Majlis Pembukaan Showroom Kedua Jubin Cantik Di Shah Alam


Majlis Pembukaan Showroom Kedua Jubin Cantik Di Shah Alam | Assalamualaikum semua..  Alhamdulillah, cuaca yang cantik mengiringi perjalanan sis menuju ke Shah Alam bagi memenuhi undangan Majlis Pembukaan Showroom Kedua Jubin Cantik. Oh ya buat pembaca blog sis sekalian pernah dengar Jubin Cantik?? Aha, bagi yang belum pernah dengar terutama yang memang mencari-cari idea renovasi rumah dan tengah riki-riki jenis jubin yang nak digunakan nanti, sila baca artikel sis ni sampai habis ye. Mana tau dapat memberi idea dekat uols nanti


Sampai je ke lokasi, sis terus parking dan menuju ke lokasi Showroom Jubin Cantik. Dari kejauhan dah nampak dah bangunan berwarna kuning dengan deretan khemah. Ahaa, confirm ni la bangunan showroom Jubin Cantik. Kalau takde khemah tu pun gerenti tak sesat sebab showroom ni ada signboard yang tertera 'Jubin Cantik' manakala di bahagian tepi pula ada signboard ‘Yang Cantik-Cantik Sahaja’ yang merupakan tagline bagi Jubin Cantik tau



Sebelum masuk ke showroom meh sis kongsikan serba sedikit mengenai Jubin Cantik. Mula ditubuhkan pada 2016, Jubin Cantik merupakan syarikat inovatif dengan pengalaman luas dalam kemasan dinding dan hiasan, terutamanya dalam dunia jubin & mozek seramik. Setakat ni showroom Jubin Cantik dah ada 2 cawangan. Yang pertama di Kajang (HQ) dan cawangan kedua ni adalah di Padang Jawa, Shah Alam. 

Majlis hari ini merupakan pembukaan cawangan kedua Jubin Cantik yang terletak  di Padang Jawa, Shah Alam tu la. Acara hari ini turut diserikan dengan Majlis bacaan yaasin dan doa selamat. Gimik perasmian pula dibuat oleh pemilik Jubin Cantik bersama isterinya dan turut memeriahkan majlis adalah terdiri dari staff Jubin Cantik serta ramai tetamu-tetamu jemputan. 


Bila melangkah je masuk ke dalam showroom Jubin Cantik, mata sis terus tertumpu ke bahagian dinding. Mana taknya, ada berderet-deret sampel jubin yang cantik-cantik. Ruang dalam showroom juga luas bagi memudahkan pelanggan untuk Setiap produk yang ditawarkan ada di bilik pameran (showroom) dan telah dipilih sendiri dengan mengambil kira keperluan pelanggan Jubin Cantik. Kakitangan Jubin Cantik pula mempunyai pengetahuan yang luas dan sentiasa berusaha untuk memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan, pereka dan kontraktor


Apa yang menariknya, semua sampel jubin ni disusun dengan kemas dan diletakkan tagging supaya senang pelanggan nak tengok. Tapi kalau tak puas nak tengok, ha korang boleh rasa juga tau. Ehhh, bukan maksud sis makan sampel jubin tu 😂 tapi korang boleh cuba untuk pijak dan berjalan atas sampel jubin di lantai. Tujuan sampel jubin ni dibuat sebagai 'display tiles' di lantai supaya pelanggan boleh merasai sendiri pengalaman merasa tekstur tiles di lantai. Ha, baru la boleh membantu pelanggan untuk mendapatkan idea / imagine jika jubin dipasang di lantai



Sis ingat dalam showroom Jubin Cantik ni cuma ada 'display tiles' je, rupanya tidak yeeee... Bila masuk ruangan di bahagian belakang rupanya ada Mock Up Area tau. So, kita boleh tengok rupa ruangan dapur, bilik membasuh (laundry area), bilik air dan tandas bila dah dipasang dengan jubin. Serius lawa weiii... tak sangka sesuatu ruangan tu akan lebih berseri-seri dengan Jubin Cantik. Memang sesuai la dengan nama dia kan. Aishh, kalau la sis ada rumah sendiri memang confirm la sis guna Jubin Cantik ni. 






Oh ya, masa sis pusing-pusing di bahagian Mock Up Area ni, sis perasan ada 'toilet bowl' dengan 'auto flush sensor' jenama Sorento. Apa lagi, sis pun test la. Wow, just wave je tangan kat bahagian sensor then air terus keluar untuk flush. Canggihnyaaaa.. Rupanya Jubin Cantik juga ada berkolaborasi dengan Sorento untuk bathroom dan kitchen package dengan tawaran yang berpatutan. Jadi kalau ada pelanggan yang nak buat dapur dan bilik air dah tak payah pening-pening, boleh mendapatkan jubin dan alatan untuk dapur dan bilik air dari jenama Sorento di Jubin Cantik



Bila dah round dalam showroom ni memang rambang mata nak pilih jubin tau sebab ada pelbagai bentuk dan semuanya cantik-cantik. Tapi macam sis kan, sis berkenan la dengan beberapa jenis Mosaic Tiles seperti Ava Silver Mosaic Tiles, Fishscale XL Black Mosaic Tiles dan Mini Triangle Dark Blue Mosaic Tiles. Semua ni kalau pasang kat dapur, perghhh segakkk tau..mesti hari-hari sis akan auto rajin masak... agichuuu. 




Lepas tu kan, sis berkenan juga dengan Pattern Tiles di mana corak-corak yang ditampilkan memang cantik dan menarik. Sesuai buat mereka yang sukakan konsep encaustic styles, vintage dan ala-ala Moroccan styles gichuuu.


Ahaa, satu lagi jenis jubin yang sis paling suka adalah Wood Tiles. Zaman sekarang ni memang tengah hot dengan konsep minimalis dan juga bohemian. Selalunya tema macam ni memang akan blendkan dengan warna-warna earth. Jadi bila sis nampak Wood Tiles ni memang terus jatuh cinta. Tak sangka ada juga jubin bercorakkan kayu macam ni. 

Setelah puas mencuci mata melihat pelbagai jenis jubin yang cantik-cantik, sis pun mencuba nasib untuk 'Spin and Win' Contest. Putar punya putar, sis dapat RM50 Cashback ye. Wah, berbaloi juga ni. Kalau beli, jimat RM50 gitu. Selain tu, sekarang ada diskaun diberikan sehingga 20% untuk pembelian di showroom Shah Alam sehingga 12 Ogos & pembelian melalui website sehingga 20 Ogos. Ha, bertambah-tambah lagi la penjimatan untuk pembelian di Jubin Cantik kan


Sebelum balik pula pihak Jubin Cantik ada memberikan sedikit cenderamata sebagai tanda terima kasih kerana sudi menghadiri Majlis Pembukaan Showroom Kedua Jubin Cantik Di Shah Alam. Ya Allah, buat susah-susah je. Sis harap semoga Jubin Cantik akan terus maju jaya dan dapat membuka lebih cawangan lagi selepas ni. InshaAllah.. 

So, buat korang yang tengah mencari-cari idea untuk renovasi rumah dan memerlukan jubin yang cantik dan berkualiti, meh la datang ke showroom kedua Jubin Cantik yang terletak di : 
Alamat : A1-2, Ground Floor, Jalan Serai Wangi F 16/F, Persiaran Selangor, Alam Avenue Padang Jawa, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : Isnin-Sabtu (9.30 pagi – 6.00 petang)
Website :https://jubincantik.com/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2023/08/pembukaan-showroom-kedua-jubin-cantik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dodo Dim Sum Steamboat Bukit Jelutong Shah Alam

Dodo Dim Sum Steamboat Bukit Jelutong Shah Alam

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 267 hits
Siapa kat sini penggemar Dim Sum steamboat dan makanan Thai Kenapa perlu pilih salah satu menu kalau korang boleh order semua kat satu tempat kan Nak tahu kat mana Jom check it out Untuk korang yang plan nak makan makan bersama family atau ...
Jubin Cantik Latest Design Dan Up To Date Untuk Rumah Dapur Bilik Air Dan Ruang Tamu

Jubin Cantik Latest Design Dan Up To Date Untuk Rumah Dapur Bilik Air Dan Ruang Tamu

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 352 hits
Baru baru ini mummy telah hadir ke Grand Opening Showroom Jubin Cantik di Shah Alam Ada banyak pilihan idea untuk jubin tiles untuk rumah jubin back splash dapur jubin tiles untuk bilik air jubin mozek untuk ruang tamu dan idea untuk bilik ...
Patutlah Sejam Habis Terus Mee Mamu Kat Shah Alam Rupanya Ini Rahsia Yang Ramai Tak Tahu

Patutlah Sejam Habis Terus Mee Mamu Kat Shah Alam Rupanya Ini Rahsia Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 124 hits
Patutlah sejam habis terus mee mamu kat shah alam rupanya ini rahsia yang ramai tak tahu Hendak seribu daya tak mahu seribu satu alasan akan diberikan Tapi tidak kepada sepasang suami isteri ini yang mampu jual 200 bungkus mi goreng menggun...
Menikmati Selera Kampung Di Segamat Rel Coffee Classic Aeon Mall Shah Alam

Menikmati Selera Kampung Di Segamat Rel Coffee Classic Aeon Mall Shah Alam

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 205 hits
Dua minggu lepas kalau tak silap kak ana suami dan Adik Ika duk jenjalan ke Aeon Mall Shah Alam Sebenarnya dah tak tahu nak pii mana dah nak jalan jauh macam malas last last kami pii Shah Alam jer Lama juga tak masuk bandar Shah Alam sebab ...
Banyak Makan Buah Ikuti Petua Jisoo Bp Ini Untuk Dapatkan Kulit Cantik Badan Langsing

Banyak Makan Buah Ikuti Petua Jisoo Bp Ini Untuk Dapatkan Kulit Cantik Badan Langsing

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 170 hits
Bagi menjaga fizikal badan Ji soo BLAKCPINK pastinya mempunyai caranya yang tersendiri untuk sentiasa kekal fit ARTIKEL BERKAITAN Sebelum ini Ji soo pernah berkongsi fotonya melakukan pelbagai senaman seperti yoga dan pilates bagi memiliki ...
Saya Cantik Han Hyojoo Perjelas Kebenaran Disebalik Pembedahan Plastik Ketika Sekolah

Saya Cantik Han Hyojoo Perjelas Kebenaran Disebalik Pembedahan Plastik Ketika Sekolah

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 127 hits
Bukan selalu Han Hyo joo nak berkongsi cerita mengenai kehidupan peribadinya ARTIKEL BERKAITAN Dalam saluran YouTube Vivo TV Welcome CEO pelakon wanita itu dan Ryu Seung ryong telah menjadi tetamu untuk mempromosikan drama Moving Antara soa...
Noorkhiriah Sedih Ramai Selebriti Buka Tudung Zaman Media Sosial Ni Berlumba Nak Cantik

Noorkhiriah Sedih Ramai Selebriti Buka Tudung Zaman Media Sosial Ni Berlumba Nak Cantik

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 184 hits
Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie meluahkan rasa sedih berhubung tindakan wanita dipercayai dalam kalangan selebriti yang mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan tudung Menerusi satu hantaran di laman Instagram pelakon berusia 45 tah...
Semua Berlumba Nak Cantik Tapi Noorkhiriah Luah Rasa Sedih Kini Jadi Trend Selebriti Buka Tudung

Semua Berlumba Nak Cantik Tapi Noorkhiriah Luah Rasa Sedih Kini Jadi Trend Selebriti Buka Tudung

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 119 hits
Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie meluahkan rasa sedih di satu hantaran Instagram susulan kini ramai selebriti wanita memilih untuk free hair selepas sekian lama memakai tudung
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Crisis Management 101

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Siapalah Punya Kerja

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

If Only

Aidil Fitri 1445h