Senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan Pm Anwar Ibrahim


PUTRAJAYA: Barisan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diumumkan sebelum Jumaat bagi membolehkan Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.
Ia dipercayai bagi membolehkan Kabinet Kerajaan Perpaduan itu dapat dibentuk segera berikutan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijangka ke luar negara pada Sabtu ini.
Laporan BH menyebut khabar angin Kabinet baharu bakal diumumkan dalam masa terdekat mulai bertiup susulan satu hantaran melalui akaun Facebook Istana Negara semalam, berserta empat keping foto yang memaparkan Al-Sultan Abdullah menerima menghadap Perdana Menteri.
Biarpun dengan hanya keterangan ringkas yang menyatakan baginda menerima menghadap Anwar jam 5 petang semalam, ia menguatkan lagi spekulasi senarai lengkap Kabinet baharu sudah dipersembahkan kepada baginda.
Difahamkan, pertemuan mingguan pertama Anwar dengan Yang di-Pertuan Agong diadakan semalam berbanding kelazimannya setiap Rabu, berikutan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung semalam dan hari ini.
Dimaklumkan juga, Perdana Menteri akan kembali ke pejabatnya selepas Mesyuarat Majlis Raja-raja.
Jika Perdana Menteri tidak membuat sebarang pengumuman mengenai Kabinetnya hari ini, beliau dilihat mungkin mengadakan sidang media mengenainya selewat-lewatnya esok bagi memberi cukup masa untuk istiadat angkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, berkata beliau difahamkan pengumuman itu akan dibuat sesegera mungkin.
Bagaimanapun, beliau tidak ada sebarang maklumat mengenainya.
“Saya tak ada maklumat. Ada beberapa wartawan dah hubungi (saya) dan ya saya tak ada sebarang maklumat mengenai perkara ini.
“Yang saya difahamkan sesegera mungkin, tapi saya tak ada maklumat mengenai jangka masa itu,” katanya.
Sumber: BERNAMA Turut menjadi teka teki bilangan menteri dan timbalan menteri yang akan dilantik menerajui pelbagai kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan.
Jumaat lalu, pada sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Anwar memaklumkan Kerajaan Perpaduan diterajuinya akan memiliki saiz Kabinet lebih kecil.
Beliau turut dilaporkan berkata, akan mengusulkan gaji menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan nanti dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi kini.
Dalam pada itu, turut dimaklumkan bahawa kerajaan akan mengambil masa selama 2 minggu untuk mengkaji kos sara hidup rakyat sebelum pembentangan kabinet.
Sumber: Buletin TV3, Harian Metro
Baca juga:
Manifesto PH 2022 : Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15 Bajet 2023 Akan Dibentang Sekali Lagi Sebelum Akhir Tahun – PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/menteri-kabinet-anwar-ibrahim/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=menteri-kabinet-anwar-ibrahim

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Penuh 28 Menteri Kabinet Perpaduan Pm Ke 10 Dato Seri Anwar Ibrahim

Senarai Penuh 28 Menteri Kabinet Perpaduan Pm Ke 10 Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 470 hits
Kabinet Kerajaan Perpaduan telah diumum oleh PM Anwar Ibrahim yang dianggotai 15 wakil PH 6 BN 5 GPS 1 GRS dan 1 tanpa parti Lapan hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menamatkan persoalan...
Cadangan Kabinet Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 2022

Cadangan Kabinet Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 2022

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 305 hits
Cadangan Penstrukturan Semula Dan Penamaan Calon Calon Menteri Melibatkan Kementerian Kementerian Dan Portfolio Portfolio Di Jabatan Perdana Menteri A Cadangan Penstrukturan Semula Portfolio Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Timbalan...
Kabinet Kerajaan Perpaduan Memiliki 67 Berugama Islam Jadi Apa Masalah Lebai

Kabinet Kerajaan Perpaduan Memiliki 67 Berugama Islam Jadi Apa Masalah Lebai

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 143 hits
Sampai bila isu perkauman dan agama mahu dijadikan modal politik oleh parti Pas Tidakkah baik jika Pas terus mebawa isu RUU 355 jika pun telah lupa kepada agenda hukum Hudud Pas telah diberi peluang memerintah beberapa negeri namun gagal me...
Hiburan Bergelar Perdana Menteri Ke 10 Malaysia Ini Hasil Mesyuarat Kabinet Pertama Dato Seri Anwar Ibrahim

Hiburan Bergelar Perdana Menteri Ke 10 Malaysia Ini Hasil Mesyuarat Kabinet Pertama Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 224 hits
Rakyat Malaysia sedia maklum Dato Seri Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi Perdana Menteri kesepuluh Malaysia Susulan pelantikan tersebut seorang pengguna Twitter berkongsikan hasil mesyuarat kabinet pertama Anwar Ibrahim Advertisement1 Po...
Anwar Ibrahim Umum Kabinet Hari Ini

Anwar Ibrahim Umum Kabinet Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 253 hits
Anwar Ibrahim Umum Kabinet Hari Ini Pertemuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan Yang di Pertuan Agong semalam mencetuskan spekulasi bahawa ia ada kaitan dengan pembentukan kabinet baharu Istana Negara semalam berkongsi gambar yang menunj...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Mastura Kemuka Rayuan Lebih Rm830 000 Diserah Ke Peguam