Masa kami sampai sini, hujan mulai turun dan terus lebat. Tak dapatlah saya melihat-lihat taman indah di sini. Tapi memang cantik, kemas. Mata saya tertumpu pada Sansevieria (juga dikenali sebagai pokok Lidah Jin, Lidah Mak Mertua, Snake Plant) ni, kalau tak silap ni jenis Sansevieria Moonshine.
Cafe Rumah Sungai (Warung Bonda). Sementara suami dengan urusannya, saya bawa diri ke sini. Kebetulan perut memang tengah lapar, bolehlah saya cuba makan di sini
Rupa bahagian dalam yang ringkas tapi menarik. Terdapat satu ruangan menjual pelbagai produk bonda Rozita. Saya masuk melihat-lihat, tapi tak membeli apa-apa
Kat sini takde pelayan datang ambil pesanan makanan kat meja kita, kena ke kaunter ni untuk melihat menu dan buat pesanan
Pekerja di kaunter bagitau cuma ada Set A dan Set E je untuk hari ini. Setiap set untuk hidangan 2 orang, saya pulak cuma nak makan seorang. Jadinya saya boleh pilih mana-mana menu daripada dua set yang ada tadi (a la carte)
Duduk merenung ke luar tingkap sambil menunggu hidangan, menikmati pemandangan sekitar Rumah Sungai di waktu hujan. Kawasan yang luas dan penuh kehijauan. Menyegarkan mata
Tak terlalu lama menunggu, hidangan saya pun sampai. Tapi terkejut jugaklah sebab saiz ikan ni agak besar untuk saya makan. Rasanya susuai untuk 2-3 orang makan. Saya dok fikir kalau bagitau seorang je makan, akan diberi saiz sesuai. Tapi silap saya jugaklah tak bertanya awal. Nampak je menu ikan lunak, terus rasa teruja nak mencuba. Haha
Inilah rupa ikan lunak. Ikan digoreng garing, dipotong dua dan dibelah dua dari sisi. Jadinya ada empat bahagian. Rasanya? Pada cubitan pertama, saya rasa macam makan ikan masin. Tapi lepas tu rasa lemak-lemak, sedap! Keseluruhan ikan adalah lembut, kita boleh makan semua bahagian termasuk tulang ikan. Sebab tu namanya ikan lunak (bermaksud lembut, empuk)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |