Mengunidi Calon Non Muslim Apa Kata Ulama



Undi Calon Non Muslim Dalam P'raya. Apa Kata Ulama?

Lantik Pemimpin Non Muslim..

I. Haram:
Al-Qadhi ‘Iyadh, Ibnu Munzir dan Ibnu Hazm menyatakan bahawa para ulama sepakat bahawa kepemimpinan tidak boleh diserahkan kepada orang kafir (Syarh Shahih Muslim: 6/315; Ahkam Ahl al-Dzimmah: 2/787; Maratib al-Ijma’: 208).Al-Jassas sewaktu menafsirkan ayat 28 Surah Ali ‘Imran berpendapat ayat ini menjadi dalil pengharaman meminta bantuan bukan Muslim dan mempercayai mereka, dan mereka tidak berhak memperoleh kekuasaan (wilayah) ke atas orang Muslim, dan Ahlu Dzimmah tidak boleh memegang jawatan dalam pengurusan harta dan kekuasaan (Ahkam al-Qur’an: 3/280).Ibn Nujaim al-Hanafi sewaktu membahaskan soal syarat pemilihan ‘amil zakat berpendapat hendaklah seorang Muslim, kerana bukan Muslim tidak mempunyai kuasa ke atas orang Muslim, dan beliau juga berpandangan amalan memberikan sebahagian jawatan kepada orang Yahudi pada zaman beliau adalah haram (Al-Bahr ar-Ra’iq Syarh Kanz al-Daqa’iq: 2/248).II. Harus: Menurut Ibnu Hajar al-Haitami, adalah harus mengangkat orang bukan Muslim untuk suatu jawatan jika adanya maslahah padanya, dan jika jawatan tersebut tidak mampu dipikul mana-mana orang Islam, atau orang Islam mempunyai sifat khianat dan yang bukan Islam tidak mempunyai sifat tersebut. Namun, pihak yang mengangkatnya ke jawatan tersebut perlu mengawal selia (muraqabah) dan mampu mencegahnya daripada melakukan sebarang kemudaratan terhadap orang Islam (Tuhfah al-Muhtaj ma’a Hashiyah al-Syarwini, 9/73).Imam ar-Ramli mengharuskan kerjasama dengan orang bukan Islam apabila mereka tidak berniat khianat terhadap orang Islam dan terdapat keperluan ke arahnya (Nihayah al-Muhtaj: 8/62). Imam Khatib as-Syarbini juga menyatakan keharusan kerjasama dengan bukan Islam jika ada keperluan (Mughni al-Muhtaj: 5/407).Sementara Ibnul ‘Arabiy pula menyatakan bahawa jika (pada pelantikan non-Muslim sebagai pemimpin) mempunyai faedah yang muhaqqaqah, maka tidak mengapa (yakni harus melantik bukan Muslim sebagai pemimpin) (Ahkam al-Qur’an: 1/351).Imam Fakhruddin Ar-Razi dalam Tafsir Mafatihul Ghaib, ketika menafsirkan ayat 28 Surah Ali ‘Imran di atas berpandangan bahawa larangan yang dimaksudkan adalah menjadikan non-Muslim pemimpin mutlak tanpa ada orang Islam yang sama-sama memimpin (Tafsir al-Kabir: 8/192).Menurut Ibn Sa’ad al-Hanbali, antara maksud keadaan dharurah yang dibenarkan melantik bukan Muslim sebagai pemimpin ialah dalam keadaan mereka adalah majoriti, dan disyaratkan mereka itu mempunyai pandangan yang baik terhadap orang Islam, dan mereka dalam kalangan yang boleh dipercayai (Mathalib Uli al-Nuha fi Syarh Ghayah al-Muntaha: 2/532).Menurut Muhammad ibn Ahmad Al-Saffarini al-Hanbali, sebahagian ulama’ mazhab Hanbali memakruhkan penyerahan urusan orang Islam kepada yang bukan Islam seperti kutipan cukai tanah dan pembahagian ghanimah kecuali kerana dharurat (Ghaza’ al-Albab: 2/15).III. Pandangan Para Ulama Kontemporari Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Menurut beliau, golongan bukan Islam mempunyai hak untuk menjawat jawatan-jawatan negara kecuali jawatan-jawatan yang lebih dominan unsur keagamaan seperti ketua negara, panglima tentera, penghakiman antara orang Islam dan pengurusan zakat. Adapun jawatan-jawatan selainnya maka harus bukan Muslim menjawatnya jika syarat-syarat kompetensi, amanah dan kesetiaan kepada negara dipenuhi. 
Bahkan beliau turut berpandangan bahawa tiada masalah untuk melantik bukan Muslim sebagai salah seorang timbalan Presiden sesebuah negara, khasnya jika bukan Muslim membentuk jumlah komposisi penduduk yang besar, seperti Sudan. Rujuk Ghayr al-Muslimin fi al-Mujtama’ al-Islami (hlmn 23-24).
Non-Muslim berhak menyumbang suara dan pandangan mereka pada perkara yang tiada nas yang muhkam atau nas yang ada bersifat zhanniy dilalah dan tsubut. Mereka berhak mempunyai perwakilan dalam dewan perwakilan dan kerajaan selagi mana bilangan wakil Musim melebihi wakil bukan Muslim. 
Bagi beliau, prinsip لهم ما لنا وعليهم ما علينا  terpakai dalam keadaan ini, dimana Muslim dan bukan Muslim berkongsi hak dan perlindungan yang sama, dan tertakluk kepada undang-undang yang sama (kecuali dalam kes-kes tertentu).
Beliau juga menyatakan bahawa sepanjang sejarah, orang bukan Muslim telah banyak memegang jawatan-jawatan penting dalam negara Islam, dan tiada seorang ulama’ pun yang mengingkari hal ini. Adapun ayat-ayat al-Qur’an yang melarang muwalah terhadap orang bukan Islam, ia khusus kepada mereka yang mempunyai permusuhan terhadap agama Islam dan penganutnya, bukan semata-mata kerana berbeza agama. Rujuk Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam (hlmn 195-197).

IV. Syeikh Wahbah az-Zuhaily

Sewaktu mentafsirkan ayat 28 Surah Ali ‘Imran di atas, beliau menegaskan bahawa tahaluf (kerjasama), kesepakatan, memberi kepercayaan pada perkara-perkara tertentu bersama bukan Muslim adalah diharuskan, selagi mana mereka bukan dalam kalangan yang memusuhi agama Islam dan kaum Muslimin. Rujuk Al-Tafsir al-Munir (3/202-203)V. Syeikh Rashid Ghannouchi
Menurut beliau, seluruh rakyat dalam negara Islam berhak untuk menjawat semua jawatan umum dalam pentadbiran negara kecuali sebagai Imam dan ketua tentera kerana kedua-duanya berkait rapat dengan tugas menegakkan agama. Ini sebagaimana yang diistilahkan oleh Al-Mawardi yang mengkelaskan wizarah kepada dua iaitu tafwidh yang menggagaskan dasar (Perdana Menteri) atau tanfiz yang melaksanakan dasar (Jemaah Menteri) Rujuk Huquq al-Muwathanah: Huquq Ghayr al-Muslim fi al-Mujtama’ al-Islami(hlmn 79).
VI. Pandangan Terpilih Dari Mufti W/Persekutuan.
Sila lihat: BAYAN LINNAS SIRI KE- 129, MENGUNDI CALON BUKAN MUSLIM DALAM PILIHANRAYA. Oleh Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan. Dimuatnaik, diterbitkan 11 April 2018.
Jawatan Sekarang: Menteri Hal Ehwal Agama Malaysia dari 2020.

Menurut beliau..

Setelah meneliti dalil dan pandangan para ulama’ yang dikemukakan di atas, kami berpandangan hukum mengundi non-Muslim dalam pilihanraya dan melantik mereka sebagai pemimpin (kecuali pimpinan tertinggi) adalah harus berdasarkan kepada alasan berikut:

1. Wakil rakyat bukan ketua/imam

Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah menulis:“Sesungguhnya al-niyabah (perwakilan) merupakan wakil kepada sebahagian orang ramai dalam kawasan tertentu, ia tidak dianggap dalam bab al-imarah (kepimpinan) dan al-wilayah (kekuasaan) yang dilarang dalam hadith daripada memintanya. Seorang wakil (rakyat) bukannya ketua, menteri atau gabenor, tetapi dia sekadar mewakili kawasannya dalam dewan yang berfungsi untuk menegur kepimpinan, penguasa dan para menteri. Oleh itu, dia menegur bukannya yang ditegur.” Rujuk Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam (hlmn 194)

Kuasa seorang wakil rakyat di Malaysia adalah terhad dan terbatas, dikawal dan terikat dengan undang-undang serta perlembagaan negara. Jika suatu perkara itu menyentuh sebarang urusan yang berkaitan dengan agama Islam, ia perlu melepasi dan mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja.

Sistem pengundian di Malaysia juga tidak memestikan seorang wakil rakyat itu memperoleh sebarang kuasa. Jika calon tersebut menang sekalipun, penggubalan dan penetapan dasar tidak terletak pada seorang individu semata-mata, tapi ditetapkan menerusi konsensus atau kehendak majoriti sesebuah dewan yang terbentuk melalui sesebuah parti atau gabungan yang mempunyai dasar tersendiri.

Wakil rakyat yang mewakili Parlimen atau DUN juga bukanlah ketua dalam erti kata sebenar, kerana peranan sebenar mereka adalah membawa suara rakyat ke dan menyuarakan isi hati dan keluhan mereka. Mereka wajib berkhidmat kepada rakyat yang telah memilih mereka. 

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:سَيِّدَ الْقَوْمِ خَادِمُهُمْMaksudnya: "Pemimpin suatu masyarakat itu merupakan khadam bagi mereka." Disebut oleh Abu Abdul Rahman as-Sulami dalam kitabnya Adab as-Suhbah (117, 1/89)
2. Wakil rakyat tidak berkuasa menentukan dasar secara sendirian
Pada zaman dahulu, raja-raja berkuasa mutlak dan boleh bertindak sesuka hati tanpa ada kuasa lain yang boleh menghalang. Pada zaman sekarang, doktrin pengasingan kuasa (separation of power) yang diamalkan dalam sistem demokrasi mampu mencegah mana-mana pihak daripada menyalahgunakan kuasa atau melakukan perkara yang melangkaui bidang kuasa yang ditetapkan.
Pada peringkat persekutuan, kuasa legislatif (Parlimen), kuasa eksekutif (Jemaah Menteri) dan kuasa kehakiman (mahkamah) akan saling menyemak-imbang (check and balance) antara satu sama lain demi memastikan tiada salah guna kuasa berlaku.
Selain itu, Yang Dipertuan Agong, Sultan dan Yang Dipertua bagi setiap negeri juga bertanggungjawab memastikan kedaulatan dan kemuliaan agama Islam sentiasa dipelihara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri. Justeru, kebimbangan melantik non-Muslim sebagai pemimpin akan menggugat kedudukan agama Islam adalah tertolak kerana ia sebenarnya telah dijamin Perlembagaan, dan ia tidak boleh dipinda melainkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.
3. Kontrak sosial Muslim dan non-Muslim
Perlembagaan Persekutuan melalui artikel 8 telah memberikan hak yang sama rata kepada seluruh warganegara untuk perlindungan daripada sebarang diskriminasi berasaskan agama, ras dan jantina dari sudut undang-undang.
Perlembagaan Persekutuan boleh diibaratkan seperti Piagam Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w bersama-sama kaum Muslimin dan orang Yahudi di Madinah untuk hidup aman dibawah panji keadilan dan kesaksamaan. Sebagai orang Islam, kewajipan menepati dan mempertahankan perjanjian ini tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.. 
Sebagaimana firman Allah SWT:وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللَّـهِ إِذَا عَاهَدتُّمْ وَلَا تَنقُضُوا الْأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَاMaksudnya: “Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah)”. (Surah an-Nahl: 91)

Kontrak sosial ini merangkumi penghormatan warga non-Muslim terhadap Islam sebagai agama Persekutuan, manakala sebagai imbalannya warga Muslim perlu memberi hak kepada warga non-Muslim untuk menikmati hak yang sama sebagai seorang warganegara, antara lainnya ialah untuk bertanding dan menempati posisi ahli Parlimen, DUN dan menteri kabinet.

Firman Allah SWT:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖMaksudnya: “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Maidah : 8)

Keadilan dalam konteks ini termasuk juga memberi hak kepada mereka untuk mempunyai perwakilan di Parlimen dan DUN, terutamanya di kawasan-kawasan majoriti bukan Muslim.

4. Fiqh implikasi dalam masyarakat majmuk

Jika dalil-dalil yang disebutkan di atas difahami secara literal, maka sudah pasti pelantikan seorang non-Muslim untuk apa jua jawatan awam adalah haram. Ini tidak terhad kepada wakil rakyat atau menteri sahaja, bahkan termasuk juga jawatan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru besar atau pengetua sekolah, ahli Majlis Daerah / Perbandaran / Bandaraya, hakim mahkamah sivil dan pegawai tinggi kementerian.

Keadaan ini sudah pasti akan menimbulkan suasana kucar-kacir dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, selain memperbesar jurang antara agama dan kaum yang akan menatijahkan imej Islam yang buruk pada pandangan non-Muslim. 

Dalam hal ini, fiqh ma’alat al-af’al (fiqh implikasi) amat perlu diberi perhatian, di mana sesuatu pandangan atau keputusan yang diambil harus mengambil kira kesan dan implikasi yang akan terjadi. Islam akan dilihat sebagai satu agama yang ektrem dan menindas penganut agama lain.

Berdasarkan statistik untuk tahun 2000, penduduk non-Muslim membentuk kira-kira 40% (38.7%) daripada 30 juta rakyat Malaysia (Layari https://www.malaysia.gov.my/). Pembentukan sebuah kerajaan yang hanya terdiri daripada wakil Muslim dalam sebuah masyarakat majmuk adalah suatu yang amat tidak sihat, dan tidak dapat diterima oleh akal dan hati yang sejahtera.

5. Uruf masyarakat Malaysia dalam sebuah negara demokratik

Imam al-Qarafi menyebut bahawa:وَالْجُمُودُ عَلَى الْمَنْقُولَاتِ أَبَدًا ضَلَالٌ فِي الدِّينِ وَجَهْلٌ بِمَقَاصِدِ عُلَمَاءِ الْمُسْلِمِينَ وَالسَّلَفِ الْمَاضِينَMaksudnya: “Kejumudan terhadap fatwa-fatwa dan pandangan ulama’ terdahulu adalah satu kesesatan dalam agama dan satu kejahilan terhadap maksud sebenar mereka.” Rujuk Anwar al-Buruq fi Anwa’ al-Furuq (1/177)

Begitu juga Ibn ‘Abidin as-Syami, faqih mazhab Hanafi pernah berpesan:أن المفتي ليس له الجمود على المنقول في كتب ظاهرة الرواية، من غير مراعاة الزمان وأهله، وإلا يضيع حقوقاً كثيرة، ويكون ضرره أكثر من نفعهMaksudnya: “Seorang mufti tidak seharusnya bersikap jumud terhadap nukilan pandangan terdahulu yang terdapat dalam kitab hanya semata-mata berdasarkan zahir riwayat tanpa meraikan suasana zaman dan masyarakat setempat. Jika tidak, banyak hak-hak yang akan diketepikan, dan membawa mudarat yang lebih besar daripada kebaikan.” Rujuk Rasa’il Ibn ‘Abidin (2/131)

Keterikatan terhadap pandangan ulama silam sehingga tidak peka kepada tuntutan kontemporari merupakan suatu hal yang harus dijauhi dalam ijtihad dan fatwa. Suasana Malaysia memerlukan satu ijtihad politik yang meraikan ‘uruf dan suasana setempat. Kata Imam Ibnul Qayyim:تَغْيِيرِ الْفَتْوَى ، وَاخْتِلَافِهَا بِحَسَبِ تَغَيُّرِ الْأَزْمِنَةِ وَالْأَمْكِنَةِ وَالْأَحْوَالِ وَالنِّيَّاتِ وَالْعَوَائِدِMaksudnya: “Perubahan fatwa harus disesuaikan dengan perubahan zaman, tempat, keadaan, niat dan adat kebiasaaan.” Rujuk I’lam al Muwaqqi’in (1/41)

Demokrasi, iaitu membuat keputusan berdasarkan suara majoriti, telah menjadi satu ‘uruf masyarakat Malaysia dalam memilih pemimpin dan pembentukan kerajaan. Maka ia satu hal yang harus diambil kira dalam berinteraksi dengan nas-nas syara’ dan pandangan ulama’ silam.

Konsep kewarganegaraan dalam sebuah negara bangsa

Sistem kenegaraan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat khilafah-khilafah selepasnya adalah berbentuk Darul Islam, di mana kewarganegaraan dikelaskan mengikut agama, daerah atau negeri yang bermusuh dinamakan Dar al-Harbi dan yang mempunyai perjanjian dinamakan Dar al-Mu’ahad. Warga bukan Muslim dikelaskan sebagai Ahlu Dzimmah yang berlindung di bawah kekuasaan negara Islam.

Adapun pada zaman sekarang, konteks dan sistem yang diamalkan berbeza.. Kerana itulah munculnya ijtihad-ijtihad moden dalam bidang politik yang menganggap pengkelasan warga bukan Muslim sebagai Ahlu Dzimmah tidak lagi sesuai pada zaman sekarang yang mengamalkan sistem negara bangsa (nation state). 

Antara ulama’ yang berpegang kepada pendapat ini termasuklah Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Wahbah az-Zuhaily dan Dr. Fahmy Huwaidi yang terkenal dengan bukunya Muwathinun la Dzimmiyyun yang berpandangan rakyat bukan Muslim seharusnya dianggap sebagai warganegara yang setaraf dengan rakyat Muslim.

Selain itu, tatkala negara-negara majoriti bukan Islam seperti Kanada dan United Kingdom mulai memperlihatkan peningkatan perwakilan Muslim dalam kerajaan dan kepimpinan negara atas dasar kesetaraan dan kesaksamaan, maka sewajarnya juga Malaysia dan negara-negara majoriti Muslim yang lain menempatkan perwakilan bukan Islam yang sesuai dengan komposisi rakyat yang bukan Muslim dalam pemerintahan negara.

Sekian, menurut beliau.

Akhirnya:

Weblog Ibnu Hasyim bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan, pada masa itu (diterbitkan 11 April 2018) berbunyi...

"Hasil penelitian yang dilakukan, kami dapati tiada dalil qath’ie  (muktamad) yang melarang untuk mengundi calon bukan Muslim dalam PRU di Malaysia dan melantik mereka sebagai pemimpin. Ayat-ayat al-Qur’an yang dijadikan hujah untuk mengharamkan pemilihan bukan Muslim sebagai wakil rakyat, apabila diteliti sebenarnya merujuk kepada orang-orang kafir yang memusuhi Islam dan penganutnya. 

"Adapun bagi golongan bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam dan patuh kepada Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, maka larangan tersebut tidak terpakai. Hal ini termasuk di bawah topik siyasah syar’iyyah bagi pemerintah untuk membenarkan pencalonan mereka atas dasar maslahat kumpulan minoriti.

"Tanpa menafikan bahawa majoriti ulama silam mengharamkan pelantikan non-Muslim sebagai pemimpin dan keharusan hanya diberikan apabila terdapatnya darurat. Ini dapat difahami memandangkan konteks hubungan Muslim dan non-Muslim pada waktu tersebut berbeza dengan sekarang.

"Kesimpulannya, hukum asal mengundi bukan Muslim dalam pilihanraya dan melantik mereka sebagai pemimpin adalah harus, kecuali apabila terdapat sifat mendatang seperti memberi ancaman kepada kemuliaan Islam, tiada sifat amanah dan tiada kepakaran dalam melaksanakan tugas.

"Kesemua faktor ini haruslah diambil kira dalam membuat keputusan sebelum mengundi dan memilih, selain 

memastikan jawatan tertinggi negara seperti Perdana Menteri, portfolio hal ehwal Islam dan pertahanan negara adalah kekal disandang oleh orang Muslim yang berkelayakan sahaja. Wallahu a’lam."

Jadi bagaimana hukum mengunidi calon non Muslim dari parti DAP? Mari kita lihat latar belakang pemimpin dan parti DAP itu sendiri..
-Ibnu Hasyim
KL

Bersambung, insya Allah...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/mengunidi-calon-non-muslim-dap-apa-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beza Jauh Pas Dap Soal Kepimpinan Lantik Non Muslim

Beza Jauh Pas Dap Soal Kepimpinan Lantik Non Muslim

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 274 hits
KEPIMPINAN merupakan satu bidang yang amat dititikberatkan dalam Islam Menurut al Quran kepimpinan dan Islam tidak dapat dipisahkan memandangkan tujuan penciptaan manusia sendiri ialah untuk menjadi khalifah yang akan memakmurkan bumi Firma...
Harga Siling Topeng Muka Rm2 Akan Turun Kata Mkn

Harga Siling Topeng Muka Rm2 Akan Turun Kata Mkn

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 354 hits
Harga siling topeng muka RM2 akan turun kata MKN Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 Mar 2020 1 44PM
Tidak Pernah Hadapi Situasi Begini Kata Rakyat Malaysia Di Singapura

Tidak Pernah Hadapi Situasi Begini Kata Rakyat Malaysia Di Singapura

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 261 hits
CRibuan rakyat Malaysia memilih tinggal di Singapura bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Foto ReutersKUALA LUMPUR 22 Mac Lebih 10 tahun bekerja di Singapura inilah kali pertama saya berhadapan situasi kerja sebegini berjauhan dari kel...
Macai Ph Kata Kalau Ph Memerintah Maka Covid 19 Takkan Separah Ni

Macai Ph Kata Kalau Ph Memerintah Maka Covid 19 Takkan Separah Ni

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 331 hits
Yang kata kalau PH memerintah maka COVID 19 takkan separah ni otak letak kat punggung Tahu ke tidak pada 11 Februari 2020 WHO melalui Dr Takeshi Kasai telah beri amaran agar Malaysia bersedia dengan ancaman virus ini termasuk cadangan agar ...
Arti Kata Gaul Kombe

Arti Kata Gaul Kombe

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 373 hits
Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Kombe baik itu di dunia nyata maupun dunia maya seperi facebook twitter instagram atau aplikasi berbasis chat lainnya sepeti BBM Line dll Namun apakah kamu mengetahui definisi sebenarnya ...
Arti Kata Gaul Coeg

Arti Kata Gaul Coeg

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 231 hits
Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Coeg baik itu di dunia nyata maupun dunia maya seperi facebook twitter instagram atau aplikasi berbasis chat lainnya sepeti BBM Line dll Namun apakah kamu mengetahui definisi sebenarnya t...
Covid 19 Malaysia Bergerak Ke Arah Fasa 4 Kata Dr Noor Hisham

Covid 19 Malaysia Bergerak Ke Arah Fasa 4 Kata Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 372 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia sedang bergerak ke arah fasa keempat iaitu fasa mitigasi dalam menangani Covid 19 Fasa mitigasi ialah fasa akhir dalam empat peringkat fasa menangani wabak selepas fasa amara...
Tak Perlu Pakai Penutup Mulut Jika Tiada Simptom Kata Dr Noor Hisham

Tak Perlu Pakai Penutup Mulut Jika Tiada Simptom Kata Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 395 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai bahawa tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut kecuali mempunyai simptom Covid 19 seperti selesema atau batuk Saya ingin memberi penekanan di sini sekali lagi pe...
Pergerakan Antara Semenanjung Dengan Sabah Sarawak Tidak Dibenar Ketika Ini Kata Wisma Putra

Pergerakan Antara Semenanjung Dengan Sabah Sarawak Tidak Dibenar Ketika Ini Kata Wisma Putra

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 223 hits
Menurut Kementerian Luar rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura juga tidak dibenarkan berulang alik sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan KUALA LUMPUR Pergerakan dari Semenanjung ke Sabah serta Sarawak dan sebaliknya a...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya