Mengopi Di Kopi Tenggek Tanjung Piai


 Assalamualaikum WBT 


CERITA minggu lepas, Sk dan Pak Inche ambil cuti hari isnin, balik dari Penang tu. Tapi, tak pergi ke mana, la.. memang duduk rumah isnin tu. Awalnya Sk cakap, pagi tu kita pergi sarapan di Kopi Tenggek Tanjung Piai, lama sangat teringin nak ke sini tapi tiada kesempatan. Hari isnin mesti tak de orang, jadi meh la kita pergi. Tapi, pagi tu Sk rasa tak larat (baca- malas) nak bersiap. Mereka berdua ni, kalau SK tak siap, memang buat bodoh aje la. Jadi, pagi tu Sk buat sarapan, cuma sosej panggang semata dengan telur mata kerbau sorang sebiji. Tu pun sosej tinggal 4 batang, Sk kerat tiga, dapat 12 ketul, kan.. makanlah sorang 4 ketul alat-alat dengan telur sebiji, hahaha.




Tengahari, baru gerak ke sini ikut jambatan baharu. Dah tak baru sangat la jambatannya, kan, buka tahun 2022 tak silap. Dulu, ingatkan KTTP ni untuk sarapan aje. Bila buat carian, baru tahu dia buka sampai pukul 4.30. Pernah beberapa kali lalu sini tapi mak aihhhh, penuh dengan manusia. Kali ni lengang selengang-lengangnya. Adalah dua tiga biji kereta dan dua tiga meja diduduki pelanggan yang sedang makan





Pesanan boleh dibuat dengan dua cara sama ada dengan mengimbas kod QR yang ditampal di meja atau beratur di kaunter. Lepas buat pesanan, buat bayaran di kaunter lain pula. Nanti dia bagi resit dengan nombor pesanan kita, tunggu nombor dipanggil dan ambil pesanan di kaunter yang lain. Jadi, ada tiga kaunter semuanya




Kuey Teow Kebontang (Special) RM13.90. Masakan goreng berkuah, kuahnya berwarna kemerahan, bukan hitam macam biasa Sk makan, tapi sedaplah dan tidak mengecewakan di tekak SK ni. Selain kuey teow, ada juga Nasi Goreng Kebontang, tak pastilah makna kebontang tu apa? Hehehehe. Ada udang empat ekor dan telur mata sebiji. Ke, kebontang tu telur mata tu??? Baru terfikir ni, hihi

Kalau dah sampai sini, kenalah ambil kopi tenggek, kan. Boleh pilih sama ada nak kopi kosong, kopi gula atau kopi susu. Sk pilih kopi susu




Sk peminat Keropok Lekor jadi pesanlah satu set ni RM4. Macam ada 8 ketul tapi rupanya ni jenis keropok lekor yang ada angin tu, jadinya ia agak berminyak juga. Sos keropok lekor sedap macam sos keropok lekor Tok Wan. Kalau KTTP guna produk Tok Wan mesti lagi baik dari guna keropok lekor macam span ni




Dekat sini ada kiosk makanan ringan industri kecil dan sederhana. Ada juga produk frozen seperti karipap juga serbuk Kopi Tenggek yang terkenal bersama penenggeknya sekali. Maaf, ambil gambar ni senget sebab nak elakkan muka pelanggan yang duduk depan kedai ni termasuk dalam frame, hehehe



Nasi Kokokbekk Gearbox (RM20) untuk Iman dan PI makan Nasi Putih dan Sup Gearbox (RM17.40). Nasi kokokbekk tu macam nasi arab, kokok tu mungkin maksudnya ayam kot, tapi tak ada pulak ayam, yang ada bekk (gear box kambing). Semua makan dengan penuh berselera, sedap jugaklah tapi.... tak cukupppppp kenyang gitu. Nasib baiklah tambah roti kaya dua set dan telur separuh masak untuk PI. Tapi, yang tak bestnya, roti tu roti kukus, bukan roti bakar. Mungkin trademark di KTTP ni tak guna roti bakar. PI kata, roti dia macam roti yang selalu orang jual kebab kat pasar malam tu. Menu pun tak banyak rupanya


Burppp.. Alhamdulillah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/08/mengopi-di-kopi-tenggek-kangkar-pulai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengopi Di Warung Kopi Peng

Mengopi Di Warung Kopi Peng

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 228 hits
Assalamualaikum WBT MENDUNG jer cuaca tengahari ni walaupun cahaya matahari memancar mancar masa memasuki lebuhraya Perling pagi tadi Hujan walaupun tidak lebat tapi agak menyejukkan dan walaupun semua pokok pokok besar dalam kawasan kolej ...
Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 291 hits
Hari ketiga iaitu hari terakhir di bumi Terengganu kami sarapan nasi kerabu pula di Fauzi Nasi Kerabu Suerasa Nasi Kerabu Nasi dagang dan makan semalamanya so mencuba nasi kerabu lah pula Tak ada gambar sebab tak sempat nak ambil pun Nak ce...
Kopi Kita Kafe Aesthetic Di Nilai Negeri Sembilan

Kopi Kita Kafe Aesthetic Di Nilai Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 135 hits
Tak tahu nak makan malam di mana di Nilai tahu tahu sampai di Kopi Kita Kafe hasil bantuan Pak Cik Google Saja nak mencuba makan di tempat baru Kopi Kita Kafe ni baru je dibuka Kalau dari nama kedainya saya bayangkan kedai klasik gitu Rupan...
Angkat Kopi Rakyat Banyuwangi Gelar Festival Kopi Kalibaru

Angkat Kopi Rakyat Banyuwangi Gelar Festival Kopi Kalibaru

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 102 hits
Produksi kopi rakyat di Banyuwangi bisa mencapai 10 600 ton per tahun
Mengopi Dan Makan Di Nyiur Cafe Cafe Tepi Pantai

Mengopi Dan Makan Di Nyiur Cafe Cafe Tepi Pantai

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 134 hits
Dari kami gerak ke Nyiur Cafe cafe tepi pantai yang terletak di Pantai Sauh Batu Rakit Sebenarnya macam tak tahu nak pilih cafe mana yang best tepi pantai sebab semuanya macam best Last last kami pilih Nyiur Cafe je Macam viral di TikTok je...
Kotak Packaging Kopi Yang Menawan Cara Meningkatkan Penjualan Dengan Pemilihan Packaging Yang Tepat

Kotak Packaging Kopi Yang Menawan Cara Meningkatkan Penjualan Dengan Pemilihan Packaging Yang Tepat

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 209 hits
Dalam industri penjualan kopi yang semakin kopentitif ini produk yang berkualiti tinggi sahaja tidak mencukupi untuk memastikan kejayaan di pasaran Kotak packaging kopi memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pelanggan dan meningk...
Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Order Di Website Dealer Orodesign