Makan Makan Sedap Dan Mewah Sepanjang Menginap Di Hotel Moxy Putrajaya


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Hari tu Maha ada update tentang percutian di Hotel Moxy Putrajaya. Maha kongsi pasal bilik dan segala aktiviti yang kami buat kat situkan. Kali ni Maha nak sambung lak posting kedua kat sana. Kali ni lebih menarik sebab ada banyak gambar makanan sedap-sedap. Sebab kat Moxy Putrajaya ini korang boleh makan sepanjang hari



Mereka ada sediakan bukan sahaja makan sarapan pagi. Kat restoran Three.6.5 yang ada dalam hotel tu korang boleh juga nikmati bufet makan malam. Bufet untuk Fun Tea dan juga Tea Set untuk minum petang. Sebab itu kalau menginap kat sini tak akan lapar

Lok Me Up Dinner
Hari pertama kami check-in masuk hotel malam tu kami dihidangkan dengan Lok Me Up Dinner Buffet. Bufet ini ada setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja dari jam 6.30petang hingga 10.30malam. Korang boleh makan sepuas-puasnya kat situ. Harga pun berpatutan bagi Maha kerana dengan jumlah makanan yang ada sangat berbaloi. Harga untuk dewasa RM120nett dan untuk kanak-kanak RM64nett




Bufet ini mengutamakan hidangan lebih daripada 30 jenis Lok-Lok atau orang kita panggil steamboat lah. Bila masuk tu ada kat stall yang depan sekali. Boleh pilih nak cucuk-cucuk tu direbus atau juga digoreng. Pastu makan pula dengan pilihan sos yang ada kat situ perhhh terbaik. Ada makan laut segar, ada fish ball, dan macam-macam lagi lah. 




Itu baru satu bahagian dalam bufet ini juga wajib cuba mereka punya Otak-otak Fried Kuey Teow. stall ni ada kat bahagian luar restoran kerena ia akan dimasak panas-panas bila ada order sahaja. Korang boleh tengok skill chef tu masak Kuey Teow memang best. Rasa pun sedap tak pedas sangat dan makan panas-panas perhhhh menganga





Juga ada stall khas untuk manis dengan Cromboloni buatan sendiri dan Air Pancut Coklat yang berbuih. Ini memang tempat wajib Maha akan pergi ambil semuanya. Juga kalau korang sempat ada eksperimen di gerai menyediakan Mocktail. Macam-macam mereka sediakan mocktail yang segar dan menyegarkan. Banyak lagi pilihan lain yang ada kalau nak western ada, nak makan nasi dengan lauk pauk pun ada atau juga yang nak makan mee pun macam-macam jenis. 



Selain makan semua pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan dari band dengan nyanyian lunak dan merdu. Bertambah selera lagi nak makan

Breakfast At Three.6.5
Malam tu memang kenyang makan baru sahaja check-in dah ada makanan. Untung juga duduk kat Moxy Putrajaya ini. Kemudian bangun pagi esoknya pula macam biasa hotel sediakan sarapan untuk pelanggan yang menetap dihotel mereka. Masih kat restoran  Three.6.5 yang sama juga di bahagian lobby hotel. Sarapan ini bermula dari jam 7.30pagi hingga 10.30pagi.
 




Sarapan pagi macam-macam ada dan Maha nak rekemen pada korang cuba mereka punya Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang. Tak besar saiz cukup untuk seorang makan dan memang terpaling sedap. Nasi Lemak yang cukup rasa santan dan juga kepedasan sambalnya. Juga ada bahan lain seperti kacang goreng, ikan bilis goreng dan telur rebus. Maha hari tu makan berbungkus-bungkus sedap






Sarapan lain pun ada juga kat situ kalau nak yang western, atau juga makan pastri dengan pelbagai jenis roti serta donat. Juga ada Dim Sum dan juga ada prata makan dengan kuah dhal atau kari terangkat. Jadi sarapan situ memang boleh kenyang. Kalau yang ada anak-anak kecil boleh jer pilih ada makanan serial dan juga susu. Minuman juga ada seperti stesen kopi serta mereka ada sediakan Teh Tarik panas kena cuba memang pekat melekat sedap

Fun Tea Buffet
Dah habis makan sarapan apa lagi buat aktiviti lah dan merayap lah kami kat sekitar hotel tu. Bila dah penat dan perut lapar ada pula sediakan Fun Tea Buffet kat restoran yang sama. Ia hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad sahaja dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.30 petang sahaja. Harga pula RM98nett untuk dewasa dan RM49nett untuk kanak-kanak





Cuma hari tu kami dapat demonstrasi memasak istimewa daripada Chef Jerremy. Beliau merupakan salah seorang chef yang pakar dalam penyediaan western cuisine di hotel ini. Resipi yang diajar oleh chef adalah sangat mudah iaitu Pasta On Wheel By Moxy Putrajaya. Ia dimasak dalam cheese bulat yang besar Maha tak tahu nama cheese tu. Tapi memang nampak kepekatan dan rasa sangat-sangat wow yerrr. Pertama kali Maha makan masakan ni best giler makan tengahari sini. 






Selain itu, bufet ini kita boleh berseronok dan bermain-main dengan perasa pilihan yang ada untuk menghasilkan makanan sendiri. Juga ada Rojak Johor dan kita boleh buat sendiri Sotong Kangkung. Kalau yang ada anak-anak mesti suka bila boleh campurkan dan padankan sandwic dengan lebih daripada sepuluh perasa. Ia satu pengalaman menarik sambil makan dan mengerat hubungan kekeluargaan gituwww

Bello Tea Set
Banyak lagi makan macam biasa bufet boleh makan sepuasnya tapi ingat jangan bazir sudah yer. Lepas habis makan kami terus aktiviti seterusnya jalan-jalan lagi kat sekitar IOI City Mall. Kalau belah petang rasa nak makan dan minum petang kat hotel pun mereka ada sediakan yang dipanggil Bello Tea Set. Set ini ada setiap hari dari Isnin hingga Ahad dari jam 3.00p.m hingga 6.30petang. Satu set tu dapat makanan dan minuman untuk dua orang dengan harga hanya RM69nett. Wahh bagus minum petang mewah kat hotel sekali sekala



Belah lewat malam pula boleh lagi lepak santai sambil minum dan berborak dengan kawan sehingga lewat malam di Moxy Skybar Putrajaya. Aras paling atas hotel dan boleh lihat pemandangan malam dipenuhi bintang dan juga sekitar Putrajaya tu. Tak silap Maha ia buka sampai 12.00tengah malam kot





Itulah yang Maha nak kongsi dan ceritakan pengalaman sebenarnya kalau menginap kat Moxy Putrajaya ini memang sentiasa ada makan dari pagi hingga ke malam. Semua ni selagi promosi masih ada tau. Kalau lambat habis mungkin bulan lain akan tukar promo lain pula. Korang ada pengalaman menarik menginap kat sini boleh kongsikan dengan Maha diruang komen di bawah ok. Itu sahaja pengalaman menginap Maha di Moxy Putrajaya semoga berguna buat korang semua ok


Info Lanjut dan sebarang promosi boleh layari:Laman web : https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulox-moxy-putrajaya/Facebook: https://www.facebook.com/moxyputrajayaInstagram : https://www.instagram.com/moxyputrajayahotelTel : 603-83281111







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2024/07/makan-makan-sedap-dan-mewah-sepanjang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Cili Kering Yang Sedap Sehingga Makan Menambah Nambah

Nasi Goreng Cili Kering Yang Sedap Sehingga Makan Menambah Nambah

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 162 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari kuliah Zoom malam tadi oleh Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre dengan tajuk Amalkan Sifat Mahmudah yang dikatakan sebagai satu tajuk yang besar Kerana sifat Mahmudah sangat banyak Mahmudah bermaksud...
Cara Buat Chili Oil Yang Pedas Giler Guna Cili Jenis Ini Makan Dengan Apa Pun Sedap

Cara Buat Chili Oil Yang Pedas Giler Guna Cili Jenis Ini Makan Dengan Apa Pun Sedap

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 236 hits
Chili oil ini memang boleh jadi penyedap hidangan kalau buat bubur atau hidangan sup Chinese stail kena ada Tapi bukan saja dengan bubur atau sup makan dengan apa saja pun sesuai Chili oil ini akan jadi penambah keenakan dapat pula yang ped...
Menginap 3h2m Di Concorde Hotel Shah Alam

Menginap 3h2m Di Concorde Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 173 hits
Assalamualaikum WBT SYUKUR Alhamdulillah Majlis Resepsi anak saudara Pak Inche Zariz dan pasangannya Mira telah selesai dengan jayanya malam tadi Penat betul badan dibuatnya walaupun sekadar berdiri menyambut tetamu rasa tak boleh bengkok s...
Menginap Satu Malam Di Mudzaffar Hotel Melaka

Menginap Satu Malam Di Mudzaffar Hotel Melaka

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 173 hits
Assalamualaikum WBT DUA minggu lepas anak saudara Pak Inche Zariz telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mira di Klang Selangor Esok majlis di pihak lelaki akan berlangsung pula di Shah Alam Petang semalam Sk dan Pak Inche telah me...
Pengalaman Menginap Di Swiss Garden Hotel Residences Genting Highlands Hotel Yang Dekat Dengan Awana Skyway Genting

Pengalaman Menginap Di Swiss Garden Hotel Residences Genting Highlands Hotel Yang Dekat Dengan Awana Skyway Genting

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 174 hits
Assalamualaikum Macam nie lah kami bukan reti duduk rumah pun Ada je aktiviti nak buat Baru lepas kenduri kahwin adik kat Ipoh kami terus shot ke Genting Highland sebab ada kerja sikit kat atas sana Tapi itu esok So hari yang sama lepas che...
Resipi Peria Masak Serunding Kelapa Makan Dengan Nasi Paling Sedap

Resipi Peria Masak Serunding Kelapa Makan Dengan Nasi Paling Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 242 hits
Jom masak lauk Peria Masak Serunding Kelapa yang sangat sedap resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni Lauk yang sangat ringkas dan mudah bahkan tidak menggunakan banyak bahan Sangat berbaloi untuk dicuba CARA MASAK PERIA MASAK SERUNDIN...
Video 5 Fakta Eks Gubernur Malut Selalu Ganti Wanita Di Hotel Mewah Bertarif Rp10 50 Juta

Video 5 Fakta Eks Gubernur Malut Selalu Ganti Wanita Di Hotel Mewah Bertarif Rp10 50 Juta

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 96 hits
Sidang kasus korupsi Mantan Gubernur Maluku Utara Abdul Gani Kasuba kembali digelar di Pengadilan Negeri Ternate pada Kamis
Menginap Kat Hotel 101 Ulu Tiram

Menginap Kat Hotel 101 Ulu Tiram

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 227 hits
Jumaat lepas k fiezz mr hubby adik ipar wife ke Ulu Tiram Johor Ada urusan sikit Pasal ni nanti lah k fiezz story Plan asal patutnya mama mak abah nak ikut tapi tak dapat sebab mak abah tak ada transport mama masa hari nak gerak ke Johor ni...
Kontroversi Abdul Gani Kasuba Eks Gubernur Malut Habiskan Rp3 Miliar Buat Kencan Dengan Wanita Di Hotel Mewah Jakarta

Kontroversi Abdul Gani Kasuba Eks Gubernur Malut Habiskan Rp3 Miliar Buat Kencan Dengan Wanita Di Hotel Mewah Jakarta

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 185 hits
Abdul Gani Kasuba sebelumnya ditetapkan KPK sebagai tersangka kasus suap dan gratifikasi proyek pengadaan barang dan jasa di Malut
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba