Nak Berjimat Pun Salah Baik Jadi Kerajaan Menyakaw Dan Tunggang Agama Lebih Mudah Dan Dibanggakan Pula






 ANWAR JANGAN JADIKAN PESAWAT RASMI KERAJAAN MACAM BAS PERSIARAN


22 November 2024


Barangkali kerana ada sedikit rasa bersalah disebabkan terlalu kerap ke luar negara, sedangkan ekonomi dan pendapatan negara tidak pun bertambah berlipat kali ganda, Perdana Menteri lantas memilih pendekatan lain untuk mengurangkan beban kos pesawat rasmi kerajaan yang digunakannya.


Ia ialah dengan cara mengajak syarikat-syarikat swasta yang ikut serta dalam lawatannya ke luar negara itu untuk sama-sama menaiki  pesawat rasmi kerajaan, tetapi dikehendaki membayar kos perjalanannya.


Memberitahu Dewan Rakyat semalam, Anwar Ibrahim berkata, sekitar 70 hingga 80 peratus perbelanjaan perjalanan dan lawatan rasminya  ke lima negara baru-baru ini adalah ditanggung oleh syarikat swasta yang turut dalam lawatannya.


“Saya lihat kos perjalanan selalunya agak tinggi. Jadi, kali ini apa yang kita lakukan adalah dengan kerjasama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz).


“Kita  undang syarikat-syarikat terbabit umpamanya Petronas, Sapura Energy, Yinson, Proton dan syarikat semikonduktor (tidak dinamakan nama syarikatnya)  yang mengikuti rombongan untuk ikut serta dan mereka  bayar tambang dan kos.


“Jadi, maknanya tak salah saya sekitar 70 hingga 80 peratus kos penerbangan ditanggung oleh syarikat yang ikut serta dalam lawatan itu,” katanya.


Pendekatan lain yang cuba dilakukan Anwar ini adalah sesuatu yang salah dan tidak wajar kerana pesawat rasmi kerajaan adalah untuk kegunaan rasmi Perdana Menteri ketika melakukan lawatan ke luar negara.


Tindakan membawa syarikat swasta memungkikan wujudnya konflik kepentingan yang ketara, di samping menjadikan pesawat rasmi kerajaan seperti bas persiaran atas bas RapidKL yang boleh dinaiki oleh sesiapa saja.


Selain Perdana Menteri, pesawat rasmi kerajaan hanyalah untuk kegunaan Yang Di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Timbalan Perdana Menteri.


Membawa wakil atau peneraju syarikat swasta menaiki pesawat rasmi kerajaan bersama Perdana Menteri dalam lawatan rasmi ke luar negara tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.


Ketika Perdana Menteri melawat ke luar negara, pesawat itu sepatutnya eksklusif untuk kegunaan Perdana Menteri dan yang mereka yang dibenarkan secara rasmi oleh saja, bukan untuk diajak mana-mana orang atau syarikat swasta dan dikehendaki pula membayar sebahagian kos untuk turut sama menaikinya.


Bukankah pada Disember 2022 lalu kerajaan sendiri mengeluarkan arahan bahawa lawatan rasmi penjawat awam ke luar negara tidak boleh ditaja oleh syarikat swasta?


Tun Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri, jangankan syarikat swasta atau ahli perniagaan, anak-anaknya pun tidak pernah merasa menaiki pesawat rasmi kerajaan yang dinaikinya.


Mengajak wakil atau peneraju syarikat swasta menaiki pesawat rasmi dan mereka akhirnya membayar tambang serta kos dan akhirnya menjadikan antara 70 hingga 80 peratus kos penerbangan ditaja oleh swasta, selain menjadikan Anwar melanggar arahan kerajaan, malah dengan sendirinya menjadikan tatakelola sudah bertukar menjadi tatakelaut.


Apakah budi menaja sehingga 80 peratus kos penerbangan itu percuma begitu saja dan syarikat swasta berkenaan tidak mengharapkan apa-apa balasan?


Sebenarnya Anwar tidak perlu risau berkenaan kos tinggi akibat penggunaan pesawat rasmi setiap kali beliau melakukan lawatan rasmi ke luar negara.


Beliau juga tidak perlu ada rasa bersalah dengan kos penerbangan yang tinggi itu kerana itu memang kelayakan seorang Perdana Menteri yang bertugas demi negara.


Semua kita faham perkara itu, asal saja lawatan ke luar negara itu membawa hasil yang baik kepada negara dan bukan untuk hore-hore.


Jika Anwar mahu sangat berjimat dan benar-benar sayang duit kerajaan, adalah lebih baik beliau memilih pesawat komersial saja setiap kali melawat ke luar negara.


Nak jimat lagi, jangan ambil kelas pertama atau kelas perniagaan, tetapi naiklah kelas ekonomi atau lagi berjiwa marhaen jika memilih syarikat penerbangan tambang murah dan sanggup menunggu sebelum Subuh lagi di KLIA2 untuk terbang ke mana-mana negara.


Lebih membimbangkan, tindakan membawa syarikat swasta ini, jika berterusan hanya meletakkan Perdana Menteri sentiasa dikelilingi golongan mahakaya ketika di udara setiap kali beliau melakukan lawatan ke luar negara dan sewaktu berjam-jam di udara itu pula tidak mustahil macam-macam perbincangan, malah mungkin kelulusan perniagaan pun turut dilakukan.


Inikah tatakelola kerajaan madani yang dibangga-banggakan? – ShahbudinHusin 22November2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/11/anwar-jangan-jadikan-pesawat-rasmi-kerajaan-macam-bas-persiaran/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/nak-berjimat-pun-salah-baik-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didapati Peniaga Bukan Islam Salah Guna Simbol Islam Kerajaan Akan Denda Rm1 Juta Atau Penjara 3 Tahun

Didapati Peniaga Bukan Islam Salah Guna Simbol Islam Kerajaan Akan Denda Rm1 Juta Atau Penjara 3 Tahun

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 236 hits
Melalui laporan Malay Mail kini peniaga bukan Islam di dalam pengawasan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas diberi amaran susulan salahguna simbol Islam untuk kaburi mata pelanggan Peniaga bukan Islam dilarang gu...
Fazura Akui Lebih Bahagia Selepas Bercerai Bukan Nak Riak Tapi

Fazura Akui Lebih Bahagia Selepas Bercerai Bukan Nak Riak Tapi

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 195 hits
Aktres Fazura akhirnya dapat hak jagaan anak sepenuhnya selepas bekas suami yang juga aktor Fattah Amin turut bersetuju dalam urusan hadanah Memetik portal mStar Online peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan hak penjagaan anak k...
Dahlah Abang Ipar Tak Kerja Tapi Nak Kahwin Mentua Pula Suruh Suami Tanggung Kos Majlis Dia

Dahlah Abang Ipar Tak Kerja Tapi Nak Kahwin Mentua Pula Suruh Suami Tanggung Kos Majlis Dia

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 186 hits
Seorang wanita tidak dapat menahan sebak ketika melihat suami yang sebelum ini terlihat gagah tiba tiba menitikkan air mata jantan di dalam pelukannya Hati wanita bergelar isteri itu juga hancur berkecai apabila diberitahu mengenai punca se...
Hiburan Lebih 30 Rakyat Malaysia Akui Lebih Sukar Nak Cari Pekerjaan Berbanding Cari Pasangan Hidup

Hiburan Lebih 30 Rakyat Malaysia Akui Lebih Sukar Nak Cari Pekerjaan Berbanding Cari Pasangan Hidup

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 458 hits
Melalui laporan sebanyak 34 rakyat Malaysia yang membuat tinjauan pasaran pekerjaan bersama Jobstreet by SEEK mengakui kini lebih susah mahu mencari pekerjaan yang bersesuai berbanding mencari pasangan hidup Terlalu mencabar nak cari kerja ...
Tiada Cara Yang Lebih Baik Untuk Mengakhiri Pengembaraan Langkawi Anda Selain Menikmati Matahari Terbenam Yang Sempurna

Tiada Cara Yang Lebih Baik Untuk Mengakhiri Pengembaraan Langkawi Anda Selain Menikmati Matahari Terbenam Yang Sempurna

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 257 hits
Apa yang lebih baik untuk mengakhiri pengembaraan anda di Langkawi selain menyaksikan matahari terbenam yang sempurna di lokasi terbaik di pulau ini Maha Tower yang menghadap ke Laut Andaman adalah permata langit Langkawi menawarkan pemanda...
Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Board Game Caf S The Analog Social Scene Redefining Pop Culture

Awie Riez Luka Chord

Revealed The Hyper Exclusive Mv Agusta Superveloce 1000 Ago

Dituduh Jumpa Bomoh Siam Sebab Tiada Job Penyanyi Wanita Buat Laporan Polis

Umdap A Figment Of Opposition S Imagination Says Umno S Asyraf


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tv Alhijrah Pilih Karnival Al Falah Madani Sebagai Pentas Sambutan Ulang Tahun Ke 15

Mengejutkan Covid 19 Kembali Ke Malaysia Kematian Pertama Pada Tahun 2025

Anak Bongsu Istimewa Rahmad Mega Meninggal Dunia

Imah Nini Coffee Kitchen Menyeruput Nostalgia Di Tengah Kota Bogor

Betul Ke Hypothyroid Penyebab Rasa Letih Melampau

Masak Guna Kuali Periuk Stainless Steel