Menikmati Keindahan Alam Di Taman Tasik Taiping


[Catatan kisah hari Sabtu, 12 Ogos 2023]
Ini merupakan kunjungan kali kedua saya dan Encik Suami ke Taman Tasik Taiping di Taiping, Perak. Kali pertama ke sini pada Januari 2022, entrinya DI SINI. Kali ini kami datang sewaktu cuaca panas, foto-foto jadi lebih cerah dan menarik.
Tujuan kami sekadar nak berjalan-jalan menikmati keindahan alam semula jadi di sini. Tapi tetap jua kami perlu memakai pakaian dan kasut bersesuaian dengan aktiviti luar supaya rasa selesa untuk menghabiskan masa di taman ini.
Sebelum memulakan langkah, saya perhatikan peta kawasan tasik di aplikasi Google Maps. Dari situ kita boleh nampak tarikan yang ada di sini dan memilih laluan pilihan. Kawasan ini sangatlah luas, kalau kita tak ada banyak masa atau kurang stamina memang tak mampulah kita nak melalui setiap laluan dan jambatan tersedia. Harus memilih.
Seterusnya, biarlah foto-foto berikut meneruskan cerita betapa indahnya alam di Taman Tasik Taiping :
Foto 1 | Pokok bersaiz besar dengan akar berjuraian ke laluan pejalan kaki

Foto 2 | Pemandangan indah hasil pantulan cahaya matahari pada permukaan air di Lake Garden Zig-zag Bridge. Air kolam ni tinggi dan laluan jambatannya kecil, membuatkan saya rasa sedikit takut sewaktu nak melalui jambatan ini

Foto 3 | Pemandangan di Island Pond. Sesuai dengan namanya, terdapat semacam pulau kecil di sini. Ada dua buah jambatan untuk kita ke bahagian pulau. Kedudukan pulau ini sangat hampir dengan Zoo Taiping. Sesekali terdengar bunyi haiwan dari kandang zoo, dengar macam bunyi ngauman harimau

Foto 4 | Dari atas jambatan di Island Pond, kami memerhatikan permukaan air yang penuh dengan buih kecil. Setelah beberapa ketika kami mendiamkan diri, muncul kepala ikan bersaiz besar di permukaan air. Terkejut jugaklah saya menyaksikan kawanan ikan keli yang cukup banyak di sini. Kelihatan juga beberapa ekor kura-kura dan kawanan ikan lain di dalam air

Foto 5 | Sedang kami memerhati hidupan dalam air, ternampak pulak sepasang burung kecil berada jauh dari lokasi kami berdiri. Encik Suami menggunakan binokular bagi membuat pemerhatian. Saya pula terus menghalakan lensa kamera, cuba memotret dengan tetapan 10x zoom in

MasyaAllah cantik sungguh sepasang burung ni - badannya kecil berwarna kebiruan, bahagian kepala berwarna coklat dan paruhnya pula panjang berwarna seakan merah jambu. Entah apa namanya, saya cuba buat carian internet tapi gagal bertemu jawapan

Foto 6 | Ini pula antara tumbuhan yang menarik perhatian saya. Hasil carian saya gagal menemukan nama pokok ini

Foto 7 | Tumbuhan kecil yang menumpang di pokok turut menarik perhatian saya

Foto 8 | Burung bangau ‘bersendirian’ mencari makan. Bersendirian bukanlah bermaksud kita berseorangan di dunia ini, Allah sentiasa ada dengan kita 💪🏼
Foto 9 | Tenang. Nak dapatkan sudut pemandangan begini kita perlu memanjat sedikit di kawasan berbukit

Foto 10 | Empat sekawan bersantai di atas tunggul pokok. Comel sungguh kan

Foto 11 | Bunga-bunga kemboja (frangipani) berguguran di tanah. Di larang memetik bunga di taman ini, saya cuma meminjam sekuntum kemboja yang telah gugur buat berfoto dan menikmati harum baunya

Foto 12 | Bunga teratai penyeri kolam. Ada dua jenis teratai yang saya perasan terdapat di sini. Sejenis dengan bunga dan daun saiz kecil

Foto 13 | Sejenis lagi teratai dengan bunga saiz besar dan berdaun lebar

Foto 14 | Sangat cantik

Foto 15 | Raintree Walk. Dah dua kali sampai sini, tiap kali tu cuma berfoto di sini. Tak rajin nak berjalan ke depan sana. InsyaAllah di lain masa

Jalur berwarna hijau (tebal) dan merah menunjukkan laluan kami. Kami menghabiskan masa berjalan-jalan di taman ini selama hampir dua jam dengan jarak 3 km

Video berdurasi 1 minit 21 saat memaparkan keindahan alam di Taman Tasik Taiping

Alhamdulillah masih berpeluang menyaksikan indah ciptaan Allah. Menghirup udara segar dan menikmati keindahan flora fauna di sini merupakan terapi jiwa buat saya. Saya rasa lebih tenang dan bahagia. Bukanlah bermaksud lenyap segala masalah, tetapi sekurang-kurangnya jiwa lebih tenang menghadapi ujian kehidupan














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/08/menikmati-keindahan-alam-di-taman-tasik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lake Side Taman Tasik Paya Besar

Lake Side Taman Tasik Paya Besar

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 448 hits
View of a newly completed recreation park You can find more beautiful views of the sky at
Menikmati Selera Kampung Di Segamat Rel Coffee Classic Aeon Mall Shah Alam

Menikmati Selera Kampung Di Segamat Rel Coffee Classic Aeon Mall Shah Alam

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 298 hits
Dua minggu lepas kalau tak silap kak ana suami dan Adik Ika duk jenjalan ke Aeon Mall Shah Alam Sebenarnya dah tak tahu nak pii mana dah nak jalan jauh macam malas last last kami pii Shah Alam jer Lama juga tak masuk bandar Shah Alam sebab ...
Tunku Azizah Keindahan Alam Semula Jadi Tidak Dapat Di Ganti Jika Ia Musnah

Tunku Azizah Keindahan Alam Semula Jadi Tidak Dapat Di Ganti Jika Ia Musnah

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 335 hits
KUANTAN Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menegaskan bahawa keindahan alam semula jadi tidak akan dapat diganti setelah ia musnah tidak kira berapa banyak wang yang perlu dibelanjakan untuk memulihkannya Baginda...
Alam Jagat Raya By Dr Muhammad Rakib S H M Ag

Alam Jagat Raya By Dr Muhammad Rakib S H M Ag

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 184 hits
GAWAT BACALEG DPRI RI PARTAI UMMAT BERANI BICARA TENTANG RAHASIA ALAM SEMESTA
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Menjunjung Titah Tengku Hassanal Isu Alam Sekitar

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Menjunjung Titah Tengku Hassanal Isu Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 200 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menjunjung titah Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang mahu agensi penguatkuasaan bertindak tegas dalam usaha memastika...
Majlis Pembukaan Showroom Kedua Jubin Cantik Di Shah Alam

Majlis Pembukaan Showroom Kedua Jubin Cantik Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 428 hits
Majlis Pembukaan Showroom Kedua Jubin Cantik Di Shah Alam Assalamualaikum semua Alhamdulillah cuaca yang cantik mengiringi perjalanan sis menuju ke Shah Alam bagi memenuhi undangan Majlis Pembukaan Showroom Kedua Jubin Cantik Oh ya buat pem...
Pelabuhan Tanjung Pelepas Lembaga Pelabuhan Johor Didik Masyarakat Pelihara Alam Sekitar

Pelabuhan Tanjung Pelepas Lembaga Pelabuhan Johor Didik Masyarakat Pelihara Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 214 hits
Pelabuhan Tanjung Pelepas Lembaga Pelabuhan Johor Didik Masyarakat Pelihara Alam Sekitar Saja nak kongsi penglibatan Ummi dalam CSR Program untuk tahun ni Ini aktiviti The post appeared first on
Taman Sri Muda Residents Praise Selangor Govt For Flood Response

Taman Sri Muda Residents Praise Selangor Govt For Flood Response

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 174 hits
Residents displaced by the floods in Taman Sri Muda were offered RM1 000 disaster aid from Bantuan Selangor Bangkit SHAH ALAM Residents of Taman Sri Muda here have expressed satisfaction with the Selangor government s efforts in aiding thei...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh