Program Madani Rakyat Zon Timur Julai 2024


Program MADANI Rakyat merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI. 
Program ini diteruskan lagi ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
BACA JUGA: Skim Perubatan Madani 2024 : Semakan Baki & Rawatan Percuma
Program MADANI Rakyat  Program MADANI Rakyat ini merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara langsung daripada kementerian dan agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan dan peringkat Kerajaan Negeri. 
Di samping itu,  memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan mutu perkhidmatan Kerajaan. 
Program ini juga dapat mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan Kerajaan, sekaligus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI.
Tarikh & Tempat Program MADANI Rakyat Zon Timur Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur merangkumi Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Tarikh: 5 hingga 7 Julai 2024 (Jumaat hingga Ahad) Masa: 9.00 pagi hingga 10.00 malam, 7 Julai 2024 (Ahad), bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang Lokasi: Dataran Sayangi Kuantan, Pahang.  Program ini merupakan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kerajaan Negeri Pahang. 
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Tengah telah diadakan dari 23 hingga 25 Februari 2024 yang lalu di Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor dengan kerjasama strategik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kerajaan Negeri Selangor. 
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara pula telah berlangsung dari 3 hingga 5 Mei 2024 di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Pengangkutan (MOT).
Nantikan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan yang bakal diadakan seterusnya!
Objektif Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif baru yang diperkenalkan kepada rakyat, meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan, serta membina kepercayaan serta keyakinan antara Kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. 
Program ini turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai Kementerian dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta para pemegang taruh.
Penganjuran program ini memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.
Tarikan & Program Diadakan Program MADANI Rakyat Zon Timur memberi tumpuan kepada aktiviti berkaitan kesejahteraan rakyat, agenda perpaduan, TVET dan karnival kerjaya, pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan. 
Di samping itu, terdapat juga program berkaitan kesejahteraan luar bandar serta pameran dan perkhidmatan berhubung pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Kecerdasan Buatan (AI). 
Serta, terdapat juga pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berkaitan. Bukan itu sahaja, pameran aset-aset Kerajaan turut disediakan untuk pengunjung. Jualan MADANI juga diadakan dan menawarkan potongan harga serta tawaran istimewa. 
Program ini turut melibatkan kolaborasi strategik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan pihak swasta. 
Majlis perasmian Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur ini disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 6 Julai 2024 (Sabtu) dan turut dihadiri oleh pimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Laluan Bas Berikut adalah laluan perkhidmatan bas ulang-alik (shuttle) yang boleh digunakan:
🚌 Hub Bandar Kuantan- Stadium & UTC 🅿️ 🚌 Kuantan City Mall 🚌 East Coast Mall 🚌 Masjid Negeri 🚌 Menara 188 🚌 Esplanade Kuantan 🚌 Hospital Besar Kuantan 🚌 Majlis Bandraraya Kuantan/ Dataran Sayangi Kuantan 🚌 LHDN Kuantan 🚌 Kuantan Parade 🚌Jalan Bukit Ubi Maklumat Lanjut Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi MADANI Malaysia. Atau, ikuti FACEBOOK rasmi Malaysia MADANI.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/program-madani-rakyat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=program-madani-rakyat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Madani Rakyat Zon Timur Bermula Pada 5 Hingga 7 Julai Di Dataran Sayangi Kuantan

Program Madani Rakyat Zon Timur Bermula Pada 5 Hingga 7 Julai Di Dataran Sayangi Kuantan

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 192 hits
PUTRAJAYA Program MADANI Rakyat 2024 bagi Zon Timur merangkumi Pahang Terengganu dan Kelantan akan diadakan di Dataran Sayangi Kuantan Pahang selama tiga hari bermula 5 Julai ini Program MADANI Rakyat dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri...
Pdrm Beri 50 Diskaun Saman Trafik Pada 5 7 Julai Sempena Program Madani Rakyat 2024 Di Kuantan

Pdrm Beri 50 Diskaun Saman Trafik Pada 5 7 Julai Sempena Program Madani Rakyat 2024 Di Kuantan

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 114 hits
KUANTAN Polis DiRaja Malaysia bakal menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 50 pada 5 hingga 7 Julai 2024 Ia adalah sempena penganjuran Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur yang berlangsung di Dataran Sayangi Kuantan Pahang Di mana kaunter...
Contoh Soalan Dan Jawapan Ujian Psikometrik Spa Sesi Julai 2024

Contoh Soalan Dan Jawapan Ujian Psikometrik Spa Sesi Julai 2024

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 92 hits
Contoh Soalan dan Jawapan Ujian Psikometrik SPA Sesi Julai 2024 Dipanggil menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam pada bulan ini Tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil ujian psikometrik bulan ini Anda adalah calon yang b...
Mpfl 2024 Senarai Pasukan Jadual Perlawanan Keputusan Terkini Julai

Mpfl 2024 Senarai Pasukan Jadual Perlawanan Keputusan Terkini Julai

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 98 hits
MPFL Malaysia Premier Futsal League atau Liga Futsal Premier Malaysia adalah salah satu kejohanan futsal paling dinanti nantikan di Malaysia Sejak diperkenalkan MPFL telah berjaya menarik minat peminat futsal dari seluruh negara sekaligus m...
Kampung Chengal Lempong Dipilih Sebagai Kampung Angkat Madani Peringkat Kebangsaan 2024

Kampung Chengal Lempong Dipilih Sebagai Kampung Angkat Madani Peringkat Kebangsaan 2024

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 115 hits
KUANTAN Kampung Chengal Lempong di sini dipilih sebagai Kampung Angkat Madani Peringkat Kebangsaan 2024 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program Kampung Angkat Madani merupakan salah satu cara dilakukan kerajaan dalam menila...
Istiwa Adzam 15 Julai 2024 Cara Semakan Arah Kiblat Malaysia

Istiwa Adzam 15 Julai 2024 Cara Semakan Arah Kiblat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 229 hits
FENOMENA ISTIWA ADZAM DAN SEMAKAN ARAH KIBLAT DI MALAYSIA Pada 15 Julai 2024 Isnin bersamaan 9 Muharram 1446H 5 27 PM akan berlakunya fenomena Istiwa Adzam Istiwa A dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah Fenomena ini berl...
Keputusan Liga Super Malaysia 13 Julai 2024

Keputusan Liga Super Malaysia 13 Julai 2024

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 175 hits
Tiga perlawanan Liga Super berlangsung pada malam ini melibatkan kelab Sri Pahang FC NSFC Sabah FC JDT dan Perak FC Penang FC KEPUTUSAN PERLAWANANSri Pahang FC 0 0 NSFCSabah FC 0 0 JDTPerak FC 0 0 Penang FC
Semakan Kiblat Istiwa Adzam 15 Julai 2024 Malaysia

Semakan Kiblat Istiwa Adzam 15 Julai 2024 Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 155 hits
ISTIWA ADZAM 2024 DI MALAYSIA AYUH SEMAK ARAH KIBLAT PADA 15 JULAI 2024 INI Istiwa A dzam adalah satu fenomena di mana matahari transit atau berada di atas Kaabah yang berlaku dua kali setahun Keadaan ini membolehkan orang ramai di negara i...
The Hardest Singing Show Siapakah Akan Bergelar Juara Konsert Akhir Pada 13 Julai 2024

The Hardest Singing Show Siapakah Akan Bergelar Juara Konsert Akhir Pada 13 Julai 2024

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 209 hits
Dari sembilan penyanyi hebat hanya tinggal enam penyanyi yang melangkah ke final THSS yang akan berlangsung pada 13 Julai ini Siapakah akan bergelar juara The Hardest Singing Show yang akan bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB...
What Is Driving The Ringgit Rally

Betul Ke Makan Malam Boleh Buat Kita Gemuk Fakta Atau Mitos

Vaksin Arexvy Untuk Melindungi Warga Emas Dari Penyakit Rsv Telah Diluluskan

Nikmati Keenakan Lovns Coffee Dengan Keunikan Signature Cup

Kopi Liberika Kalimantan Barat Keunikan Rasa Dan Perbedaannya Dengan Arabica Dan Robusta

Western Food Murah Portion Besar Wajib Pergi

Sempat Presiden Pas Menulis Catatan Kenagan Al Hamdulillah

Senarai Kelas Lesen Memandu B Penuh Seluruh Malaysia Terkini


echo '';
Mr Hiiragi s Homeroom Info Dan Sinopsis Siri Jepun Kini Diadaptasi Sebagai Drama Berepisod Malaysia Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Di Astro Ria Sooka

5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat


Pesara Guru Maut Ditikam Anak Suspek Lari Sebelum Ditemukan Meninggal Dunia

M Sia Berhak Ada Hubungan Dengan Pelbagai Pihak Termasuk Rusia

Polis Siasat Kes Buli Babit Anak Tam Spider

Kim Seon Ho Jadi Duta Produk Pembersih Mr Muscle Boleh Menang Trip Ke Korea

Mpox Vaccination Kicks Off In Drc After 859 Deaths This Year

Pempengaruh Buat Aksi Drift Di Lebuh Raya Mengaku Bersalah Didenda Rm3 000