Meniru Idea Bisnes Orang Lain
Sekarang ni serba serbi perlukan RM RM RM. Yang mana ada kerja tetap pun masih cari income tepi untuk menampung kos sara hidup kita yang semakin tinggi. Terutama yang tinggal di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru yang memerlukan perbelanjaan lebih dari segala segi.
Melangkah keluar dari rumah je, duit pun confirm mengalir sekali. Kena bayar parking, tol, minyak. Belum lagi makan. Bila dah keluar tu, tentu lah kita makan di luar. Isnin-Jumaat, kerja & makan di rumah. Jadi hari minggu,sesekali cuba menu di luar pula. Tambah sekarang ni macam-macam makanan yang viral di facebook. Nampak post kedai makan atau makanan viral di social media, biasalah sifat kita ni yang suka nak mencuba. Bila nak cuba, maksudnya RM kena lah keluar yea tak?
Takkan dapat percuma pula. Jadi bila RM yang keluar tu dah terlebih bajet bulanan, kena cari side income tepian yang kita boleh keluarkan duit dengan senang hati tanpa risau kekurangan bajet bulanan.
Jadi untuk menampung, kena lah cari pendapatan sampingan dan ramai yang memilih untuk meniaga. Nak meniaga ni pun kena cari idea bisnes apa yang paling sesuai untuk kita ceburi. Kena tengok kehendak pada produk tersebut.
Bisnes ni samaada kita boleh buat secara online ataupun secara offline.. K.fiezz sendiri terlibat dengan bisnes online. Nak buat offline, sogan. hehe..Tapi bagi yang buat dua-dua ni, keuntungan lagi tinggi dan senang dapat customer. IDEA BISNESJadi bisnes apa yang boleh kita ceburi untuk mencari pendapatan sampingan. Banyak sebenarnya. Antara rajin dengan tidak je. Paling penting kita kena kreatif dan cari produk atau servis yang mempunyai permintaan dari orang ramai.
Jom kita tengok antara idea bisnes yang kita boleh ceburiKecantikanKesihatanMakananServis (Surprise Delivery)PakaianIni antara produk yang k.fiezz rasa popular dan jadi pilihan ramai. K.fiezz sendiri menjual produk kecantikan sebab k.fiezz minat pada kecantikan.
Pada pendapat k.fiezz, better cari produk yang kita minat dan senang untuk kita jual. Bila kita minat, automatik kita nak promote pun rasa seronok dan senang kita nak mengarang idea untuk post di social media bagi yang gunakan platform social media untuk meniaga.TIRU IDEA BISNES ORANG LAINK.fiezz macamana pula kalau kita buat bisnes makanan yang kita masak contoh macam kek, roti dan seangkatan dengannya tetapi ada orang minta resipi?
Hah. Ni lah masalah orang melayu tau sebenarnya. Dah kenapa lah suka tiru idea bisnes orang lain. Contoh lah dalam kawasan tu dah ada orang jual roti & kita tengok roti dia sentiasa SOLD OUT. Lepas tu kita minta resipi kat dia sebab kita pun nak jual roti..
Aduh..dah kenapa nak tiru..Cari lah idea bisnes yang lain. Banyak lagi menu, kan. Kek ke, biskut ke? eh roti juga yang ko nak.
Dan jangan paksa kalau orang tu tak nak kongsi resipi dia. Kita hormat keputusan dia.
Mungkin dia tak nak kongsi resipi tu sebab dia masuk kelas berbayar untuk dapatkan resipi. atau mungkin juga dia cuba banyak kali sampai jadi roti tu. Jadi kita hormat lah keputusan dia kalau dia tak nak kongsi. Jangan lah di paksa-paksa. Lagipun tu kan resipi dia, suka hati dia lah nak kongsi ke idak?dah kalau dia tak nak, tak payah lah paksa-paksa.
Cuba lah google dan cari idea bisnes yang lain. Banyak der idea bisnes yang lain.
Kalau nak bisnes makanan - apa lagi selain roti..ada kek, biskut, coklat, kuih-muih, makanan berat (katering). Sekadar contoh. Sebelum nak tiru konsep / idea bisnes orang lain, cuba cari di Google. Banyak lagi idea bisnes weiii.. KEDEKUT KE KALAU TAK NAK KONGSI RESIPI?Bukan masalah kedekut tapi kita hormat keputusan dia yang tak nak berkongsi. Yea betul, kita pernah dengar 'alaaa..si A tu kongsi resipi menu jualan dia, makin laris jualan dia'. Betul. Resipi yang sama kita boleh kongsi tapi hasilnya tetap tak sama. Jadi kenapa perlu kedekut resipi.Takut customer lari?
Bukan masalah takut customer lari..
Macam k.fiezz beritahu tadi, mungkin dia sendiri try & error banyak kali sampai jadi resipi itu. ataupun dia masuk kelas berbayar untuk belajar dan dapatkan resipi. Kena faham lah kenapa dia kedekut?Tak payah lah kita persoalkan. 'Kedekutnya'.. Usaha dia sampai berjaya buat resipi tu dan tetiba orang nak tiru bisnes dia, mesti lah kena kedekut.
Cuba kalau kita masuk kelas bayar & bersusah payah dapatkan resipi tu, tetiba orang datang minta resipi sebab nak tiru bisnes kita. Apa kita rasa?
Jadi sama lah perasaan dia.
Moral of the story - Nak bisnes, cari idea bisnes sendiri. Tak perlu ikut orang. Pernah tak korang tengok kat satu tempat, dah ada orang jual burger..tapi selang beberapa meter, ada orang lain buka gerai burger juga. haha. adeh. Ni pengalaman mr hubby sendiri dulu. Memang lah persaingan tu elok tapi ada yang main kotor. Tengok gerai burger si A banyak customer & gerai burger dia customer boleh dikira dengan jari, mula la main kotor . hantar 'guna-guna' tak bagi customer nampak gerai Si A yang maju tu. Bukan lah semua macam tu tapi biasanya ada terselit seorang dua macam ni.
Jadi nak berbisnes ni, be creative. Banyak idea bisnes yang boleh kita ceburi. Tak perlu tiru orang lain..
Lagi satu konsep bisnes ni try & error. Kadang kita kena cuba banyak kali dengan macam-macam produk sampai jumpa yang betul-betul kita serasi & kita dapat keuntungan yang berlipat kali ganda dari sebelum-sebelum ni.
K.fiezz sendiri dah pernah jual macam-macam & terbaru Obsess Cosmetic.
Harap bisnes k.fiezz lebih berkembang dengan Obsess ni dan dapat ikut jejak leader yang dapat keuntungan beratus K sebulan.
Baca juga << Ready Stock Obsess Foundation COD Kuala Lumpur >>
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2020/02/Meniru-idea-bisnes-orang-lain.html