Menjawab Naratif Pn Derhaka Kerana Tidak Bersama Membentuk Kerajaan Perpaduan Dan Istilah Kerajaan Perpaduan
1. Didalam surat Istana Negara sekiranya dirujuk kembali ianya berbentuk cadangan dari KDYMM SPB YDPA. Frasa ayat yang digunakan adalah ‘dicadangkan’.
2. Hakikatnya yang derhaka pada KDYMM SPB YDPA adalah BN kerana titah Tuanku jelas bahawa 30 orang Ahli Parlimen BN perlu menghadap. Tetapi apa yang berlaku adalah hanya Zahid Hamidi dan Tok Mat yang hadir.
3. Kita seharusnya sedar bahawa Kerajaan yang dibentuk ini tidak melibatkan semua parti maka tidak tepat di istilahkan ‘Kerajaan Perpaduan’. Sewajarnya disebut KERAJAAN CAMPURAN yang diketuai PH.
4. Untuk memastikan pentadbiran Kerajaan PH hari ini berlaku semak dan imbang tidak perlu semua parti berada dalam kerajaan. Perikatan Nasional melaksanakan tugas semak & imbang sebagai pembangkang.
5. Tidak timbul pencanggahan surat Setiausaha Agung PAS dan Pengerusi PN. Kerana ianya jelas bahawa segala keputusan berdasarkan perbincangan didalam gabungan Perikatan Nasional.
6. Malah pengundi yang menolak PH hakikatnya lebih tinggi berbanding mengundi PH. Ianya di zahirkan pada gabungan undi keseluruhan yang tidak mengundi PH.
7. Tsunami undi orang melayu dan anak muda membuktikan bahawa PH dan BN tidak lagi mendapat tempat di hati mereka.
8. Nasihat saya gabungan Kerajaan PH & BN fokuslah bekerja disaat menjadi Kerajaan dari cuba membentuk NARATIF PALSU. Usah sucikan tindakan khianat dengan istilah Kerajaan Perpaduan.
9. Kami masih tak lupa istilah ‘Kerajaan Pintu Belakang’ yang dilaungkan PH ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri. Bukankah itu juga sikap derhaka?
10. Alhamdulillah transisi kuasa berlaku secara aman di Malaysia. Sebagai bukti kita semua mematuhi titah KDYMM SPB YDPA. PN komited untuk melihat negara ini aman, harmoni dan stabil.
MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda
Perikatan Nasional Selangor
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysia-today.net/2022/11/25/menjawab-naratif-pn-derhaka-kerana-tidak-bersama-membentuk-kerajaan-perpaduan-dan-istilah-kerajaan-perpaduan/