Wan Rosdy Kerajaan Pahang Menjunjung Titah Tengku Hassanal Isu Alam Sekitar


KUANTAN: Kerajaan Pahang menjunjung titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu agensi penguatkuasaan bertindak tegas dalam usaha memastikan alam sekitar, flora dan fauna negeri ini sentiasa terjaga.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, titah baginda juga senada dengan polisi kerajaan negeri pada ketika ini yang tidak lagi mengeluarkan kompaun terhadap pihak yang menjalankan kegiatan penerokaan secara haram.
“Sebelum ini pun saya sudah membuat penegasan bahawasanya kita tidak akan ada kompaun lagi, kita akan terus bawa ke mahkamah. Sebab, bayangkan dalam masa 10 hari ada tiga kes pencerobohan haram dan mereka seolah-olah tidak takut dengan kompaun ini.
“Jadi, saya dah bangkitkan perkara ini dalam mesyuarat exco dan minta pandangan penasihat undang-undang negeri dan jika ada lagi seperti ini, terus bawa ke mahkamah.
“(Tindakan) ini bukan nak mengaibkan mereka, tetapi bertujuan memberi pengajaran kepada orang lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pahang International Scouts Scarf Day 2023 di sini hari ini.
Semalam, Tengku Hassanal ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Bersempena Memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan bertitah supaya agensi penguatkuasaan bertindak tegas dalam usaha memastikan alam sekitar, flora dan fauna negeri ini sentiasa terjaga.
Pemangku Raja Pahang turut mengingatkan kepada agensi penguatkuasaan agar tidak mengambil rasuah dan sentiasa menjaga integriti.
“Jalankan penguatkuasaan dengan bersungguh-sungguh. Saya ada bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan semua. Jangan risau.
“Jika ada yang jual nama, sembahkan kepada saya. Tiada yang kebal undang-undang. Yang salah tetap salah tidak kira kerabat, orang politik mahupun rakyat jelata,” titah baginda.
Dalam pada itu, Wan Rosdy juga menyembah maklum titah Tengku Hassanal supaya semua pihak tidak memainkan isu 3R, agama, raja dan kaum sehingga boleh menjejaskan kemakmuran di negeri ini.
“(Negara) kita masyarakat majmuk, berbagai kaum, ras dan etnik, dan sepatutnya kita kena berusaha memupuk satu negara bangsa.
“Adalah sangat tidak wajar mana-mana pemimpin membangkitkan isu perkauman, agama kerana ini akan melebarkan lagi jurang antara kita. Kita patut hentikan bercakap pasal isu 3R ini dan fokus kepada usaha membentuk negara kita,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/08/kerajaan-pahang-menjunjung-titah-tengku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Bertindak Tegas Terhadap Penceroboh Tanah

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Bertindak Tegas Terhadap Penceroboh Tanah

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 209 hits
KUANTAN Tindakan mengheret pihak yang terlibat dengan aktiviti pencerobohan tanah di negeri ini terus ke mahkamah membuktikan ketegasan kerajaan negeri Pahang dalam menangani isu alam sekitar dan ketirisan hasil kerajaan Menteri Besar Pahan...
Usia Tujuh Tahun Tengku Hassanal Mahu Melihat Negeri Pahang Jadi Taman Hijau

Usia Tujuh Tahun Tengku Hassanal Mahu Melihat Negeri Pahang Jadi Taman Hijau

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 471 hits
KUANTAN Sejak berusia tujuh tahun Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah sudah menzahirkan visinya untuk melihat Pahang sebagai negeri taman hijau Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskanda...
Muhyiddin Sentuh Isu Kalimah Allah Tak Hormat Titah Raja Melayu

Muhyiddin Sentuh Isu Kalimah Allah Tak Hormat Titah Raja Melayu

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 355 hits
Faiz ZainudinALOR SETAR Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin dibidas kerana tidak menghormati titah raja Melayu yang mahu semua pihak tidak membangkitkan isu penggunaan kalimah Allah sehingga Majlis Raja raja buat keputusan muktama...
Kerajaan Negeri Pahang Berhasrat Anjur Pertandingan Perahu Naga Antarabangsa

Kerajaan Negeri Pahang Berhasrat Anjur Pertandingan Perahu Naga Antarabangsa

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 272 hits
KUANTAN Kerajaan negeri berhasrat mengadakan pertandingan perahu naga bertaraf antarabangsa pada tahun hadapan sekali gus dapat melonjakkan lagi ekonomi Pahang dalam sektor pelancongan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Pelancongan dan Kebuda...
Ahli Perniagaan Saman Dr M Kerajaan Isu Saham Renong Uem

Ahli Perniagaan Saman Dr M Kerajaan Isu Saham Renong Uem

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 247 hits
BernamaHalim Saad menamakan Dr Mahathir Mohamad bekas menteri kewangan II Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan sebagai defendan dalam samannya KUALA LUMPUR Seorang ahli perniagaan memfailkan saman terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Moham...
Tengku Hassanal Tiada Siapa Kebal Dari Tindakan Undang Undang

Tengku Hassanal Tiada Siapa Kebal Dari Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 270 hits
NS RamliPemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memberi amaran semua pihak yang didapati melanggar undang undang terutamanya membabitkan kesalahan alam sekitar di negeri ini akan berdepan tindakan tegas Titah baginda ini term...
Kerajaan Negeri Boleh Kalah Kerana Isu Air Kotor Oleh Isteri Shahmi Penjual Air Tabung Viral

Kerajaan Negeri Boleh Kalah Kerana Isu Air Kotor Oleh Isteri Shahmi Penjual Air Tabung Viral

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 306 hits
Air bersih merupakan salah satu kebutuhan pokok bagi kehidupan manusia Kehadirannya yang sangat penting telah membawa berbagai dampak positif dalam mendukung kehidupan dan kesehatan manusia Artikel ini akan membahas beberapa alasan mengapa ...
Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Mcmc Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di Tiktok Fahmi

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pg Slot Pgslots Asia 1 2025 Pgslot Pgsoft 3 1 Pg Top 38 By Carin

Amalan Menjelang 10 Zulhijjah

Perempuan Pendek Itu Comel

Kampung Warna Warni Perlis

Rezeki Lepas Hujan Di Dahan Mati Sehingga Menjadi Resipi Masak Lemak Kulat Sisir

Reform Roadmap Welcome But Key Appointments Process Remains Unclear