Kerajaan Rancang Kg Bharu Sebagai Bandar Melayu Bukan Tapak Warisan




 
Oleh: Abdullah Zaid





Kerajaan tidak bercadang menjadikan Kampong Bharu sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik Dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi memastikan pelan pembangunan yang dirancang tidak terganggu.





Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata sebarang kriteria pengiktirafan UNESCO akan membantutkan cadangan pembangunan di kampung berusia 125 tahun itu.





"Tambahan pula, pengiktirafan warisan mempunyai tiga peringkat bermula daripada tapak warisan yang diberikan oleh Jabatan Warisan Negara, diikuti warisan negara yang diberikan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, kemudian barulah warisan dunia yang diberikan oleh UNESCO.





"Pengiktirafan warisan di ketiga-tiga peringkat ini mempunyai beberapa kriteria yang perlu dipenuhi dan sesetengahnya tidak dapat dipadankan dengan ciri-ciri semasa Kampung Baru," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.





Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai cadangan untuk menggazetkan Kampong Bharu di Kuala Lumpur sebagai tapak warisan UNESCO.





Sebaliknya, kata Dr Zaliha, Kampong Bharu akan dipromosikan sebagai bandar Melayu selaras dengan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung baru 2011 (Akta 733).





"Antara perkara yang menjadi panduan pembangunan Kampong Bharu ialah nilai kebudayaan dan pemuliharaan warisan alam bina, perancangan inovatif dalam pembangunan tanah, pemuliharaan dan penjanaan semula kawasan dan menjaga kepentingan pemilikan orang Melayu.





"Percayalah, kerajaan akan berusaha mengangkat Kampong Bharu sebagai bandar Melayu yang tersergam dengan megah di Kuala Lumpur," ujarnya lagi.





Untuk rekod, Kampong Bharu diwujudkan pada 1899 hasil usaha dan desakan penduduk Melayu tempatan di Kuala Lumpur terhadap pentadbiran British Kolonial dengan Residen British Selangor bersetuju terhadap cadangan penubuhan Kampung Melayu di Kuala Lumpur terletak di antara Sungai Klang dan Jalan Batu.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/kerajaan-rancang-kg-bharu-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
21 Makanan Tradisional Yang Diwartakan Sebagai Warisan Negara

21 Makanan Tradisional Yang Diwartakan Sebagai Warisan Negara

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 339 hits
Makanan tradisional boleh menggambarkan identiti serta budaya masyarakat setempat Sebagai negara dengan rakyat berbilang kaum Malaysia juga kaya dengan kepelbagaian hidangan warisan yang menjadi tradisi turun temurun Terdapat lebih 200 maka...
Menikmati Warisan Masakan Melayu Di Dangau Langkawi

Menikmati Warisan Masakan Melayu Di Dangau Langkawi

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 438 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku seperti biasa nak kongsikan salah satu lokasi menarik yang sempat aku dan rakan rakan singgah ketika di Langkawi baru baru ini Langkaw...
Nasi Lemak Tercalon Sebagai Makanan Warisan Dunia

Nasi Lemak Tercalon Sebagai Makanan Warisan Dunia

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 182 hits
Ercy Gracella Ajosam hmetro com myKuala Lumpur Nasi lemak mendapat tempat di persada antarabangsa apabila tercalon dalam senarai calon pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sebagai War...
Sisi Gelap Bandar Mewah Pasukan Produksi Umum Barisan Penuh Pelakon Gangnam B Side

Sisi Gelap Bandar Mewah Pasukan Produksi Umum Barisan Penuh Pelakon Gangnam B Side

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 166 hits
Disney telah mengumumkan barisan pelakon utama serta tarikh tayangan bagi drama terbaru mereka iaitu Gangnam B Side ARTIKEL BERKAITAN Drama yang bertemakan jenayah ini menceritakan tentang satu pasukan yang terdiri daripada polis broker mis...
Mca Dap Diseru Jumpa Komuniti Melayu Islam Untuk Tahu Perasaan Mereka Mengenai Isu Stoking Kalimah Allah

Mca Dap Diseru Jumpa Komuniti Melayu Islam Untuk Tahu Perasaan Mereka Mengenai Isu Stoking Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 475 hits
Stoking kalimah Allah Jumpa komuniti Melayu Islam Pemuda Umno seru sayap MCA DAPAkmal Saleh minta Pemuda MCA dan DAP bertemu komuniti Melayu Islam untuk tahu perasaan mereka FMT ReportersPETALING JAYA Pemuda Umno meminta sayap MCA dan DAP b...
Bandar Narkoba Murtala Ilyas Tiga Kali Edarkan Sabu Sejak Bebas Dari Penjara Kini Terancam Hukuman Mati

Bandar Narkoba Murtala Ilyas Tiga Kali Edarkan Sabu Sejak Bebas Dari Penjara Kini Terancam Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 346 hits
Polisi juga masih mendalami motif Murtala kembali mengedarkan narkotika jenis sabu karena kebutuhan ekonomi
Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Kek Coklat Kurma Moist Resipi Mudah Guna Lebihan Kurma Bulan Puasa

Buasir Otak Tv Dalam Setahun Ada Berapa Bulan Be Like

Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Market Trends To Shape Your Business

Why Choosing The Right Patent Illustration Services Can Make Or Break Your Application

Man United Setuju Harga Lammens Bakal Cabar Onana

12 Maut Empat Hilang Jambatan Runtuh Di China Utusan Malaysia

Ribuan Warga Sumanep Diserang Campak Ragut 17 Nyawa Siakap Keli

Apakah Pas Pasti