Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu


Hari ketiga iaitu hari terakhir di bumi Terengganu kami sarapan nasi kerabu pula di Fauzi Nasi Kerabu @ Suerasa Nasi Kerabu. Nasi dagang dan makan semalamanya, so mencuba nasi kerabu lah pula.

Tak ada gambar sebab tak sempat nak ambil pun. Nak cepat-cepat habiskan makan je. Dengan penuhnya orang, dengan beratur lagi. Makan pun macam kurang selesa sikit tapi mujurlah nasi kerabu sedap.

Selaku peminat nasi kerabu, saya mengesahkan nasi kerabu di sini memang sedap. Kita tolak tepi bab ramai orang tu. Biasanya kedai yang ramai tu yang sedap. Kann...Harga makanan pun murah di sini. Kena cuba sekali bila dah sampai Kuala Terengganu.

Dah mengisi perut, barulah senang hati nak berjalan jauh. Untuk perjalanan pulang, kami merancang ikut jalan dalam melalui persisiran tepi pantai (Kuala Terengganu-Marang-Kuala Dungun-Paka-Kerteh) je. Tak ikut highway. Kami singgah di Chendering beli keropok lekor dan keropok ikan buat bekalan.

Sebaiknya beli keropok lekor tu masa balik. Taklah rosak nanti bila sampai rumah, terus simpan dalam kulas. Selepas tu kami tak singgah dimana-mana sampailah Kijal baru berpisah haluan sebab biras jumpa kawan dia.

Kami pula mencari port ngopi menarik di tepi pantai. Jumpalah Kopi Penunjuk di yang terletak di tepi Pantai Penunjuk Kijal. Pertama kali sampai di Kijal dan pantai di sini.



Pantai Penunjuk Kijal ni pun pertama kali sayang dengar. Aduhaiii...lemah geography betul! Boleh dikatakan pantai ni macam kurang popular dan hidden gem pada saya. 


Tempatnya tak sesak. Tenang ribut jiwa je. Ada beberapa gerai di tepian pantai. Mungkin masa kami sampai terlalu awal lebih kurang jam 3 petang macam tu. Masih panas dan orang pun belum keluar untuk lepak-lepak waktu petang

Sampai di gerai Kopi Penunjuk, buat pesanan dan pembayaran di kaunter. Harga kopi cukup murah di sini



Tak kelihatan mesin kopi. Maksudnya kopi bancuh macam kopi klasik tu lah kan. Saya pesan hazelnut latte dan encik suami pesan salted caramel. Disini tak ada minuman panas tak silap saya. Jadi dua-dua minuman ais



Sementara menunggu, jomlah kita layan permandangan laut yang cukup indah ni. Syok betul ye lepak tepi pantai sambil mengopi. Layan angin sepoi-sepoi bahasa. Nampak panas tapi berangin gitu. Taklah rasa panas



Sedang duduk menunggu, abang kopi tu cakap hazelnut latte habis. Jadi saya pilih vanilla lah. Tak lama menunggu, minuman kami pun sampai. Itu yang ada contengan pada cup tu. Cacat sikit rupa cawan dah diconteng tu dalam gambar. Saya ni cerewet tau bang bab gambar. Kena aesthetic. Hihi..gurau je.



Duduk sini rasa macam tak nak berganjak. Setiap sudut rasa nak bergambar sebab cantik sangat permandangan di sini. Tempat boleh repeat kalau ke Terengganu ikut jalan dalam



Disebelah kiri pula ada banyak pondok papan untuk seisi keluarga berkelah tepi pantai. Macam seronok je tengok dorang lepak. Ini kalau duduk dari pagi sampai petang pun seronok. Tak jemu mata memandang laut hijau biru perairan laut China Selatan yang cantik. 

Ingatkan nak makan-makan sekali di sini. Yang ada cuma makanan ringan minum petang macam keropok lekor, nugget, fries, popia dan mi segera. Baru je niat nak makan keropok lekor tapi tak ada rezekilah sebab makan-makan belum ada lagi katanya. Awal sangat kot kami sampai

Minum kopi je lah kami di sini sambil menyembang. Jadi tak lama sangat bersantai di sini. Eh lupa pula. Tentang kopi tu, rasa kopi vanilla sedap juga cuma salted caramel tu macam termanis. Kita ni bila cut sugar memang cepat triggered kalau minuman tu manis sikit. Lupa pula nak pesan kurang manis

Siapa yang suka rasa kopi klasik tu bolehlah menyinggah mengopi di sini. Dalam TikTok macam salah satu port ngopi popular juga. Tempat bersih dan tenang je. 
Tak berkesempatan nak pergi dekat pantai sebab panas bukan main lagi. Panas tepi laut bukan biasa-biasa. Kita duduk di tempat yang teduh bawah pokok ni je lah mampu. Sejuk di tiup angin bayu

Dengan itu, berakhirlah percutian kami 3 hari 2 malam di bumi Terengganu. InshaAllah ada rezeki kami sampai lagi. Macam tak puas bercuti sebab banyak tempat dan makanan yang belum kami cuba lagi

Perjalanan pulang yang panjang dan terasa sangat jauh sebab tak ikut highway kan. Lagipun tengok waze jem teruk. Yelah sebab cuti hujung minggu panjang, itu yang jem. Balik ikut Lanchang-Manchis-Simpang Durian-Kuala Klawang tu terasa jauhnya. 

Alhamdulillah selepas 5 jam perjalanan dari Kijal kami selamat sampai rumah. Singgah di R&R mana entah berhenti solat. Boleh tahan jauh perjalanan ikut jalan dalam. Tapi kalau nak explore, why not mencuba sesekali



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/07/mengopi-tepi-pantai-di-kopi-penunjuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengopi Dan Makan Di Nyiur Cafe Cafe Tepi Pantai

Mengopi Dan Makan Di Nyiur Cafe Cafe Tepi Pantai

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 119 hits
Dari kami gerak ke Nyiur Cafe cafe tepi pantai yang terletak di Pantai Sauh Batu Rakit Sebenarnya macam tak tahu nak pilih cafe mana yang best tepi pantai sebab semuanya macam best Last last kami pilih Nyiur Cafe je Macam viral di TikTok je...
Pesawat Mendarat Cemas Tepi Pengunjung Pantai

Pesawat Mendarat Cemas Tepi Pengunjung Pantai

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 103 hits
KOSMO SEBUAH pesawat ringan mendarat cemas di sebuah pantai di Marica mediadrumimagesBRASILIA Sebuah pesawat ringan yang disyaki mengalami kegagalan mekanikal terpaksa melakukan pendaratan cemas di sebuah pantai berhampiran sejumlah pelanco...
Mulanya Bersantai Tepi Pantai Lalu Tertidur Sedar Di Tengah Laut

Mulanya Bersantai Tepi Pantai Lalu Tertidur Sedar Di Tengah Laut

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 124 hits
KOSMOHong Nan diselamatkan kru sebuah bot memancing yang menemuinya terapung di tengah laut Oddity CentralTAIPEI nbsp Seorang lelaki di Taiwan ditemui terapung di atas sebuah pelampung selepas hanyut selama 19 jam di tengah laut setelah dia...
Menginap 3 Hari 2 Malam Di Mimpi D View Homestay Kuala Terengganu

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Mimpi D View Homestay Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 257 hits
Mudahnya nak check in mana mana homestay sekarang Tuan rumah hanya perlu bagi arahan dan kita ikut saja tanpa berjumpa tuan rumah untuk dapatkan dan tinggalkan kunci rumah Mudah sangat urusannya Adik ipar booking Mimpi D View Homestay di Ku...
Stpm Terengganu Terbaik Kebangsaan Lima Tahun Berturut Turut

Stpm Terengganu Terbaik Kebangsaan Lima Tahun Berturut Turut

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 154 hits
BESUT Terengganu mengekalkan pencapaian keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia terbaik kebangsaan untuk tempoh lima tahun berturut turut apabila memperolehi Min Purata Nilai Gred Kumulatif 3 11 bagi peperiksaan 2023 yang diumum hari i...
Terengganu Kami Datang

Terengganu Kami Datang

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 139 hits
Awal bulan Julai haritu kami ke Terengganu 3 hari 2 malam ikut adik ipar nak pergi memancing Dia memancing kita pula ambil peluang bercuti cuti di Terengganu Trip ke Terengganu ni bersama mak mentua dan juga keluarga adik ipar Kami gerak ke...
Naik Boat Tour Di Jeti Pok Ali Pulau Sekati Kuala Terengganu

Naik Boat Tour Di Jeti Pok Ali Pulau Sekati Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 171 hits
Selesai urusan check in solat dan melepaskan penat kejap Cas semula tenaga yang dah hilang bagi bateri penuh Nak berjalan cuti cuti ni kena ada tenaga baru seronok Sebenarnya macam tak ada rancangan sangat nak kemana mana sebab saya dan enc...
Menjejaki Sejarah Di Muzium Negeri Terengganu

Menjejaki Sejarah Di Muzium Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 138 hits
Sesudah kami berpisah haluan Mak mentua dan keluarga adik ipar pergi ke Mydin membeli barang mancing Saya dan encik suami terus ke Muzium Negeri Terengganu Muzium ni memang dah ada dalam list kami kalau ke Terengganu Walaupun dah pernah jej...
Terengganu Selangor Top Budget Transparency Index

Terengganu Selangor Top Budget Transparency Index

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 111 hits
The Terengganu and Selangor state governments have tied for first place in the Institute for Democracy and Economic Affairs Malaysia Open Budget Index 2024 The index which analyses state budget transparency scored the two states 76 out of 1...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation