


Wahhhh… selama ni punya meratib PH jual aset tak boleh masuk pengiraan FDI, sekarang bila tang dia, dah terkantoi jadi ok pulak. Itu saya cakap pengiraan FDI ni sama je oleh DOSM dan BNM. Mana pernah bertukar. NR ni pura2 blur atau mmg sedia kala blur tak tahu pengiraan sebenar. So, konklusinya, omongon dan hujah FDI NR selama ini sudah saya kantoikan. Dia sendiri cakap tak serupa bikin dan jual aset tahun 2016 sampai FDI naik tinggi. Ada hati nak mengata PH pula.(ii) KANTOI KEDUA- Katanya FDI paling teruk tahun 2018 sebelum naik 2019. Hello team NR, buat research extra sikit boleh, jangan dok spin. Tahun 2018, Menteri MITI masuk pejabat 3 Julai 2018. 7 bulan sebelum tu siapa memerintah dan siapa punya legasi FDI yang dibawa yang dah menurun sejak tahun 2017. Sembang salah orang, kena batang hidung sendiri jua. (iii) KANTOI KETIGA- Para 2 dan Para 5 NR mengenai pelaburan swasta domestik bukan saja takde merit malah benda yang sama diulang. Satu para cakap “hampir sifar” satu lagi cakap “turun menjadi negatif”. Macam mana team media NR buat kerja? Dah lah spin, tak menjadi pula. Tidak tepat mengenai Domestic Direct Investment ya. Pretasi DDI meningkat ketika zaman PH, boleh tengok laporan FDI MIDA 2019 yang Menteri MITI PN YB DS Azmin Ali umum baru2 ni.“Against the backdrop of a challenging external environment and declining global FDI inflows, Malaysia remains resilient and attracted a total of RM207.9 billion of approved investments in the manufacturing, services and primary sectors in 2019, a 1.7 per cent increase, compared to 2018. With a contribution of 60.4 per cent (RM125.5 billion), DOMESTIC DIRECT INVESTMENT (DDI) ACCOUNTED FOR THE BULK OF THE TOTAL APPROVED INVESTMENTS. ALTHOUGH FDI MADE UP FOR 39.6 PER CENT (RM82.4 BILLION) of the total, the value of FDI in 2019 had increased by 2.9 per cent from the previous year.”https://www.mida.gov.my/home/10222/news/approved-investments-in-the-manufacturing-servicesprimary-sectors-in-2019-totalled-rm207.9-billion/(iv) Team media NR bagi hujah, DIA tinggi ke luar negara tandanya orang taknak melabur dalam negara. Apa punya hujah ni? Macam hujah budak sekolah yang tak tahu pengetahuan ekonomi. Tahun 2014 zaman dia prestasi DIA paling tinggi. Adakah kerana orang taknak melabur dalam negara? Semua pakat lari? Masa tu FDI juga tinggi. Sama juga untuk tahun 2019, FDI naik, DIA pun naik. Hujah yang dipakai oleh NR semata-mata retorik.Takde kebenaran dan back up solid.Saya tak nak layan perkara lain dalam posting NR yang banyak divert dari isu sebanar dan hanya nak spin menyelamatkan keadaan.Jadi sekali lagi saya ulang, sudah2 la tu percaya pada bekas Perdana Menteri yang ditipu oleh seorang millennial berbangsa Cina umur 30 tahun (pada ketika itu). PM kita sendiri pun kena scam dan kena spin dengan Jho Low. Dan tak malunya mengaku di mahkamah.Boleh pulak dia spin rakyat dengan fakta yang half baked dan half truth. Tambah pula memang diketahui ramai termasuk di luar negara, dia guna spin doctor yahudi yang sekarang diburu pihak berkuasa antarabangsa. Patut la posting beliau banyak putar alam dan divert belaka. Nauzubillah jadi PM kita lagi selagi. Saya percaya ramai dari kalangan orang PN sendiri pun tak sudi.Wallahu a’alam.Salam hormat, Liyana Marzuki|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |