Menginap Satu Malam Di Mudzaffar Hotel Melaka


 Assalamualaikum WBT 


DUA minggu lepas, anak saudara Pak Inche, Zariz telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mira di Klang, Selangor. Esok, majlis di pihak lelaki akan berlangsung pula di Shah Alam. Petang semalam, Sk dan Pak Inche telah memulakan perjalanan ke Shah Alam untuk menghadiri resepsi Zariz dan Mira tapi macam biasalah, perjalananan 5 jam boleh jadi 2 hari kalau dengan PI, hahahaha.




Transit satu malam di Mudzaffar Hotel Melaka. Sebelum buat keputusan untuk menginap di sini terlebih dahulu bertanya harga penginapan satu malam di Royal Chulan Seremban (RM270) dan Klana Resort Seremban (RM220) lalu diputuskan untuk menginap di Klana Resort.  Tapi semalam, balik kerja, PI kata, tak jadi menginap di Klana tapi di Mudzaffar Hotel Melaka, dapat RM202. Aaa.. suka hati laaaa Pak Incheee





Cantik Mudzaffar Hotel ni tapi bila terlalu banyak corak jadi serabut pun iya jugak ditambah lagi kurang pencahayaan dalam bilik hanya mengharapkan pada lampu siling yang malap




Rekabentuk bilik air agak unik. Ada pilihan tab mandi dan ruang pancuran jugak dan ruang pancuran terletak di bahagian belakang sinki ni. Boleh main pusing-pusing gitu, hahaha. Tumpang lalu ya wak WP, hari ni Sk masukkan gambar bilik air, hehehe

Cuma tekanan air kurang laju dan paling tak boleh terima, tak ada peti sejuk dalam bilik. Ruang letak fridge ada tapi kosong (lupa ambil gambar). Pada mulanya kami ingat, mereka tersalah bagi bilik tapi bila kami buat aduan, staf hotel beritahu memang mereka tak sediakan peti sejuk. Belum pernah lagi setakat ni Sk menginap di hotel yang tak sediakan peti sejuk, kalau hotel bajet tu lain la, memang tak ada. Selain peti sejuk, hair dryer pun tak ada ya, tapi seterika dan papan penggosok lengkap. Satu lagi, tisu muka dan laundry bag juga tak diletakkan dalam bilik, hurmm.. malas pulak nak memanggil housekeeping hantar





Malam tu PI ajak makan Nasi Lemak. Aduhhhh.. dia ni, sikmak.. sikmak.. tapi Sk turutkan aje la. Kami makan di Nasi Lemak Warisan Mak Sarah. Sk ambil lauk Hati Lembu Masak Rempah, sedap hati tu cuma sejuk dan nasi lemak kurang Lemak, mujurlah sambal nasi lemak sedap




Dalam perjalanan ke Melaka, kami singgah di RnR Machap. PI makan Bihun Soto dan Sk makan Mee Bandung sebab Soto Nasi habis. Mula kecewa jugak tengok rupa Mee Bandung tu tapi bila PI menyudu ke mulut dia kata sedap. Sk pun suap, yaaaa.. sedap, cuma sedikit manis. Tapi memang sedaplah sampai licin mangkuk Sk, hahahaha. Tu la yang malamnya pergi makan nasi lemak aje



Penginapan di Mudzaffar Hotel termasuk sarapan untuk dua orang. Tenang-tenang jer sarapan kat Makan-Makan Cafe sebab tak ada orang cuma beberapa tetamu sahaja yang ada. Pinggan pertama Sk tentunya tema barat manakala PI makan nasi lemak (lagi???). Bila Sk tanya sedap tak, PI juih bibir maka faham laaaa.




Ada lontong, haruslah ambil semangkuk! Sayur kuah lodeh buat syarat ajelah, kuat jugak rasa serbuk kunyit tapi masih boleh diterima dan tidak mengecewakan



Bread Butter Pudding w Custard Sauce yang sedap. Banyak pilihan sarapan di sini, ada pelbagai pastri, France Toast, nasi goreng, mihun goreng, mee Soto, bubur nasi, pelbagai pilihan Bijirin dan juga buah-buahan memang lengkap semuanya



Lepas sarapan, masuk bilik kemas beg dan terus check out. PI ada kerja nak kena selesaikan dan kami kena singgah di Seremban. Macam gitu lah jika bercuti di hari kerja, kita layankan saja. Ambillah satu gambar kenangan di depan tangga ni, rasanya lain kali macam tak menginap di sini lagi kot, hehehe



Ajak PI singgah Coach Airways di Freeport A'Famosa Outlet, dia pulak melayan kita tapi masalahnya satu aje la, dia malas nak ambilkan gambar. Kita terima sajalah gambar yang dia snap ni seadanya, heheheh. Singgah sini semata nak ambil gambar ya, bukan shopping, hahahah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/07/menginap-satu-malam-di-mudzaffar-hotel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Di Hotel Metrasquare Dan Ames Hotel Ayer Keroh Melaka

Bercuti Di Hotel Metrasquare Dan Ames Hotel Ayer Keroh Melaka

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 222 hits
Hi Korang Walaupun kak lily ni orang Melaka tapi nak jalan ke bandar Melaka pun ikut waze so camnelah kaedahnyer kan Disebabkan cuti Awal Muhaharram yang kitaorang tak de tujuan tuh planlah untuk merehatkan diri seketika untuk hilangkan str...
Doubletree By Hilton Melaka 2 Hari 1 Malam

Doubletree By Hilton Melaka 2 Hari 1 Malam

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 273 hits
9 March 2024 10 March 2024 Lepas makan kat menantu terus drive gi double tree Melaka check in Ni pestime makcik duk double tree Melaka Bilik mcm luas sikit dari double tree KL ngan double tree i city Kalau tak silap mata makcik Menantu book...
Beda Dari Biasanya Kirab Pusaka Peringati Malam Satu Suro Di Keraton Surakarta

Beda Dari Biasanya Kirab Pusaka Peringati Malam Satu Suro Di Keraton Surakarta

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 99 hits
Sejumlah pusaka termasuk belasan kerbau bule keturunan Kiai Slamet akan diarak keliling tembok luar istana
Menginap Di Bali Residence Melaka 2d1n

Menginap Di Bali Residence Melaka 2d1n

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 86 hits
nbsp MENGINAP DI BALI RESIDENCE MELAKA 2D1N Kali ni umi menginap di Bali Residence Melaka dan kebiasaannya beginilah kami bila balik Melaka Dan Bali Residence ni memang kawasan yang strategik yang berdekatan dengan Bandar Melaka Walaupun um...
3 Hari 2 Malam Di Doubletree By Hilton Johor Bahru Hotel

3 Hari 2 Malam Di Doubletree By Hilton Johor Bahru Hotel

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 327 hits
Hi Korang Walaupun dah lama tinggalkan Johor Bahru sebab pindah tapi tetap di hati hehheheSo memang setiap beberapa bulan sekali kak lily akan ke Jb untuk melawat sanak saudara dan rakan rakan dan setiap kali itulah kak lily akan menginap d...
Menginap 3 Hari 2 Malam Di Mimpi D View Homestay Kuala Terengganu

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Mimpi D View Homestay Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 278 hits
Mudahnya nak check in mana mana homestay sekarang Tuan rumah hanya perlu bagi arahan dan kita ikut saja tanpa berjumpa tuan rumah untuk dapatkan dan tinggalkan kunci rumah Mudah sangat urusannya Adik ipar booking Mimpi D View Homestay di Ku...
Makan Makan Sedap Dan Mewah Sepanjang Menginap Di Hotel Moxy Putrajaya

Makan Makan Sedap Dan Mewah Sepanjang Menginap Di Hotel Moxy Putrajaya

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 271 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Hari tu Maha ada update tentang percutian di Maha kongsi pasal bilik dan segala aktiviti yang kami buat kat situkan Kali n...
Pengalaman Menginap Di Swiss Garden Hotel Residences Genting Highlands Hotel Yang Dekat Dengan Awana Skyway Genting

Pengalaman Menginap Di Swiss Garden Hotel Residences Genting Highlands Hotel Yang Dekat Dengan Awana Skyway Genting

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 188 hits
Assalamualaikum Macam nie lah kami bukan reti duduk rumah pun Ada je aktiviti nak buat Baru lepas kenduri kahwin adik kat Ipoh kami terus shot ke Genting Highland sebab ada kerja sikit kat atas sana Tapi itu esok So hari yang sama lepas che...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi