Jangan Lah Jadi Pemanjang Fitnah Isu Harta P X




 Tabayyunlah, jangan jadi pemanjang fitnah



Pada 7 Mac 2019, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar perisytiharan harta bernilai RM10.7 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagaimana yang diminta oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu. Perisytiharan harta ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memastikan ketelusan dalam kalangan anggota Kabinet dan Ahli Parlimen.


Perisytiharan ini tidak mendatangkan sebarang isu pada waktu itu kerana ia disertai dengan penjelasan terperinci mengenai bagaimana aset tersebut diperoleh. Sebahagian besar nilai asetnya adalah berdasarkan anggaran semasa hartanah miliknya, iaitu:
• Rumah di Bukit Segambut bernilai RM9.5 juta yang pada asalnya dibeli pada harga RM4.5 juta hasil daripada penjualan rumah di Bukit Damansara pada tahun 2005.
• Tanah di Permatang Habib, Mukim Penor, Kuantan, Pahang, yang dibeli pada tahun 1974 dengan harga RM7,000 dan kini dianggarkan bernilai RM420,000.


Aset-aset ini diperoleh secara sah dan boleh dibuktikan melalui dokumen jual beli dan rekod kewangan yang sah.


Pada masa itu, perisytiharan harta Datuk Seri Anwar Ibrahim ini tidak menjadi isu kerana ramai anggota Kabinet dan Ahli Parlimen PH mempunyai nilai aset yang jauh lebih tinggi. Contohnya ialah:
• Datuk Dr R Santhara Kumar (Segamat): RM132.1 juta.
• Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas): RM77.0 juta.
• Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi): RM32.3 juta.
• Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun): RM25.1 juta.
• Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (Alor Gajah): RM23.0 juta.
• Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin: RM15.3 juta.
• Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh): RM14.3 juta.


Perisytiharan harta oleh anggota kerajaan PH pada ketika itu juga dipuji oleh rakyat kerana ia memperlihatkan komitmen kepada ketelusan dan integriti, sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh kebanyakan pemimpin pembangkang.


Namun, baru-baru ini, data yang sama telah disalahgunakan untuk menyebarkan tuduhan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah "pemimpin ke-17 terkaya di dunia," dengan gambaran seolah-olah hartanya diperoleh secara tidak sah. 


Secara logiknya, tuduhan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin ke-17 terkaya di dunia adalah tidak masuk akal. Jika dibandingkan dengan pemimpin lain di Malaysia sendiri, nilai aset Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah antara yang tertinggi. Bagaimana mungkin beliau tergolong dalam senarai pemimpin terkaya dunia?


Penyebaran tuduhan tidak berasas ini adalah contoh klasik fitnah yang boleh merosakkan kredibiliti individu tanpa bukti yang sah. Dalam Islam, fitnah adalah dosa besar. Rasulullah SAW bersabda:
"Memadailah seseorang itu dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya." (Riwayat Muslim, no: 4482).


Hadis ini mengajar umat Islam agar berhati-hati sebelum menyampaikan sesuatu berita dan memastikan kebenarannya.  Tindakan menyebarkan maklumat tanpa menyiasat kebenarannya tidak hanya mencemarkan nama baik individu tetapi juga meruntuhkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem politik dan institusi negara.


Menyebarkan berita tanpa tabayyun (penyiasatan) bukan sahaja berdosa, malah boleh mengakibatkan kerosakan besar kepada masyarakat. Sebab itu penting untuk rakyat mengamalkan sikap tabayyun (semak fakta) sebelum mempercayai dan menyebarkan maklumat. Dengan memastikan kesahihan sesuatu berita, kita dapat mengelakkan penyebaran fitnah yang merosakkan perpaduan dan kestabilan negara.


Kritik Dasar, Bukan Serangan Peribadi


Perbezaan pandangan dalam politik adalah perkara biasa, namun ia perlu dilaksanakan secara matang. Serangan peribadi, terutama dengan menyebarkan fitnah, adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat.


Kritikan terhadap pemimpin adalah dibenarkan dalam sistem demokrasi, tetapi ia harus tertumpu kepada dasar-dasar yang diperkenalkan, bukannya menyerang peribadi atau menimbulkan tuduhan tidak berasas. Sebagai contoh, jika ada pihak yang tidak bersetuju dengan dasar ekonomi yang diperkenalkan Perdana Menteri, ia wajar dibincangkan secara fakta dan ilmiah, bukan dengan mencipta naratif palsu tentang kekayaan peribadinya.


Dalam usaha membangunkan negara, politik matang adalah keperluan yang mendesak. Pemimpin-pemimpin parti politik, khususnya parti Islam, perlu menunjukkan teladan yang lebih baik berbanding parti-parti lain, termasuk parti sekular. Fitnah dan serangan peribadi tidak wajar menjadi senjata dalam politik. Pemimpin yang mendukung nilai-nilai Islam seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat dengan menyampaikan kebenaran dan mempraktikkan prinsip tabayyun dalam menyampaikan berita.


Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang giat berusaha menjalin hubungan baik dengan kerajaan-kerajaan negeri, termasuk yang berada di bawah pentadbiran parti pembangkang. Ini adalah langkah bijak untuk memastikan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


Namun, usaha sebegini boleh terganggu jika terdapat unsur-unsur fitnah dan politik tidak matang yang cuba memecah-belahkan perpaduan. Kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri memerlukan kepercayaan, dan fitnah hanya akan merosakkan asas kepercayaan ini.


Dalam dunia yang serba pantas dan penuh maklumat ini, penting untuk masyarakat mengamalkan sikap tabayyun atau menyiasat kebenaran sesuatu berita sebelum mempercayai dan menyebarkannya. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6:
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."


Fitnah yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah contoh jelas bagaimana maklumat yang tidak berasas boleh mempengaruhi persepsi masyarakat. Adalah penting untuk semua pihak, sama ada ahli politik mahupun rakyat biasa, memainkan peranan dalam menegakkan kebenaran dan mengelakkan politik kebencian.


Ahli-ahli politik khasnya harus menunjukkan teladan berpolitik secara matang tanpa menggunakan fitnah sebagai alat politik. Dengan mengamalkan prinsip tabayyun, masyarakat dapat mengelakkan diri daripada menjadi penyebar fitnah dan memastikan bahawa politik negara kekal berlandaskan kebenaran dan keadilan.


Dato' Ahmad Farhan Fauzi
Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/jangan-lah-jadi-pemanjang-fitnah-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengkritik Boleh Jangan Maki Hamun Dan Guna Pula Isu Agama Dan Raja

Mengkritik Boleh Jangan Maki Hamun Dan Guna Pula Isu Agama Dan Raja

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 99 hits
TAHNIAH HASSAN KARIM 1 December 2024Majlis Pimpinan Pusat PKR yang bermesyuarat semalam memutuskan tiada tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim atas tindakannya mengkritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim MPP ad...
Selepas Fitnah Dijawab Pmx Mainkan Isu Kos Lawatan Siapa Danai Lawatan

Selepas Fitnah Dijawab Pmx Mainkan Isu Kos Lawatan Siapa Danai Lawatan

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 118 hits
Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara baru baru ini telah didanai dengan subsidi sektor swasta yang turut menyertai delegasi beliau Syarikat syarikat seperti Petronas Sapura Energy Yinson dan Proton mena...
Mp Pn Hidup Dengan Fitnah Dewan Panas Respon Terkini Ds Saifuddin Fit

Mp Pn Hidup Dengan Fitnah Dewan Panas Respon Terkini Ds Saifuddin Fit

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 116 hits
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution memberi amaran keras kepada pihak yang berlebihan memainkan isu kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf Israel Beliau menyatakan rasa kesal kerana individu yang memain...
Video Fitnah Anwar Berkait Israel Dirujuk Ke Bukit Aman

Video Fitnah Anwar Berkait Israel Dirujuk Ke Bukit Aman

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 199 hits
Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat membuat laporan mendakwa akaun Papa Berry Studio di YouTube menghasut orang Islam berkait temu ramah perdana menteri dengan CNN KUALA LUMPUR Gabungan 20 NGO Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial ...
Kes Membodohkan Rakyat Laporan Polis Untuk Kaki Fitnah Dan Pembelit

Kes Membodohkan Rakyat Laporan Polis Untuk Kaki Fitnah Dan Pembelit

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 104 hits
Tuaran SabahLebai PAS Pembohong dan Pemutar Najis Fitnah Demi Kuasa Kita hidup di zaman pembangkang yang tidak segan silu menabur fitnah dan memutar belit fakta demi kelangsungan politik mereka Dalam isu Israel dan Palestin Lebai PAS sekali...
Wartawan Maut Ditembak Selepas Siasat Isu Pembalakan Haram

Wartawan Maut Ditembak Selepas Siasat Isu Pembalakan Haram

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 104 hits
AFPPHNOM PENH Seorang wartawan Kemboja yang sedang melakukan siasatan mengenai isu aktiviti pembalakan haram di wilayah Siem Reap maut ditembak pada Rabu lalu Ketua Polis Wilayah Siem Reap Huoth Sothy berkata Chhoeung Chheung 63 bertugas de...
Road Tested Open Face Helmets From Biltwell Holyfreedom And Hedon

Masa Ada Jawatan Pun Tak Leh Harap

Kenyalang Gold Card Permohonan Manfaat Untuk Warga Emas

Amira Othman Bila Nak Nikah Chord

Mahalini Mencintaimu Chord

Healthcare Inflation In Malaysia Are We Paying Too Much

Lirik Lagu Hilangmu Tak Terganti Tajul Afieq Shazwan

Will Trump 2 0 Make America Grate Again


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe


Pakej Insentif Js Sez Mendorong Pelaburan Bernilai Tinggi Ke Johor

Panduan Menghadapi Penerbangan Yang Dibatalkan Atau Ditunda

Pahang Aktiviti Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Jangkitan Hand Foot Mouth Disease

Perhimpunan Profesionalisme Daerah Kulai Bil 4 Sesi 2024 2025

Video Tular Sumbat Kucing Hidup Hidup Dalam Guni