Menjadi Lebih Melayu
CnP
Adakah kuil & ladang durian tidak disedari kewujudannya?
RASUAH MENYUSAHKAN KERAJAAN

Apabila sentimen perkauman dimainkan kita hanya melihat salah kpd kaum2 yg lain. Tapi kita pertahankan kesalahan atau jenayah kaum sendiri hanya kerana dia org Melayu.
Saya ditanya semalam ketika di majlis Rumah Terbuka Hari Raya, kenapa berlaku penolakan org Melayu kpd kerajaan?
Jawapannya mudah, jawab saya ia angkara org politik. Ia bukan soal kegagalan menguruskan negara atau ekonomi negara. Selalu saya katakan ia soal siapa yg lebih Melayu dgn menanamkan kebencian kpd kaum lain.
Apatah di era media sosial ia bukan berlaku di negara ini, tetapi tahun lalu turut berlaku di UK angkara fitnah cyber berlaku hingga memusnahkan ratusan juta perniagaan di sana.
PMX adalah satu satunya PM yg begitu lantang melawan rasuah. Di mana2 sahaja dia bercakap isu ini dan akhirnya kita dpt melihat bagaimana Muhyiddin dan Ismail Sabri disabitkan dgn wang ratusan juta wang rakyat.
Malangnya isu ini tidak menakutkan atau menjadi isu besar buat org Melayu berbanding dgn kes seorang peniaga ‘Rambo’ yg dikenali sebagai ‘abg belon’ yg melanggar undang2.
Anda nampak kenapa ia berlaku? Ia bukan soal keadilan tetapi siapa yg melakukan kesalahan itu… Melayu atau Cina/India. Jika org Melayu salah atau tidak, curi ratusan atau billion kita wajib pertahankan.
Perkiraan org Melayu di bawah, org Melayu dizalimi tetapi perkiraan politikus dan rakan kapitalis mereka… menang semua kerusi Melayu, mereka boleh jadi kerajaan semula.
Mereka boleh merompak semula duit rakyat sepertimana hilangnya berbillion saham bumiputra hanya cukup dgn lagu ‘Anak Kecil Main Api.’
Kes kuil dan ladang durian Musang King ditunggang oleh pembangkang dgn naratif perkauman. Benar mereka bersalah dan kita tidak menyokongnya samada kuil dan pemilik ladang musang king.
Yg menjadi isu skg pihak berkuasa samada DBKL atau PBT Raub buat apa puluhan tahun sebelum ini?
Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman strukturnya yg ada sekarang dipercayai dibina pada tahun 1983. Namun ada dakwaan bahawa kuil ini telah dipindahkan pada 2008 dari lokasi asalnya.
Baik tidak kisah la tahun berapa yg menjadi isu sudah puluhan tahun DBKL buat apa? Kuil itu bukan di bina di dlm hutan tetapi ditengah bandaraya yg hanya jarak 1km dari bangunan DBKL sendiri?
Begitu juga ladang durian yg dikatakan telah 30 tahun diusahakan secaran haram melibatkan 200 ekar lebih tidak diketahui oleh PBT?
Apakah ada gejala rasuah yg membuatkan pembinaan atau penanaman secara haram dilakukan, diabaikan sehinggalah berpuluh tahun lamanya?
Yg kita tahu yg bekerja di DBKL atau PBT Raub rata2 org Melayu. Org Melayu di luar sana yg diracuni politikus lupa yg memegang kuasa adalah org Melayu. Org Cina atau India mereka tidak berani melakukannya jika tidak ada yg ‘mengizinkan’.
Sebab itu tidak guna kita pegang kuasa 33 bulan tetapi kita tidak selesaikan isu2 sebegini.
Malah tangan2 pemimpin org Melayu juga di waktu 33 bulan meluluskan jenama arak baru dan penambahan jumlah cabutan khas itu dinaikkan kepada asal iaitu 22 cabutan.
Rasuah akn menyusahkan generasi anak2 kita. Zaman ini Kerajaan Madani terpaksa pikul tanggungjawab tersebut. Bayangkan jika budaya rasuah ini berleluasa… anak anak kita yg memikul bebenan seperti ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/04/menjadi-lebih-melayu.html