Mengucap Panjang Ibu Tahu Tahu Anak Dalam Sangkar Keluarkan Semua Kucing
Nak tunggu anak-anak membesar, macam-macam gelagat yang boleh membuatkan ibu bapa ‘urut dada’. Maklumlah kadang kala benda yang tak pernah terfikir pun anak boleh lakukan.
Percayalah gelagat anak-anak inilah boleh buat kita tersenyum sendiri walaupun terselit sikit perasaan geram. Tapi fasa ini akan berlaku sekali je seumur hidup masa kecil. Bila dah makin besar, makin cerdik, momen begini akan dikenang kembali. Percayalah!
Lagi satu ibu bapa jangan terus marah-marah jika anak buat sesuatu yang diluar jangkaan. Bukan apa risau anak akan jadi penakut dan emosinya terganggu. Boleh cakap elok-elok sebab anak kecil dia belum faham lagi mana yang betul dan salah.
BACA [13 Tip Berkesan Didik Anak Dengar Kata Sejak Kecil, Menjadi Anak Soleh & Solehah]
Seperti perkongsian yang mencuit hati dikongsikan oleh seorang ibu di TikTok atas akaun Ain Darman, dia berkongsi gelagat anak perempuannya yang masuk dan duduk dalam sangkar kucing.
Nampak macam tak munasabah kan tapi hakikatnya memang betul-betul terjadi. Dengan muka tak bersalahnya, anak ini mengeluarkan beberapa ekor anak kucing dan duduk bersila dalam sangkar.
“Mengucap panjang dibu meninaaa..Menina nak jadi cat pulakk..”
@aindarmanMengucap panjang dibu meninaaa😩 Menina nak jadi cat pulakk😓 ##fyppppppppppppppppppppppp ##fyp ##fypシ ##fypdongggggggg ##fypage ##esekeli ##fypmalaysia🇲🇾
♬ original sound – Ain Darman
Terkejut ibu keluar rumah tengok Menina dah selamat masuk dalam sangkar kucing. Tak tahu dari mana idea yang dia dapat. Nasiblah anak-anak kucing tu semua selamat dan dia tak duduk atasnya.
Dengan muka tak bersalahnya, apabila ibu minta keluar tetap tak mahu hingga terpaksa dipujuk beberapa kali. Alahai bertuah sungguh anak!
LAGI ARTIKEL MENARIK [Nak Bayi Cepat Belajar, Seawal 0-3 Bulan Boleh Rangsang Perkembangannya. Terlepas Fasa Ni Rugi!]
Nak sambung generasi Fattah Annas ke ni?
Di ruangan komen ramai yang terhibur dengan telatah comelnya. Sehinggakan ada yang teringat satu video yang pernah tular beberapa tahun lalu ini iaitu adik Fattah Annas.
Jadi, masing-masing telah meninggalkan komen di TikTok @aindarman apabila melihat keletah comel kanak-kanak yang dipanggil Menina itu.
“Dia nak jadi cat..”
Kredit: TikTok @aindarman
Beli Karangkraf Omar Hana Learning Set
Karangkraf Omar Hana Learning Set
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link ni!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Mengucap Panjang Ibu.. Tahu-Tahu Anak Dalam Sangkar, Keluarkan Semua Kucing” appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/mengucap-panjang-ibu-tahu-tahu-anak-dalam-sangkar-keluarkan-semua-kucing/