY Bahkan untuk berkomunikasi dengan AHY pun tidak pernah lagi
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut