Menjawab Mazlee Malik Galah Sejengkal Tak Wajar Bercita Cita Menjadi Perdana Menteri




Saya mengambil maklum kenyataan YB Dr Maszlee Malik yang disiarkan Malaysiakini bertarikh 12 June 2020. Sila rujuk laporan “Maszlee: Jawatan PM ke-9 bukan hak mutlak Anwar”, https://www.malaysiakini.com/news/529933.

Pengalaman 22 bulan di bawah kepimpinan Tun Mahathir sewajarnya memberi pengajaran yang cukup kepada Pakatan Harapan. Di awal pentadbiran beliau Tun Mahathir sudah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan iltizam perjuangan Pakatan Harapan. Rujuk laporan “Dr M: Manifesto HARAPAN bukan 'kitab suci'” https://www.malaysiakini.com/news/434417.

Pentadbiran 22 bulan itu juga memperlihatkan bagaimana Pakatan Harapan gagal mengawal naratif anti-melayu yang dimainkan oleh pembangkang ketika itu. Manifesto berkaitan Pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN terbiar tanpa penyelesaian tuntas. Natijahnya, YB Dr Maszlee Malik sendiri akhirnya terpaksa melangkah keluar daripada Kementerian Pendidikan.

Realitinya, Pakatan Harapan perlu mengakui bahawa tempoh 22 bulan yang lalu gagal dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengangkat taraf hidup rakyat. Kualiti hidup rakyat terbawah masih sama seperti mana zaman pemerintahan UMNO Barisan Nasional. Oleh itu adalah tidak menghairankan apabila tidak ada reaksi yang ketara daripada rakyat apabila Kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan secara zalim oleh komplot jahat pintu belakang.

Justeru saya ingin memetik kata-kata Albert Einstein yang pernah dipinjam oleh YB Dr Maszlee Malik, “Insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results”. Lalu bagaimana kita ingin mengharapkan Malaysia yang berbeza jika kita masih ingin mengangkat pemimpin yang sama?

Berbicara soal nombor sokongan yang diperolehi oleh Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir, matematik mudah menunjukkan Anwar Ibrahim memiliki sokongan 91 Ahli Parlimen Pakatan Harapan. Tun Mahathir pula memiliki sokongan yang pasti iaitu lima Ahli Parlimen mantan Bersatu termasuk diri beliau sendiri.

Lalu saya bersetuju dengan kenyataan YB Dr Maszlee Malik yang menyifatkan Tun Mahathir ialah pemilik galah sejengkal yang diperlukan untuk Pakatan Harapan mengambil semula tampuk pemerintahan negara. Namun agak aneh apabila Maszlee mencadangkan pemilik galah sejengkal ini yang perlu diangkat mengetuai Kerajaan. Lalu Anwar Ibrahim yang memiliki sokongan 37 Ahli Parlimen PKR, dan sokongan daripada rakan-rakan DAP dan AMANAH dipaksa untuk mengalah.

Mengapa tidak Maszlee memujuk pemilik galah sejengkal ini dan penyokong-penyokongnya untuk sama-sama berdiri teguh mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Jika alasan untuk memaksa Anwar Ibrahim mengalah ialah negara ini dalam bahaya dan memerlukan perubahan segera. Lalu mengapa alasan ini seolah-olah hanya tertuju kepada Anwar Ibrahim. Bukankah atas alasan yang sama Tun Mahathir dan gerombolannya juga perlu berlapang dada dan sepakat mengangkat Anwar Ibrahim.

Saya bersetuju bahawa jawatan Perdana Menteri bukan hak mutlak sesiapa. Tetapi apakah Maszlee tidak sedar bahawa beliau seolah-olah sedang memutlakkan jawatan Perdana Menteri itu hanya kepada Tun Mahathir?

Anwar Ibrahim tidak akan berdiri sebagai calon Perdana Menteri jika tidak ada pihak yang menamakan beliau sebagai calon. Dalam hal ini, Pakatan Harapan dengan komposisi 91 Ahli Parlimen sebulat suara menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Soalnya sekarang, pihak manakah pula yang menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri?

Adalah lebih mudah sekiranya Maszlee sama-sama membantu untuk merasionalkan Tun Mahathir agar memberi sokongan padu kepada Anwar Ibrahim. Bukan lagi merayu untuk Anwar Ibrahim mengalah buat kesekian kalinya.

Sekian.

Ahmad Syukri Bin Che Ab Razab.
Setiausa Angkatan Muda Keadilan

https://www.facebook.com/100000775992720/posts/3244573098911858/?d=n





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/menjawab-mazlee-malikgalah-sejengkal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Lupakan Saja Hasrat Kembali Menjadi Perdana Menteri

Dr Mahathir Lupakan Saja Hasrat Kembali Menjadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 468 hits
June 19 2020KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamed wajar melupakan hasrat untuk kembali bergelar perdana menteri biarpun mendapat sokongan Pakatan Harapan terutamanya DAP Bekas perdana menteri dua kali itu sewajarnya memberi laluan kepada ora...
Calon Perdana Menteri Ph Plus Tetapi

Calon Perdana Menteri Ph Plus Tetapi

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 368 hits
Pakatan Harapan sebenarnya sudah membuat keputusan bagi menentukan siapa calon Perdana Menteri untuk kerajaan pakatan pembangkang itu kelak Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan PH kini sedang merujuk pandangan kelo...
Anwar Mohon Maaf Ph Terpaksa Tangguh Umum Bakal Perdana Menteri

Anwar Mohon Maaf Ph Terpaksa Tangguh Umum Bakal Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 419 hits
By 17 June 2020Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana gabungan parti pembangkang itu terpaksa menangguhkan pengumuman bakal pimpinan negara yang sepatutnya dilakukan semal...
Pejabat Perdana Menteri Nafi Laporan Muhyiddin Ke Luar Negara Ketika Kuarantin

Pejabat Perdana Menteri Nafi Laporan Muhyiddin Ke Luar Negara Ketika Kuarantin

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 384 hits
Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan laporan Sarawak Report yang mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melanggar perintah kuarantin di rumah dengan ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kanser Dalam satu kenyataan yang dikeluar...
Isu Calon Perdana Menteri

Isu Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 359 hits
Setakat ini Pakatan Harapan belum mencapai kata sepakat isu Perdana Menteri ke 9 Justeru tidak adil untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerima Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PM ke 9 apatah lagi dengan apa yang beliau lalui...
Pkr Sebulat Suara Tolak Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Sekali Lagi

Pkr Sebulat Suara Tolak Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 540 hits
PKR tetap mahu Anwar menjadi calon PM Rasmi PKR tolak Mahathir sebagai calon PM Pemimpin pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi Perkara itu disuarakan dalam kenyataan me...
Pemuda Pkr Tidak Sokong Dr M Sebagai Calon Perdana Menteri

Pemuda Pkr Tidak Sokong Dr M Sebagai Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 549 hits
June 18 2020 8 25 PMKetua Pemuda PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata badan itu hilang kepercayaan terhadap kemimpinan Dr Mahathir Mohamad JOHOR BAHRU Pemuda PKR hari ini berkata ia tidak akan menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai calon p...
Ph Cadang Umum Calon Perdana Menteri Selepas Dapat Persetujuan Dari Sekutu

Ph Cadang Umum Calon Perdana Menteri Selepas Dapat Persetujuan Dari Sekutu

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 406 hits
Macam dah lama pula Ohmedia rasa kita tak cerita tentang politik Malaysia Sekarang Ohmedia petik laporan Berita Harian yang mengatakan Pakatan Harapan terpaksa menangguhkan dahulu hasrat untuk mengumumkan calon Perdana Menteri mereka Sebelu...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan