Mengkritik Madani Bukan Bermakna Menyokong Pn






Setiap kali apabila Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh melontarkan kenyataan yang berbeza dengan pendirian kerajaan madani, setiap kali itu jugalah beliau akan dituduh sebagai sudah menjadi penyokong PN oleh pentaksub-pentaksub PH.


Lebih-lebih lagi apabila kenyataannya itu mengkritik Perdana Menteri, biasanya lebih bertalu-talu tuduhan sedemikian ditujukan kepadanya.


Seolah-olah kerajaan madani ini tidak boleh ditegur oleh orang daripada parti-parti yang membentuk kerajaan itu sendiri.


Apakah orang dalam parti yang menyokong kerajaan madani hanya perlu bersetuju, memuji dan mengampu saja setiap masa?


Begitu juga dengan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Karim di mana setiap kali beliau menzahirkan pendiriannya yang berbeza dengan kerajaan atau Perdana Menteri, beliau juga tidak terlepas daripada tuduhan kononnya kini sudah beralih menyokong PN.


Tidak kurang yang mencadangkan agar beliau segera menyertai mana-mana parti dalam PN atau meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen PKR.


Kadang-kadang timbul rasa pelik, kenapalah mereka yang ditanam dengan jiwa reformasi selama lebih 20 tahun lamanya, tetapi masih tidak terbuka pemikirannya.


Sementara mereka marah dan tidak menerima perbuatan Dr Akmal dan Hasan Karim itu, sebaliknya mereka beria-ia pula mengalu-alukan kemasukan enam pengkhianat daripada Bersatu yang mengalihkan sokongannya kepada Anwar Ibrahim.


Sepatutnya jika mereka tidak boleh menerima kritikan daripada dalam, mereka juga sepatutnya menolak sokongan yang datang daripada pihak luar yang tiada keikhlasan itu.


Lagi pun, kalau kita lihat, selain menegur banyak keputusan kerajaan, Dr Akmal turut tidak lupa mengkritik blok pembangkang, misalnya dalam keputusan Pas menerima kemasukan Adun Rembia ke dalam parti itu baru-baru ini.


Sama dengan Hasan Karim, beliau juga tidak lupa menyokong dan mempertahankan kerajaan dalam beberapa tindakan yang dirasanya betul seperti dalam isu Palestin dan ketegasan Anwar membasmi kemiskinan.


Tindakan Dr Akmal banyak menegur dan mengkritik kerajaan harus kita sedari ia adalah bertujuan agar kerajaan madani ini menjadi lebih baik dan tidak berterusan melakukan kesilapan dalam keputusannya yang boleh membuatkan rakyat jadi benci akhirnya.


Teguran dan kritikan Hasan Karim adalah demi kebaikan atas beberapa keputusan kerajaan yang dilihatnya tidak betul, misalnya dalam kes memberikan Zahid Hamidi DNAA, lalu membebaskannya daripada perbicaraan di mahkamah, keengganan Speaker mengosongkan enam kerusi Bersatu serta dalam penggantungan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fahysal selala enam bulan.


Dalam hal yang sama, saya sendiri tidak terkecuali dituduh sebagai pro PN, berjiwa Bersatu dan seumpamanya setiap kali saya menulis mengkritik kerajaan atau Perdana Menteri.


Nampaknya ada di kalangan penyokong kerajaan madani ini yang tidak boleh menerima teguran dan barangkali hanya mahu puji-pujian belaka.


Cara mudah mereka untuk mengalihkan isu ialah dengan menuduh sebagai pro PN atau Bersatu.


Saya bukan tidak boleh memuji, bahkan sebagai penyokong PH yang bukan baru, saya lebih layak lagi berbuat demikian sebenarnya.


Barangkali kelemahan saya ialah saya tidak boleh bersetuju dengan sesuatu yang saya rasa tak betul dan saya juga tidak pandai menyembunyikan perasaan saya.


Kalau mahu dibandingkan dengan sesetengah orang yang hanya baru bersalin kulit setahun dua kebelakangan ini dengan menampilkan seolah-olah merekalah sekarang ini penyokong totok kerajaan madani, saya memanglah agak ketinggalan dalam perkara itu.


Cuma bagi saya, sebagai kerajaan sekarang, PH lebih memerlukan teguran dan kritikan berbanding puji-pujian serta ampu sana ampu sini jika kerajaan ini ingin bertahan lebih lama lagi.


Teguran dan kritikan, jika disertai dengan sikap merendah diri untuk berubah dan memperbaiki, ia adalah sejenis ubat yang mujarab, manakala ampu dan puji-pujian pula adalah “gula manis” yang lebih mungkin boleh membawa kematian.


Sebab itulah ubat-ubatan berasa pahit dan mereka yang lebih suka makan makanan pahit lebih panjang usianya berbanding orang yang suka benda-benda manis dalam makanannya.


Menegur, mengkritik dan memberi pandangan tidak setuju dengan keputusan kerajaan bukanlah bermaksud sudah menjadi penyokong PN atau blok pembangkang.


Sama seperti mereka yang hanya tahu bersetuju, memuji dan mengampu Perdana Menteri, malah berdiam diri apabila kerajaan melakukan sesuatu yang salah dan membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak rakyat, perbuatan itu tidak lebih hanyalah membawa kemudaratan.


Tindakan tersebut mungkin lebih didorong adanya kepentingan terlindung yang bersifat peribadi yang ingin digapai di sebaliknya.


Orang yang menegur dan mengkritik, mereka tahu tak akan beroleh apa-apa yang bersifat kepentingan dunia, tetapi tetap melakukannya dengan mengharapkan adanya perubahan dan kepimpinan kerajaan menjadi lebih baik lagi.


Sudah banyak contoh di dunia ini, kerajaan yang tidak terbuka dalam menerima teguran dan kritikan, biasanya tidak akan mampu bertahan lama.


Pengkritik tetap pengkritik biar pun kerajaan bertukar ganti dan tetapi harus diingat, apabila kerajaan berubah, perkara pertama yang berubah ialah Perdana Menteri kena pindah keluar daripada Seri Perdana dan mungkin pula disertai turun naik mahkamah selepasnya.– ShahbudinHusin 21July2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/07/21/mengkritik-madani-bukan-bermakna-menyokong-pn.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/07/mengkritik-madani-bukan-bermakna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Madani Rakyat Zon Timur Julai 2024

Program Madani Rakyat Zon Timur Julai 2024

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 235 hits
Program MADANI Rakyat merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI Program ini diteruskan lagi ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama sama memahami melihat dan menil...
Madani Govt Humbly Accepts Sg Bakap Polls Results Says Pm

Madani Govt Humbly Accepts Sg Bakap Polls Results Says Pm

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 102 hits
The Madani government humbly accepts the outcome of the Sungai Bakap by election in Penang said Prime Minister Anwar Ibrahim Taking to his social media platforms Anwar who is also Pakatan Harapan chairperson said his administration is deter...
Nefab Dari Sweden Buka Kilang Di Penang Untuk Menyokong Industri Semikon

Nefab Dari Sweden Buka Kilang Di Penang Untuk Menyokong Industri Semikon

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 203 hits
Nefab sebuah syarikat berasaskan Sweden dan merupakan pemimpin global dalam penyelesaian pembungkusan dan logistik mampan telah mengumumkan pembukaan kilang pembungkusan baru di Batu Kawan Malaysia bagi menyokong industri peralatan semikond...
Terbaru 12 Mufti Menyokong

Terbaru 12 Mufti Menyokong

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 79 hits
KEMASKINI 11 JULAI 2024 Ustaz Wadi Anuar Ustaz MuhaizatTERBARU 12 MUFTI MENYOKONGAlhamdulillah RUU Wilayah Persekutuan 2024 Perkara 4 yang akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat telah mendapat sokongan majoriti mufti negeri di Malaysia Mereka...
Kekalahan Malaysia Madani Sebab Bahalul

Kekalahan Malaysia Madani Sebab Bahalul

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 203 hits
PERPADUAN MENGHIMPIT HIDUP RAKYAT MULUT CELUPAR BAHALUL PUNCA KEKALAHANNI BUDAK NI PUNCA KEKALAHANNAMPAKNYE NUAR TAK JADI BALIN P PAUHAGAK JANGGAL MALAYSIA MADANI KALAHPAKTOR BOIKOT TAK KELUAR MENGUNDI DANPEMULAUAN PILIHANRAYA M M KALAH
Madani Government Reforms Are They Happening

Madani Government Reforms Are They Happening

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 177 hits
Watch the webinar Speakers Dr Azmil Tayeb political scientist and Aliran honorary assistant secretary Rani Rasiah grassroots political activist Aliran member Moderator Anil Netto Organised by Aliran
Bertubi Tubi Berita Baik Ekonomi Madani Bulan Julai 2024

Bertubi Tubi Berita Baik Ekonomi Madani Bulan Julai 2024

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 128 hits
Ahmad MursiTahniah PMX Tahniah Madani Tahniah PH BN GRS GPS Alhamdulillah 1 KDNK Malaysia meningkat 5 8 suku kedua 2024 Suku pertama 4 2 Melebihi jangkaan ekonomis 19 Julai 2024 2 Ringgit kini menjadi matawang yang mempunyai prestasi terbai...
Madani

Madani

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 180 hits
Baru ni saya bagi tau kawan yang saya dan isteri akan menunaikan ibadah umrah Kawan saya yang juga seorang ustaz sebut Doakan kebaikan ana semasa di haram makki dan haram Madani Maksud ustaz ni ialah tanah haram Mekah dan tanah haram Madina...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport