Menjawab Posting Ds Najib Razak Mengenai Fdi Dan Ddi 2019




LIYANA MARZUKI





Hari ni team media FB Najib Razak kena kerja lebih masa nak menjawab posting FDI saya pagi tadi. Maaf la ye, harap dapat elaun lebih hari ni.

Kita hanya sebarkan benda baik hasil laporan akhbar The Star yang dimilik MCA. Ia juga merujuk kepada pengumuman FDI 2019 oleh Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) tiga hari lepas. Bukannya fakta atau graf yang dibuat sendiri.

https://www.facebook.com/100045124192657/posts/167190724795066/?d=n

Seperti biasa, team media Najib Razak jawab posting penuh dengan spin nak bagi rakyat keliru. Ada dua benda utama yang disebut:

(1) Pelaburan Langsung Asing (FDI) zaman PH tinggi sebab jual aset dan disebabkan pemilikan langsung asing dalam syarikat tempatan. Hujahnya PH manipulasikan data.
(2) Pelaburan Langsung Domestik ke luar negara (DIA) tu tak sepatutnya dibangga. Kerana duit kita mengalir keluar negara.

Pohon saya jawab satu persatu.




(1) Pengiraan FDI

(i) Pengiraan FDI ni oleh Jabatan Statistik dan Bank Negara Malaysia sama saja ya tuan/ puan. Baik zaman PH atau PN atau zaman BN. NR sembang kononnya FDI tak termasuk pemilikan ekuiti atau jualan aset. Ia secara tidak langsung menyatakan data yang Jabatan Statistik umumkan tiga hari lepas salah kiraannya.

Tapi mungkin dia terlupa atau buat lupa2, zaman diapun FDI ni dikira turut termasuk jualan aset dan ekuiti.

Ini saya sertakan laporan ekonomi BNM tahun 2016 mengenai FDI. Muka surat 26 menyatakan:

 “However, FDI in the services and construction sector increased, reflecting mainly the LARGE ACQUISITION OF DOMESTIC POWER GENERATION ASSETS BY FOREIGN ENTITY… “

https://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/en/2016/cp01.pdf

Jelas dalam laporan BNM mengenai FDI tahun 2016, FDI tahun 2016 meningkat kerana pembelian (acquisition)/ divestment aset dalam industri penjana kuasa tempatan.

Untuk pengetahuan tuan puan, tahun 2016 FDI negara adalah antara yang tertinggi sebelum ia menurun tahun 2017.

Jadi ni apa cerita? Kenapa tahun 2016 masuk jualan aset, tahun 2018 dan 2019 tak boleh pula?

Adakah NR dan team medianya hidup dalam bubble ketika jadi Menteri Kewangan tahun 2016. Tak ambil tahu cara yang digunakan oleh BNM dan DOSM untuk kira FDI. Sama saja apa yang dipratikkan sekarang.

Yang pasti tahun 2016 aset 1MDB dan syarikat IPP dilelong kepada pelabur China untuk cover hutang 1MDB. Itu tak nak pulak NR bagi fakta? Ini saya sertakan keratan akhbar antarabangsa mengenainya.

https://www.reuters.com/article/us-malaysia-1mdb/malaysias-1mdb-sells-power-assets-to-china-firm-for-2-3-billion-idUSKBN0TC0PT20151123

https://www.wsj.com/articles/malaysias-1mdb-to-sell-energy-assets-to-china-nuclear-firm-1448280084

 Patutlah dia dinobatkan Menteri Kewangan paling teruk di Asia tahun 2016. Belum pernah lagi mana2 PM Malaysia dinobatkan sedemikian.

https://www.financeasia.com/article/najib-razak-asias-worst-finance-minister-2016/405600

Yang saya tak paham, dia tuduh PH manipulasikan data mengenai FDI tahun 2019 ni. Tapi yang umum mengenai FDI 2019 ni ialah Jabatan Statistik tiga hari lepas. Tang mana yang PH boleh manipulasikan data tu? Nak jugak saya tahu.

Kalau salah pengiraan yang dibuat oleh PH terdahulu dan masukkan nilai jualan aset dalam pengiraan FDI, kenapa Kerajaan PN tak betulkan dan NR tak bagi nasihat? Kenapa umumkan juga kenaikan FDI tahun 2019?

Konklusinya senang, kerja NR asyik menidakkan keupayaan kerajaan terdahulu. Walaupun faktanya ke laut. Hanya dialah yang pandai uruskan pelaburan dan ekonomi walaupun media antarabangsa iktiraf dia Menteri Kewangan Asia paling teruk.

(2) Domestic Investment Abroad (DIA)

Ni lagi satu spin team media NR. Katanya DIA meningkat tu tak elok sbb wang kita mengalir keluar. Sekarang baru la kita tahu. Patut la DIA zaman Najib asyik menurun.

DIA ni tuan/ puan menunjukkan keupayaan syarikat Malaysia melabur ke luar negara dan bersaing di peringkat antarabangsa. Takkan la syarikat kita nak jadi jaguh kampung saja. Macam Petronas tu, takkan nak disekat melabur ke luar negara hanya semata-mata kerana taknak wang kita mengalir keluar?

Habis tu kalau DIA tu tak elok, kenapa pulak berlumba-lumba syarikat luar negara membuat pelaburan ke negara luar? Kena ingat, FDI pada kita jadi DIA pada mereka.

Hujah yang kata DIA meningkat tak baik itu juga salah dari segi ekonomi ya. Sebab yang penting kita ada imbang antara FDI dan DDI. Untuk Balance of Payment dalam negara. Mana-mana negara di dunia akan sentiasa tingkatkan FDI dan juga DDI. Bukan hanya fokus untuk naikkan satu segmen saja.

Team media NR mungkin boleh baca rencana BNM mengenai kebaikan DIA ni kepada ekonomi Malaysia. Banyak kebaikan yang boleh kita dapat, bukan cerita pasal wang keluar saja ya.

https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_publication&pg=en_work_papers&ac=64&bb=file

Yang pasti, apa yang saya nampak, hujah DIA team NR ini hanya nak cover kelemahan pentadbiran NR tahun 2015-2017 yang menunjukkan DIA Malaysia menurun dengan banyak. Bila PH berjaya tingkatkan pada tahun 2019 terus dispin katanya tak baik.

Makanya, senang saya cakap. NR bolehlah tukarkan team media dia. Setakat copy paste keratan akhbar tanpa konteks yang tepat, dan spin fakta pun dah banyak kali terkantoi. Lama2 rakyat akan nampak. Rakyat makin bijak. Jangan dia ingat semua Rakyat “kurang cerdik” macam cytro2 yang beliau bayar saban bulan.

Nasihat saya pada semua, berhati-hati lah menerima fakta daripada seorang bekas Perdana Menteri yang mengaku beliau ditipu oleh Jho Low hidup-hidup. Kalau akaun sendiri pun tak ambil tahu, macam mana la dia jaga ekonomi Malaysia dulu? Mintak simpang kalau ada yang nak dia jadi PM9 gantikan TSMY. Pilihlah orang lain bukan bekas Perdana Menteri yang mudah tertipu.

Wallahu a’lam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/menjawab-posting-ds-najib-razak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumusan Akhir Debat Fdi Bersama Ds Najib Razak

Rumusan Akhir Debat Fdi Bersama Ds Najib Razak

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 308 hits
NAK TAU PEMBOHONG BESAR NAJIB NI MACAI DIA DOK SPIN MACAM ORANG BODO ORANG CHINI MAU PERCAYA LA GAMAKNYA NAIF Thank you for the traffic DSNR 4 postings with thousands of shares and comments Banyak daripada komen tersebut dari paid cytros vi...
Menjawab Najib Razak Part 2

Menjawab Najib Razak Part 2

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 218 hits
1 Dua jam lalu team media NR berusaha lagi menjawab posting maghrib saya semalam Alhamdulillah posting stay at home mom yang takde apa2 jawatan ni mendapat perhatian team media bekas PM Malaysia Bekas PM yang dinobatkan Menteri Kewangan Asi...
Siasat Gopal Sri Ram Pernah Pujuk B Peguam Negara Tangkap Najib Razak Idris Ahmad

Siasat Gopal Sri Ram Pernah Pujuk B Peguam Negara Tangkap Najib Razak Idris Ahmad

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 315 hits
Siasat pendedahan bekas AG IdrisKUALA LUMPUR Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad meminta satu siasatan dijalankan berhubung dakwaan bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali yang mengatakan Gopal Sri Ram pernah cuba memujuknya untuk menangkap ...
Felda Dan Ayahanda Ds Najib Tun Razak

Felda Dan Ayahanda Ds Najib Tun Razak

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 408 hits
Pada akhir tahun 70an ramai anak2 Felda dari Pahang terpilih untuk melanjutkan pendidikan peringkat menengah di Kuala Lumpur Mereka yang terpilih adalah dari kalangan anak2 peneroka yang mungkin tidak dapat masuk ke sekolah berasrama penuh ...
Pendakwa Berjaya Tunjuk Bukti Semua 7 Pertuduhan Ke Atas Najib Razak

Pendakwa Berjaya Tunjuk Bukti Semua 7 Pertuduhan Ke Atas Najib Razak

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 288 hits
Nampaknya kes melibatkan Datuk Seri Najib masih belum selesai dan perkembangan terbaru adalah apabila Mahkamah Tinggi diminta untuk mensabitkan bekas Perdana Menteri ini setelah pihak pendakwaan berjawa bentangkan bukti untuk semua tujuh pe...
Haribapa Najib Kenang Tun Razak

Haribapa Najib Kenang Tun Razak

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 356 hits
Meriah melihat sambutan Hari Bapa seluruh negara Datuk Seri Najib Razak berasa kekosongan Bekas perdana menteri berkata apa yang tinggal kini hanyalah kenangan bersama Tun Abdul Razak Hussein selepas 44 tahun Allahyarham meninggal dunia Say...
Fdi Macai Najib Kena Lagi

Fdi Macai Najib Kena Lagi

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 344 hits
FB Liyana Marzuki Menggelabah macai upahan Najib menjawab hujah Liyana Marzuki hingga terpaksa spin tabur fitnah dan serang peribadi MENJAWAB PEMBOHONGAN NAJIB 1 Dua jam lalu team media NR berusaha lagi menjawab posting maghrib saya semalam...
Bekas Peguam Negara Dedah Mahathir Hantar Gopal Sri Ram Untuk Pujuk Tangkap Najib Razak

Bekas Peguam Negara Dedah Mahathir Hantar Gopal Sri Ram Untuk Pujuk Tangkap Najib Razak

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 467 hits
BEKAS PEGUAM NEGARA BONGKAR KOMPLOT TUN MAHATHIR Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan bagaimana beliau cuba dipujuk Gopal Sri Ram untuk mengeluarkan arahan menangkap Perdana Menteri Ke 6 Dato Sri Najib Razak Dalam tuli...
Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Pekerja Kilang Terbabas Maut Dilanggar Motosikal Lain

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Malaysia Extends Visa Exemption For Indian Nationals Until 2026

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Forex Trading Basic Training Program Edukasi Gratis Tpfx Pontianak Untuk Gen Z

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Sarapan Dengan Anak Bujangku

One Avenue Band Kisah Baru Kita Chord

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Keto Diet Manfaat Keburukan Cara Diet Yang Betul

Sarapan Pagi Di Kampung