Menjawab Andaian Jahat Mufti Perlis




Abu Mishkat







1. Dalam penghantaran awal responnya kepada isu larangan Menteri Pendidikan memanggil orang bukan Islam sebagai ‘kafir’, Mufti Perlis telah membuat beberapa persoalan: 


- “apakah ini bererti dia telah mengharamkan al-Quran dan al-Sunnah dalam rumahnya?”
- “apakah dia menapis ayat-ayat yang sesuai dengan hawa dirinya sahaja dalam rumahnya?”
- “Atau, dia sudah tidak percaya al-Quran dan al-Sunnah berfungsi dalam kehidupannya?”
- “Atau dia ingin mengubah ayat-ayat ALLAH dan hadis-hadis Nabi s.a.w. dengan edisi baru bikinannya?”


2. Selepas dilontarkan persoalan-persoalan dengan andaian jahat itu, Mufti Perlis membuat kesimpulan: “Apapun, itu semua merupakan *[gambaran akidah yang parah]* yang sedang membarah dalam masyarakat kita. Semoga Allah memelihara diri dan generasi kita daripada keingkaran terhadap kitabnya dan sunnah Rasulnya”


3. Dengan kesimpulan Mufti Perlis itu, dia sebenarnya telah menuduh Menteri Pendidikan mempunyai akidah yang parah. Akidah yang parah ialah akidah yang rosak. Bagi orang awam, bila mufti menghukum akidah seseorang muslim itu rosak, mereka boleh pergi sampai memurtadkan  atau mengkafirkan Menteri. 


4. Ini bukan kali pertama Mufti Perlis bermudahan mempertikaikan iman seorang Islam. Dalam grup Whatssap kendaliannya beberapa tahun dahulu beliau pernah menyamakan akidah seorang pegawai khas Menteri Agama ketika itu dengan akidah LKS (Lim Kit Siang) hanya kerana pegawai khas itu tidak bersetuju dengan pendirian kerasnya dalam isu sekatan terhadap Dr. Zakir Naik daripada memberi ceramah bebas. Tiada pegawai khas lain dalam grup itu ketika itu selain saya sendiri. Bantahan saya terhadap sikap takfirinya berakhir dengan beliau sendiri mengenyah buang saya daripada grup itu. Alhamdulillah saya dijauhkan daripadanya.


5. Bila mufti mula mempertikaikan akidah orang Islam, orang awam pula bermudah mengkafirkan. Ia sudah pun berlaku. Seorang penjawat awam yang bertugas di sebuah hospital kerajaan telah membuat komen di satu wall Facebook kenalannya: “Macam Si Kapir Sorang Nie Ke? (dengan emoji ketawa)”, dengan gambar Menteri Pendidikan di bawah komennya. Setelah ditegur, baharulah beliau meminta maaf dan mengharapkan tindakan tidak dikenakan ke atasnya. Begitu mudah dosa besar dilupuskan seperti menghalau seekor lalat yang hinggap di hidungnya.


6. Bahkan seorang yang memakai nama dan gambar profil Ustaz Azhar Idrus (seorang yang digelar sebahagian pengikutnya sebagai ulama sejuta ummah) membuat satu komen di wall Facebook kenalannya juga: “Kafir bekap (back up) kafir” di bawah penghantaran poster Menteri Pendidikan mengharamkan perkataan kafir di rumahnya. Sehingga saat ini saya belum melihat penafian daripada Ustaz Azhar Idrus sendiri. 


7. Sekarang kita boleh nampak kesan segera perbuatan bermudah-mudah mempertikaikan akidah dan iman seorang muslim seperti mana yang dilakukan oleh Mufti Perlis. Ia membawa kepada amalan takfiri yang sangat dicegah oleh Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Ia adalah kemungkaran yang sangat besar dan tercela.


8. Mufti Perlis dan Ustaz Azhar Idrus adalah dua sosok yang boleh dikatakan bermusuh dari sekolah pemikiran yang berbeza. Tetapi kedua-duanya bersatu di atas sikap bermudah-mudah (tasahul) dalam mempertikaikan akidah dan iman orang Islam.


9. Nampaknya Mufti Perlis telah membuat penghantaran baru yang lebih panjang untuk menjustifikasikan penghantaran awalnya adalah benar dan bertepatan prinsip al-Amru bin Ma’ruf wa al-Nahyu ‘an al-Munkar (Menyeru Makruf dan Mencegah Mungkar). Kita akan membuat ulasan ke atas poin-poin hujahnya selepas ini, in sha Allah.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/menjawab-andaian-jahat-mufti-perlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polemik Kafir Menyanggah Mufti Perlis

Polemik Kafir Menyanggah Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 117 hits
Ali MudaMufti Perlisb grillpanjang lebar untuk mempertahankan andaian andaian jahatnya yang menggambarkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mempunyai akidah yang parah yang sedang membarah Sepatutnya sebelum membuat serangan mempertikai aki...
Menyanggah Mufti Perlis Dalam Polemik Kafir Siapa Yang Auta Buta Fakta

Menyanggah Mufti Perlis Dalam Polemik Kafir Siapa Yang Auta Buta Fakta

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 109 hits
Abu Mishkat1 Mufti Perlis membuat penghantaran lagi dengan panjang lebar bertajuk POLEMIK PERKATAAN KAFIR ANTARA FAKTA DAN AUTA untuk mempertahankan andaian andaian jahatnya yang menggambarkan Menteri Pendidikan YB Fadhlina Siddiq mempunyai...
Mufti Perlis Polemik Perkataan Kafir Antara Fakta Dan Auta

Mufti Perlis Polemik Perkataan Kafir Antara Fakta Dan Auta

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 334 hits
Mohd Asri Zainul AbidinDalam Negara Malaysia sudah menjadi cara hidup orang Islam dalam bergaulan dengan bukan Muslim sejak dahulu tidak memanggil hai kafir Majlis majlis rasmi tidak rasmi dakwah dan apa sahaja memanggil mereka yang tidak m...
Lulus Peruntukan Pembangunan Perlis Ratusan Juta Lambang Pm Berjiwa Besar Tapi Dalam Ceramah Tibai Pmx Zalim Bagai

Lulus Peruntukan Pembangunan Perlis Ratusan Juta Lambang Pm Berjiwa Besar Tapi Dalam Ceramah Tibai Pmx Zalim Bagai

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 130 hits
Lawatan Perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perlis kelmarin dan membawa ratusan juta ringgit peruntukan pembangunan melambangkan jiwa besar PM terhadap semua rakyat Malaysia tanpa kecuali Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis ...
Perlis Hulu Perak Beaufort Record Level Two Heatwave Says Metmalaysia

Perlis Hulu Perak Beaufort Record Level Two Heatwave Says Metmalaysia

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 118 hits
KUALA LUMPUR Perlis Hulu Perak Perak and Beaufort in Sabah have recorded level two heatwave with daily maximum temperatures ranging from 37 to 40 degrees Celsius for at least three consecutive days as of 4 40pm on Sunday The Malaysian Meteo...
Raja Muda Perlis Alu Alukan Rangkaian Hotel Empat Lima Bintang Lebarkan Sayap

Raja Muda Perlis Alu Alukan Rangkaian Hotel Empat Lima Bintang Lebarkan Sayap

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 131 hits
PETALING JAYA Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengalu alukan rangkaian hotel bertaraf empat dan lima bintang untuk melebarkan sayap pelaburan ke negeri berkenaan Baginda bertitah kehadiran para pelancong yang melebi...
Gelombang Haba Landa Perlis Pokok Sena

Gelombang Haba Landa Perlis Pokok Sena

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 195 hits
MetMalaysia berkata gelombang haba atau Tahap 2 berlaku apabila suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celcius untuk sekurang kurangnya tiga hari berturut turut di sesuatu kawasan KUALA LUMPUR Gelombang haba berlaku di seluruh Pe...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025