Rasmi Pm 10 Umum Cuti Pada Isnin Minggu Depan Pelawa Pn Sertai Kerajaan Perpaduan



RASMI : PM 10 Umum Cuti Pada Isnin Minggu Depan | Pelawa PN Sertai Kerajaan Perpaduan. Terkini pasca pengumuman mengenai pilihanraya umum kali ke 15 setelah sekian lama menunggu keputusan siapakah yang menjadi Perdana menteri. Kini terjawab sudah persoalan siapa yang akan menjadi Perdana menteri ke 10. Sudah jelas Anwar Ibrahim merupakan Perdana menteri ke-10 Malaysia.
Baru sahaja beliau melakukan sidang media Dan telah mengumunkan bahawa isteri minggu hadapan adalah cuti sempena pengumuman Perdana menteri yang baharu. Ahli sidang media sebentar tadi banyak yang telah dinyatakan oleh beliau sendiri mengenai hala tuju negara selepas pelantikan dirinya selaku Perdana menteri Malaysia yang ke-10. Ikuti maklumat lanjut di bawah.
PM 10 Umum Cuti Pada Isnin Minggu Depan | Berita Gembira Khas Rakyat Malaysia Perdana Menteri yang baharu sahaja dilantik, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin bersamaan 28 November 2022 sebagai cuti kelepasan am.
Mengenai itu dimaklumkan oleh beliau pada sidang akhbar pertama sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh.
“Saya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan Yang di-Pertuan Agong kerana saya sudah janji untuk beri cuti dan dianjak kepada Isnin depan” katanya.
Datuk Seri Anwar baru sahaja selesai mengangkat sumpah di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara, jam 5.30 petang tadi.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, telah disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong,iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Istana Negara dalam kenyataannya memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah perkenan melantik Pengerusi PH itu sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Ia sekaligus menamatkan persoalan rakyat Malaysia selepas lima hari Parlimen berada dalam situasi tergantung pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu,hal ini adalah selepas menyaksikan tiada mana-mana pihak berjaya mendapat majoriti 50 peratus daripada kerusi yang dipertandingkan. – Sinar Harian
Kerajaan Perpaduan.. Ramai juga ya berteka-teki adakah akan wujudnya kerajaan gabungan atau kerajaan perpaduan di antara pelbagai parti campuran. Ianya adalah idea dan saranan daripada YDP Agong agar menyelesaikan konflik antara pemimpin-pemimpin mengenai pengurusan Hal ehwal pentadbiran negara ini adalah bagi menyelesaikan masalah ketiadaan perdana menteri dan perlu disegerakan dengan segera.
Sebelum ini Agong telah menitahkan agar diwujudkan kerajaan gabungan antara pakatan Harapan dan perikatan Nasional. Namun perikatan Nasional tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan kerajaan perpaduan bicarakan bersama dengan Barisan Nasional. Baru saja kelmarin Agong telah menitahkan sejumlah 30 MP daripada Barisan Nasional untuk hadir istana Negara ini adalah bagi menyelesaikan isu ketiadaan pembentukan kerajaan selepas beberapa hari pilihanraya umum kali ke 15.
Matlamat Pembentukan Kerajaan Baharu.. Sudah dipastikan bahawa kita telah mempunyai Perdana menteri yang baharu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada parti pakatan Harapan. Ia merupakan satu berita yang gembira Dan penting bagi struktur pentadbiran negara. Cadangan pembentukan kerajaan baru kini sedang dalam pembikinan dan akan dibentuk Dalam beberapa hari dengan mengikut campuran dan gabungan antara parti-parti yang bertanding di dalam pilihanraya umum kali ke-15.
Sebentar tadi melalui sidang media yang dibuat oleh Perdana menteri, beliau telah menyatakan bahawa timbalan Perdana menteri akan dilantik daripada gabungan parti Sarawak dan Barisan Nasional. Selain itu beliau juga mengajak perikatan Nasional untuk menyertai sekali dalam pembentukan kerajaan perpaduan.
Ini merupakan satu jalan yang dilihat bijak daripada seorang Perdana menteri yang inginkan kesejahteraan dalam kerajaan dan kestabilan politik bagi memastikan kepentingan rakyat terjaga dan ekonomi negara dapat memacu ke arah yang lebih tinggi.
Berita Positif Selepas Pelantikan Perdana Menteri ke-10.. Hari ini merupakan hari yang bersejarah selepas lima hari lamanya kita menunggu berita siapakah yang bakal menyandang Perdana Menteri yang ke-10 bagi memimpin negara Malaysia. Sudah dimeteraikan sebagai Perdana Menteri adalah dari parti pakatan Harapan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah lama memperjuangkan kepentingan rakyat selaku pembangkang sebelum ini dalam tempoh 23 tahun lamanya perjuangan beliau. Akhirnya pada tahun 2022 beliau berjaya dinobatkan sebagai Perdana Menteri yang ke-10.
Selepas tersebarnya berita beliau sebagai Perdana Menteri, negara kita menerima kesan positif iaitu dari segi peningkatan ekonomi di mana pasaran bursa saham Malaysia melonjak tinggi dan kadar ringgit Malaysia juga memulih berbanding dollar.
Kita berharap akan banyak lagi berita baik yang dapat memberi kepentingan kepada negara dan rakyat bagi memastikan negara kita, Malaysia maju dan berjaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2022/11/pm-10-umum-cuti-pada-isnin-minggu-depan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isnin Cuti Peristiwa Pm Ke 10 Umum Cuti Sempena Dilantik Sebagai Pm

Isnin Cuti Peristiwa Pm Ke 10 Umum Cuti Sempena Dilantik Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 187 hits
Isnin Cuti Peristiwa PM ke 10 Umum Cuti Sempena dilantik Sebagai PM Hari ini 24 November 2022 dalam sejarah Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke 10 Beliau yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan itu telah dilantik menjadi PM s...
Isnin 28 November Cuti Umum Pm Datuk Seri Anwar Ibrahim

Isnin 28 November Cuti Umum Pm Datuk Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan cuti umum pada Isnin Perkara tersebut dimaklumkan beliau dalam sidang media malam ini Saya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali denga...
Cuti Umum Bukan Esok Tetapi Isnin 28 Nov 2022 Pm

Cuti Umum Bukan Esok Tetapi Isnin 28 Nov 2022 Pm

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 199 hits
Penantian rakyat Malaysia mengenai sama ada cuti umum berakhir Sah bukan esok Tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim isytihar cuti umum pada Isnin AWANInews PilihanMalaysia AnwarIbrahim PM10 SUBSCRIBE now Astro Aw
Pas Putuskan Tak Sertai Kerajaan Perpaduan Pimpinan Anwar

Pas Putuskan Tak Sertai Kerajaan Perpaduan Pimpinan Anwar

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 156 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 26 2022 1 54 PMPAS hari ini memutuskan untuk menolak undangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menyertai kerajaan perpaduan pimpinannya Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata ia bagi menghormati ke...
Agong Titahkan Bn Sertai Kerajaan Perpaduan Kata Zahid

Agong Titahkan Bn Sertai Kerajaan Perpaduan Kata Zahid

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 151 hits
malaysiakini comPengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata Yang di Pertuan Agong menitahkan bahawa semua 30 ahli parlimen parti itu mesti mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan Memberitahu hal itu kepada Malaysiakini Ahmad Zahid berkata d...
Mt Umno Putuskan Sertai Kerajaan Perpaduan Bukan Diterajui Pn

Mt Umno Putuskan Sertai Kerajaan Perpaduan Bukan Diterajui Pn

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 102 hits
UMNO menyatakan sokongan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional seperti yang dizahirkan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri A...
Pn Nak Jadi Pembangkang Tolak Tawaran Anwar Sertai Kerajaan Perpaduan

Pn Nak Jadi Pembangkang Tolak Tawaran Anwar Sertai Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 159 hits
PN nak jadi pembangkang tolak tawaran Anwar sertai Kerajaan PerpaduanMuhyiddin Yassin berkata pihaknya akan kekal sebagai blok pembangkang PERIKATAN Nasional sekali lagi menegaskan untuk tidak menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana M...
Saarani Umum Portfolio 10 Exco Kerajaan Perak

Saarani Umum Portfolio 10 Exco Kerajaan Perak

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 113 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 23 2022 2 44 PMDatuk Seri Saarani Mohamad yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru pada Isnin lepas mengumumkan portfolio kesemua 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik semalam Beli...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024