Depan hotel di seberang jalan terdapat sebuah kedai serbaneka 7-Eleven. Di Jepun, kedai serbaneka dikenali sebagai 'konbini'
Kami berjalan kaki meredah dingin malam dengan suhu 13℃ menuju ke sebuah restoran halal yang terletak kira-kira 500 meter dari hotel. Kena jalan laju-laju supaya cepat sampai sebab suasana di luar sangat sejuk! Setiap kali angin bertiup, setiap kali tu saya menggigil kesejukan
Alhamdulillah tak begitu susah mencari Halal Kitchen Restaurant dengan berpandukan aplikasi Google Maps. Kedudukan pintu masuknya agak tersorok
Minuman kami - organic herb hot tea dihidangkan dalam teapot dan diberi dua cawan
Hidangan pertama - jenis sup. Entah apa nama sup ini, sedap rasanya. Tambahan pula dimakan ketika cuaca sejuk, terasa hangat badan. Sup ni berjaya dimakan sampai habis
Mapo tofu with lamb. Tofu empat segi dimasak dengan potongan kecil daging. Rasanya sedap jugalah, ada rasa pedas. Cuma agak masin pada deria saya dan ditambah pula dengan tahap panas masakan ini yang semacam tak berkurangan, jadi agak susah nak makan sebab tak sejuk-sejuk. Tak dapat nak habiskan makan
Makanan kami dihidang panas berasap
Dapat juga saya merakam foto suasana dalam restoran ni sebelum kami beredar. Masa ni hanya tinggal kami saja pelanggan yang ada. Kos makan-makan kami di sini sebanyak 3,110 yen
Saya perhatikan, di sini banyak notis peringatan berkenaan larangan merokok dan minuman alkohol. Bukan saja di bangku begini, malah di lantai laluan pejalan kaki pun ditampal dengan notis peringatan. Satu usaha yang baik untuk mendidik dan membentuk budaya yang baik di kalangan masyarakat.
Sebelum balik bilik, kami masuk ke Family Mart. Sajalah membelek makanan yang dijual dan cuba scan kod bar produk dengan menggunakan aplikasi Halal Japan untuk semakan status halal. Saya beli biskut kapal (biskut kecil ditampal dengan coklat ada imej kapal) untuk kudapan, harganya jauh lebih murah berbanding beli di Malaysia
Beli juga minuman mineral Evian. Harga di sini lebih murah berbanding di Malaysia. Disamping tu air mineral bagus untuk tubuh kita yang keletihan sewaktu bermusafir
Pukul 11.25 malam - foto suasana malam dari jendela penginapan kami|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |