Tak Perlu Pakai Penutup Mulut Jika Tiada Simptom Kata Dr Noor Hisham



Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai bahawa tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut kecuali mempunyai simptom Covid-19 seperti selesema atau batuk.

"Saya ingin memberi penekanan di sini sekali lagi, penutup mulut dan hidung adalah untuk melindungi pekerja penjagaan kesihatan ketika mereka berhadapan dengan pesakit.

"Di khalayak ramai, anda tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut melainkan jika anda mempunyai simptom hidung berair atau batuk, jadi tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut, kecuali terdapat petunjuk untuk memakainya," katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan yang bertanya mengenai pengguna media sosial yang mengadu dilarang masuk kedai runcit dan pasar raya kerana tidak memakai penutup mulut dan hidung.

Sementara itu, Noor Hisham juga mendedahkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menambah enam lagi hospital untuk dijadikan hospital "hibrid" bagi merawat Covid-19 dan kes kecemasan lain.

KKM juga cuba melibatkan dua lagi hospital universiti dan hospital tentera, katanya.

Selain itu, kementerian juga sedang dalam proses memperoleh 450 ventilator baru hari ini - 100 dari vendor tempatan dan 350 lagi dari China.

Semalam, beliau berkata KKM telah mengenal pasti 26 hospital khusus bagi merawat Covid-19.



Beliau juga berkata semalam bahawa mereka telah menyediakan 925 ventilator untuk pesakit Covid-19 tetapi masih memerlukan sebanyak 500 lagi.

Noor Hisham hari ini turut memaklumkan bahawa KKM juga telah bekerjasama dengan hospital swasta untuk melihat kemungkinan sama ada beberapa kes bukan Covid-19 dirujuk ke hospital swasta.

Selain itu, beberapa NGO telah tampil menyumbang kepada kumpulan pakar, seperti Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Ahli-ahli Anaestesi Malaysia.

Noor Hisham turut juga mendedahkan bahawa pada masa ini, kementerian itu mempunyai 18 makmal dan selain lima fasiliti swasta yang boleh menjalankan 3,500 ujian saringan untuk Covid-19 dalam sehari.

"Minggu depan, kita boleh melakukan 7,000 ujian setiap hari. Pada bulan April, kami menjangkakan dapat melakukan 16,000 ujian setiap hari," katanya, sambil menambah bahawa mereka merancang melatih beberapa makmal lain untuk menjalankan ujian itu.

Noor Hisham menjelaskan bahawa terdapat lima peringkat pesakit yang datang ke hospital, di mana tahap satu adalah positif untuk Covid-19 tetapi tidak menunjukkan gejala, manakala peringkat kedua adalah positif dan mengalami gejala ringan.

Pesakit dari kedua-dua peringkat ini tidak akan dimasukkan ke hospital tetapi sebaliknya akan diletakkan di kawasan kementerian yang telah ditukar menjadi pusat kuarantin.

Pesakit peringkat 3 adalah bagi yang mempunyai radang paru-paru, sementara peringkat 4 bagi yang mempunyai radang paru-paru dan memerlukan oksigen.

Peringkat 5 adalah bagi pesakit yang mempunyai radang paru-paru dan memerlukan tiub dan batuan alat pernafasan.

Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan dua kematian baru akibat jangkitan Covid-19, membawa jumlah kematian di Malaysia kepada 10 orang.

Terdapat 123 kes positif baru Covid-19 sehingga pukul 12 tengah hari tadi, yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,306 kes.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/ak-perlu-pakai-penutup-mulut-jika-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Who Puas Hati Langkah Malaysia Tangani Covid 19 Kata Noor Hisham

Who Puas Hati Langkah Malaysia Tangani Covid 19 Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 313 hits
Noor Hisham Abdullah berkata KKM memaklumkan terdapat kumpulan sasaran dalam mencegah Covid 19 PETALING JAYA Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpuas hati dengan langkah diambil Malaysia dalam mendepani penularan wabak Covid 19 Ketua Pengarah K...
Covid 19 Malaysia Bergerak Ke Arah Fasa 4 Kata Dr Noor Hisham

Covid 19 Malaysia Bergerak Ke Arah Fasa 4 Kata Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 312 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia sedang bergerak ke arah fasa keempat iaitu fasa mitigasi dalam menangani Covid 19 Fasa mitigasi ialah fasa akhir dalam empat peringkat fasa menangani wabak selepas fasa amara...
Jangkitan Dari Sri Petaling Berlapis Lapis 5 Generasi Kata Noor Hisham

Jangkitan Dari Sri Petaling Berlapis Lapis 5 Generasi Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 326 hits
dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami
Pkp Mungkin Sudah Tiba Masa Guna Pendekatan Tegas Kata Noor Hisham

Pkp Mungkin Sudah Tiba Masa Guna Pendekatan Tegas Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 268 hits
Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa mengambil sikap tegas dalam menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Noor Hisham berkata Kementerain kesihatan telah cuba menggunakan p...
Kerajaan Bersetuju Kurangkan Harga Siling Penutup Mulut Dan Hidung

Kerajaan Bersetuju Kurangkan Harga Siling Penutup Mulut Dan Hidung

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 179 hits
Rentetan terdapat rungutan dari rakyat mengenai harga penutup mulut dan hidung yang dikatakan terlalu tinggi kerajaan telah bersetuju melalui Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dimaklumkan ...
Lebih 35 000 Individu Sudah Buat Ujian Covid 19 Noor Hisham

Lebih 35 000 Individu Sudah Buat Ujian Covid 19 Noor Hisham

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 216 hits
SHAH ALAM 29 MAC Sejumlah 35 516 individu sudah melalui ujian saringan bagi mengesan Covid 19 di negara ini sehingga semalam kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil saringan berkenaan 24 727 didapati negati...
Terkini Insyallah Kkm Cuba Dapat Kurangkan Kes Dr Noor Hisham

Terkini Insyallah Kkm Cuba Dapat Kurangkan Kes Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 259 hits
By 26 March 2020Kementerian Kesihatan Malaysia berharap sasaran nota penyelidikan daripada JP Morgan bahawa Malaysia akan mencapai kemuncaknya pertengahan April sebanyak kira kira 6 300 kes adalah tidak benar Ketua Pengarah Kesihatan Datuk ...
Dr Noor Hisham Denies The 62 Year Old Who Died By Suicide Was A Covid 19 Patient

Dr Noor Hisham Denies The 62 Year Old Who Died By Suicide Was A Covid 19 Patient

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 386 hits
Media reports citing Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof had reported earlier that the senior citizen tested positive for COVID 19 and was admitted to Serdang Hospital for isolation small Cover image via Harian Metro small Health directo...
Covid 19 Eksport Penutup Hidung Mulut Mungkin Dihentikan

Covid 19 Eksport Penutup Hidung Mulut Mungkin Dihentikan

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR 23 Mac Kerajaan telah melarang eksport semua penutup hidung dan mulut yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan bagi memastikan bekalannya mencukupi untuk rakyat Malaysia sepanjang tempoh pandemik COVID 19 kata Perdana Menteri Ta...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide