Kay S Steak Lobster Lebarkan Sayap Ke Elmina Temu Sajikan Hidangan Premium Halal


Kay’s Steak & Lobster yang sudah sedekad mengukuhkan kedudukan sebagai restoran ‘semi fine dining’ yang menyajikan menu stik dan udang kara premium kini melebarkan sayap menerusi pembukaan cawangan keempat di Elmina Temu, Shah Alam.


Lokasi strategik ditambah permintaan pelanggan menjadikan Elmina sebagai pilihan terbaik terutama buat penggemar hidangan enak di pinggir Lembah Kelang.

Pengarah Urusan Kays Steak & Lobster, Muhammad Aizuddin Mohd Khalid berkata Elmina menjadi pelengkap sasaran lokasi di Lembah Klang yang mensasarkan bahagian Utara Lembah Klang seperti mana tiga cawangan sebelum ini.
“Putra Height adalah untuk bahagian barat Lembah Klang, cawangan di Putrajaya di bahagian barat serta  Ampang untuk sekitar kejiranan bahagian tengah Lembah Klang.Outlet baharu di Elmina yang boleh memuatkan 50 pelanggan dalam satu masa merupakan cawangan terkini apabila beroperasi sejak Julai tahun lalu. Melihatkan sambutan, nyata pemilihan lokasi ini sangat bertepatan.
Kami percaya, selain hidangan aneka makanan barat yang enak sekali gus menjadi tanda dagang Kay’s Steak & Lobster serta layanan enam bintang, pelanggan juga mendapat kemudahan tambahan iaitu parkir kereta yang banyak,” katanya.
Aizuddin berkata demikian ketika majlis perasmian Restoren Kay’s Steak & Lobster Elmina yang menyaksikan kehadiran lebih 100 jemputan termasuk wakil media, pempengaruh serta rakan niaga.

Menurutnya, hebahan mulut ke mulut daripada pelanggan yang pernah merasai kelazatan hidangan istimewa terutama Beef Wellington di restoran terbabit antara penggalak orang ramai meminta mereka beroperasi di situ.
“Kami tiada formula khas untuk kekal bertahan, sebaliknya terus disokong ramai pelanggan setia serta pelanggan baharu yang kembali semula menikmati makanan kami sama ada bersama keluarga mahupun rakan.

KUALITI JADI KEUTAMAAN “Istimewanya, selain menu utama seperti udang kara hidup diterbangkan hidup dari Maine, Boston dan Kanada selain stik dan aneka pasta, Beef Wellington yang juga signature Kays Steak & Lobster merupakan pilihan pelanggan bahkan mendapat sijil halal Jakim.
“Daging stik juga diimport dari ladang terbaik di Australia iaitu daging jenis premium dari pembekal Stanbroke yang terbukti tinggi kualitinya serta sangat juicy serta tidak dibekukan dan paling penting dijamin halal,” ujarnya.
Hidangan premium stik di Kay’s Steak & Lobster masih dikira mampu milik dengan harga bermula RM130 untuk stik ribeye manakala bagi hidangan lobster adalah antara RM300 dengan berat lobster sekitar 800 gram.
Kay’s Steak & Lobster juga adalah lokasi makan seisi keluarga termasuk mereka yang mempunyai anak kecil dan seringkali menjadi lokasi untuk sesetengah pelanggan meraikan detik gembira seperti hari ulang tahun kelahiran atau ulang tahun perkahwinan.
“Dekorasi dalam setiap premis turut menjadi keutamaan kami bahkan cawangan Elmina dilengkapi ruang privasi buat mereka yang ingin menikmati hidangan dalam suasana private,” tambahnya.


Menjelang Ramadan, Aizuddin dan pasukannya bakal menyajikan hidangan tambahan istimewa  iaitu nasi lemak lobster berempah Dan Nasi Lemak Rendang Short Rib berempah  selain menyajikan menu sedia ada.
Sementara itu, katanya Kay’s Steak & Lobster turut dalam perancangan membuka satu lagi cawangan baharu di KLGCC Kuala Lumpur pada Ogos ini dengan konsep  berbeza.
Seterusnya adalah mengintai untuk memasuki pasaran Johor Bahru dan Pulau Pinang pada suku tahun pertama 2026.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui menu hidangan atau membuat tempahan dapatkan maklumat lanjut di kaysteaklobter.com.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang

Ayam Panggang Pedas Manis, Mudah Je Bahan Perapnya

Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
 




 
 


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/02/kays-steak-lobster-lebarkan-sayap-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kays Steak Lobster Buka Cawangan Ke 4 Di Elmina Temu

Kays Steak Lobster Buka Cawangan Ke 4 Di Elmina Temu

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 954 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan untuk singgah menjamu selera dan mencuba menu Steakhouse Halal Premium di Restoren Kay s Steak Lobster yang baru dibuka di Elmina Temu Shah Alam Secara peribadi AM sukakan konsep kasual semi fine dine ...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 449 hits
CATATAN TRIP KE JEPUN HARI PERTAMA RABU 4 DISEMBER 2024Jemput baca catatan terdahulu Selepas daftar masuk hotel kami berehat selama beberapa jam di bilik penginapan ganti semula waktu tidur yang terganggu disebabkan penerbangan malam Pukul ...
Halal N Haram Wakaliamput

Halal N Haram Wakaliamput

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 195 hits
Harun ShahKalau Abdul Hadi Halal Kalau Pmx Haram
Hukum Halal Dan Haram Dalam Islam Apa Yang Perlu Anda Ketahui

Hukum Halal Dan Haram Dalam Islam Apa Yang Perlu Anda Ketahui

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 717 hits
Dalam ajaran Islam konsep halal dan haram sangat penting kerana ia berkaitan dengan kehidupan harian umat Muslim Halal bermaksud sesuatu yang dibenarkan atau diizinkan oleh syariat Islam manakala haram merujuk kepada perkara yang dilarang d...
Dadido Halal Tapi Dibenci Chord

Dadido Halal Tapi Dibenci Chord

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 274 hits
Cm A G Cm A G Cm Fm kerasnya batu tak sekeras hatimu A D besar egomu kau tak pernah mengalah G Fm kesalahan yang pernah aku maafkan G membuat sebuah penyesalan Cm Fm terjadi lagi tuk yang kedua kali A D kau menyakiti you say i am sorry beyb...
Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 467 hits
Whatever Jakim certifies as halal then it is confirmed halal But what is not certified halal does not necessarily mean it is haram ex Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidin in 2014The quote by Asri that opens this piece nearly 10 years ago wa...
Nama Lain Babi Dan Cara Semak Status Halal Online

Nama Lain Babi Dan Cara Semak Status Halal Online

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 402 hits
Sebagai Muslim adalah kewajipan buat kita mengambil makanan dan produk daripada sumber yang halal dan bersih Kita juga sudah dididik sejak dahulu agar berhati hati supaya tidak mengambil makanan yang berasaskan babi serta bahan haram yang l...
Malaysia Mesti Terajui Transformasi Industri Halal Global Ahmad Zahid

Malaysia Mesti Terajui Transformasi Industri Halal Global Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 344 hits
KUALA LUMPUR 8 Feb Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan bahawa Malaysia mesti menerajui tranformasi industri halal global Beliau yang juga Presiden UMNO berkata dunia kini berlumba lumba untuk menguasai pas...
Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 561 hits
Hi Korang Bermulalah episod bufet ramadan bagi tahun 2025 di blog Pelbagai jenis hotel restoran caf yang menawarkan buffet ramadan untuk kita berbuka puasa nanti Untuk kali ini kak lily ada sediakan info bagi mereka yang ingin berbuka puasa...
Kapal Selam Terlanggar Gunung Dalam Laut

Singgah Cendol Borhan Tanjung Karang

Suami Gay Isteri Kena Cepat Minta Cerai

Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara

More Than Just Sound Get The Crowd Moving With Jbl Partybox 720

Price Catcher Kpdn Cara Semak Harga Barang Terkini Di Seluruh Malaysia

Airasia Perkenal Pilihan Hijab Untuk Kru Kabin

The Orchid Journey Misi Menemukan Keseimbangan Hidup Wanita Moden


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Tiram

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Gelar Isteri Perompak Kerana Ambil Wang Rm50 Beli Makanan