Mengkritik Boleh Jangan Maki Hamun Dan Guna Pula Isu Agama Dan Raja


 


TAHNIAH HASSAN KARIM…


1 December 2024


Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam memutuskan tiada tindakan akan  diambil terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim atas tindakannya mengkritik Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


“MPP ada membincangkan isu laporan disiplin terhadap Hassan dan diputuskan tiada tindakan lanjut diambil terhadapnya,” kata Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.


Pada 21 November lalu, Hassan mengesahkan beliau akan mengadap Lembaga Disiplin parti berhubung kenyatannya mengkritik  keputusan kerajaan melantik U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua. 


Beliau dilaporkan berdepan dua pertuduhan – pertama, mengaitkan pemberian kontrak itu dengan amalan kroni kapitalisme oleh kerajaan madani serta Perdana Menteri dan kedua, menghina Yang Di-Pertuan Agong yang turut memiliki saham dalam syarikat U Mobile itu.


Tindakan Hassan membuat kenyataan terbuka berkenaan pemberian kontrak itu dianggap telah merosakkan imej parti dan mencemar nama kerajaan madani serta Perdana Menteri.


Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, terdapat aduan daripada ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sendiri terhadap Hassan yang menyebabkannya dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti.


Beliau berkata, aduan itu disampaikan sendiri oleh pengadu berkenaan kepadanya.


“Oleh itu, saya telah memajukannya kepada Lembaga Disiplin supaya perkara berkenaan dapat disiasat,” ujar Fuziah tanpa mendedahkan identiti pengadu berkenaan.


Selepas dipanggil mengadap Lembaga Disiplin PKR pada 21 November lalu, Hassan ada memberitahu, beliau mungkin berdepan tiga tindakan – diberi amaran keras, digantung keahlian atau dipecat.


Namun Hassan bertegas tidak akan membuat  sebarang rayuan, walau apa pun jenis hukuman yang dijatuhkan kepadanya.


Adalah difahamkan Lembaga Disiplin PKR dikatakan telah mencadangkan suatu tindakan diambil terhadap Hassan kerana kritikannya kepada Anwar itu sudah kerap kali dilakukan.


Tindakan yang dicadangkan itu adalah sebagai pengajaran kepada Hassan dan juga kepada mereka yang lain.


Namun, nampaknya Anwar yang mempengerusikan MPP semalam tidak mengambil serius syor Lembaga Disiplin itu, lalu beliau akhirnya dibebaskan daripada sebarang tindakan.


Hassan merupakan satu-satunya Ahli Parlimen PKR yang berani dan konsisten mengkritik Anwar dalam beberapa perkara berkaitan keputusan kerajaan sejak Presiden PKR itu memegang jawatan Perdana Menteri.


Suatu ketika beliau sendiri mendedahkan telah dihubungi oleh Anwar yang memberi lampu hijau kepadanya untuk terus bersuara mengkritik kerajaan, asalkan jangan menyentuh isu 3R.


Tetapi kata Hassan, beliau kadang-kala terlanggar juga pesanan Anwar itu.


Melalui keputusan MPP semalam, Hassan bukan saja boleh menarik nafas lega, bahkan membuktikan kritikannya di mata Anwar adalah kritikan yang membina, bukan untuk membinasa.


Semoga beliau terus berani bersuara dalam isu-isu yang Ahli Parlimen PKR/PH lainnya lebih suka memilih jalan  menyokong apa saja atau selesa berdiam diri seolah-olah hati nurani mereka tidak tersentuh apa-apa.


Tahniah dan syabas kepada Hassan kerana jalannya yang berbeza tapi jiwanya kekal sama kritikal seperti dulu. – ShahbudinHusin 01Disember2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/12/tahniah-hassan-karim/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/mengkritik-boleh-jangan-maki-hamun-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Lah Jadi Pemanjang Fitnah Isu Harta P X

Jangan Lah Jadi Pemanjang Fitnah Isu Harta P X

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 258 hits
Tabayyunlah jangan jadi pemanjang fitnahPada 7 Mac 2019 Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar perisytiharan harta bernilai RM10 7 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagaimana yang diminta oleh Kerajaan Pakatan Harapan ...
Mp Pas Ini Disaran Jangan Jadi Seperti Pesuruhjaya Pas Perak Yang Boleh Dianggap Sebagai Pemfitnah Bersiri

Mp Pas Ini Disaran Jangan Jadi Seperti Pesuruhjaya Pas Perak Yang Boleh Dianggap Sebagai Pemfitnah Bersiri

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 758 hits
Mastura perlu amal apa diungkapkanIskandar FareezSURAT Saya menyarankan Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad agar tidak mengikut jejak langkah Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang boleh dianggap sebagai pemfitnah bersiri Ra...
Dulu Hang Maki Orang La Orang Maki Hang Jangan La Hang Sentap Dunia Ni Macam Tu Ja Putaq Dia

Dulu Hang Maki Orang La Orang Maki Hang Jangan La Hang Sentap Dunia Ni Macam Tu Ja Putaq Dia

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 177 hits
Desa HMKepala bapak ni punya pembohong Dia bebas sebab hari tu Tuanku Ampunkan dia ja Dulu punya pembohong kata orang nak jatuhkan dia serupa dajay cucu matloh tongkang ni
Ampunilah Dosa Qazaf Maki Hamun Fitnah Terhadap Hambamu Semoga Bala Banjir Ini Terhenti Juga Terhadap Afnan Hamimi

Ampunilah Dosa Qazaf Maki Hamun Fitnah Terhadap Hambamu Semoga Bala Banjir Ini Terhenti Juga Terhadap Afnan Hamimi

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 167 hits
Ya Allah Ampunilah dosa di antara kami dosa melaknat sesama muslim dosa Qazaf dosa maki hamun dosa binatangkan orang dan semua dosa yang antara kami lakukan Ya Allah Sesungguhnya kami meyakini dari Firman Mu atas dosa inilah ia mengundang b...
Nak Berjimat Pun Salah Baik Jadi Kerajaan Menyakaw Dan Tunggang Agama Lebih Mudah Dan Dibanggakan Pula

Nak Berjimat Pun Salah Baik Jadi Kerajaan Menyakaw Dan Tunggang Agama Lebih Mudah Dan Dibanggakan Pula

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 241 hits
ANWAR JANGAN JADIKAN PESAWAT RASMI KERAJAAN MACAM BAS PERSIARAN22 November 2024Barangkali kerana ada sedikit rasa bersalah disebabkan terlalu kerap ke luar negara sedangkan ekonomi dan pendapatan negara tidak pun bertambah berlipat kali gan...
Padu Ustaz Kg Rusila Tibai Pas Sedarkan Pemimpin Pas Salah Guna Agama

Padu Ustaz Kg Rusila Tibai Pas Sedarkan Pemimpin Pas Salah Guna Agama

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 171 hits
Ustaz kampung rusilla bekas imam masjid rusila mengkritik dan menghentam parti pas parti kononnya memperjuangkan agama islam tetapi sebaliknya perjuangan mereka menonjolkan mereka memperjuangkan agama islam malah cara mereka menjatuhkan mar...
Lain Kali Jangan Hantar Air Bersih Tu Bukan Minuman Mereka Mereka Suka Air Selut Boleh Jadi Mb

Lain Kali Jangan Hantar Air Bersih Tu Bukan Minuman Mereka Mereka Suka Air Selut Boleh Jadi Mb

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 256 hits
Lori air Selangor dihantar ke Kelantan dipancitkan penduduk ketika hulur bantuanSITI NUR ZAWANIDecember 8 2024Lori tangki air milik Syarikat Air Selangor yang dihantar ke Kelantan didakwa telah dipancitkan oleh individu tidak bertanggungjaw...
Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Why Malaysia Must Remain A Multilingual Nation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak