Menginap Kat Salah Satu Homestay Di Butterworth Yang Best Ni Tapi


Cuti-cuti hujung tahun kitaorang satu family ke Penang. Pakej sambut tahun baru kat Penang. Kat sini kitaorang menginap kat homestay di Butterworth. Nama homestay di Butterworth ni k.fiezz rahsiakan sebab?hehe. Nanti k.fiezz story kat bawah ni.  Kenapa pilih homestay?Sebab kitaorang ramai weii. Homestay ada bilik-bilik & senang untuk kitaorang berkumpul bincang apa-apa. Tak payah nak ke bilik orang tu orang ni atau nak kena whatsapp. Senang duduk semua sekali dalam satu rumah. Sebab itu yang kitaorang pilih menginap di homestay.
HOMESTAY 3 BILIK Homestay di Butterworth yang kitaorang menginap ni ada 3 bilik & 2 bilik air. Harga untuk satu malam RM4xx.xx..Kitaorang menginap 3 hari 2 malam, jadi total RM8xx.xx. Booked kat Agoda. Adik ipar k.fiezz yang cari. Kitaorang follow je. 
Nak tengok mana ke rupa bahagian dalam homestay yang jadi penginapan kitaorang haritu di Penang. Jomsss check it out.


Ni kat pintu masuk ke kondo yang jadi penginapan kitaorang haritu. Mak & abah k.fiezz posing sat sementara tunggu kena panggil dengan security untuk pendaftaran masuk. 
Okey, nak tahu kenapa k.fiezz tak beritahu nama kondo ni? Security guard kat sini strict giler weii. Tak boleh lebih dari jumlah yang dihadkan untuk satu rumah. Kalau kata satu rumah, 7 orang..Itu sahaja. Kalau lebih tak boleh masuk yea. Ni betul tau sebab masa kitaorang tengah tunggu turn security panggil, ada orang tengah nak register kat security. Kitaorang dengar orang tu marah kat security. Dengar dia cakap 'saya pun dah biasa menginap kat hotel/homestay, tak pernah kena macam kat sini'. Mungkin orang tu pun kes terlebih kuota juga. Sebelum tu adik ipar k.fiezz sampai dulu dari kitaorang. Masa dia nak daftar, ada satu family terlebih kuota masa pendaftaran tak dibenarkan masuk. Seriusss lah weiii. Strict tak tentu hala security sini. Yang datang semua family kot. Bukan budak-budak remaja yang datang nak buat party tak tentu hala. Haih...Apooo lah security strict bukan-bukan macam ni

Even masa kitaorang nak daftar tu, kena tunggu. Lama sangat. Tengah duk tunggu security yang tak panggil-panggil kitaorang, adik ipar k.fiezz turun ambil kat bawah. Sebelum tu adik ipar dah hantar dulu isteri, anak dia, mak mertua & anak buah k.fiezz naik ke rumah dulu.  Lepas tu turun semula ambil kitaorang pula. Terpaksa buat dua kali trip macam ni untuk nak cover up kuantiti kitaorang yang terlebih. Kitaorang tak lebih banyak sangat. Terlebih sorang budak je. Tak ada masalah pun terlebih sebab bilik ada 3 & kitaorang dah kira cukup untuk semua. 
Memandangkan security guard strict benor, terpaksa lah buat macamni. Naik asing-asing buat dua kumpulan. Masa adik ipar ambil, sekali kitaorang bawa barang-barang. Jadi pindahkan semua barang-barang naik kereta adik ipar pula untuk naik parking kat dalam kondo. Satu lagi kereta terpaksa parking kat luar je sebab tak daftar. Yea lah udah security buat tak layan dengan kitaorang. 
Tapi elok masa kereta adik ipar lalu depan security, kena tahan sebab k.fiezz, mr hubby, mak & abah tak daftar lagi. Perasan pula si security guard tu. Haih..Sebelum tu buat tak layan je dengan kitaorang. 
Lepas dah setel pendaftaran, terus naik ke rumah. Rumah tingkat tinggi (lupa pula tingkat berapa. haha)..Faktor usia, pelupa. haha.

Ni dalam rumah yang kitaorang menginap haritu. 

Dapur



Peti sejuk & Mesin basuh pun ada
Boleh lah nak basuh baju. Tak payah nak hantar ke kedai dobi. 


Bilik air tingkat bawah



Ruang tamu



Tv. Bawah tangga tu meja makan. Tangga ni pula naik ke tingkat atas yang ada 2 bilik & 1 bilik air. Rumah ni kondo tapi dalam dia 2 tingkat, tau. Kelass...First time jumpa design homestay macamni.



Ni bilik tingkat bawah. K.fiezz snap gambar bilik yang ni je sebab kitaorang tidur kat bilik ni dengan mama. 


Tingkat atas - 2 bilik & 1 bilik air. Bilik hujung nampak cermin tu - 1 tilam king size & 1 katil double decker. Sesuai lah yang mana bawa anak-anak. 1 bilik sebelah yang cermin tu - 1 katil king size sahaja. 


Pemandangan dari homestay yang kitaorang menginap ni



Pemandangan yang sama di bahagian tepi. 
Review Penginapan Homestay di Butterworth Ni
Overall penginapan kat sini, best. Strategik sebab depan kondo ada 1 kedai makan nasi kandar & sebelah kondo ada ECONSAVE.  Cuma part security guard yang strict entah apa-apa tu, spoilt mood weiii. K.fiezz tak nak mention nama kondo ni sebab sis hati-hati takut dikata fitnah pula. Walaupun share benda yang betul berdasarkan pengalaman sendiri. Tapi malas nak panjangkan cerita, tak payah lah sebut nama kondo. Biarlah rahsia gitu. haha. Tapi siapa yang nak tahu, boleh pm k.fiezz kat facebook - FIEZA SANI.. Mana tahu kot korang nak ke Penang, cari homestay di Butterworth & nak elak ter booked homestay yang strict sangat ni. Idak lah k.fiezz tak bagi korang menginap kat sini. Kalau korang tak ada isu akan terlebih kuota, tak ada masalah. Cuma kalau korang dah tempah homestay kat sini, pastikan jangan bawa orang lebih dari kuota yang dibenarkan. 
To be honest, kat sini best. Rumah dia selesa, besar. Memang sesuai lah yang cuti beramai-ramai macam kitaorang ni. Cuma slack part security guard dia je. K.fiezz tak pasti lah samaada security guard yang mengada-ada strict entah apa-apa macam tu atau management yang arahkan. 
Tapi pengalaman k.fiezz & family yang dah bercuti banyak hotel/homestay kat Malaysia ni, tak pernah lah jumpa homestay yang strict betul macam ni. Terlebih kuota, tak boleh masuk. Aiyakkk..Kitaorang tahu lah nak arrange tempat tidur macamana. Lagipun yang datang semua satu family, datang nak bercuti bukannya kitaorang nak buat party rosakkan rumah.
Hope pihak pengurusan kondo & security strict  kalau yang datang daftar, nampak budak-budak remaja tapi kalau dah nampak yang datang dengan orang tua, budak-budak sah-sah lah family. Ater yang nak strict tak tentu hala macamtu dah kenapa?Haih, tak paham sis...
 Sebenornya tak tahu point kenapa dorang strict sangat macam tu. 
Rating penginapan kat sini - 4/5 (dalam rumah je). Security outtt...Lokasi - Berdepan dengan 1 Restoran Nasi Kandar & sebelah kondo ada pasaraya untuk beli barang keperluan (makanan/minuman & lain-lain)..
Nak STRICT Tak Salah Tapi Biar Bertempat...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2022/01/Menginap-Kat-Salah-Satu-Homestay-Di-Butterworth-Yang-Best-Ni-Tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gender Shaming Salah Satu Penghambat Perempuan Di Dunia Kerja

Gender Shaming Salah Satu Penghambat Perempuan Di Dunia Kerja

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 163 hits
Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah mengatakan masih banyak hambatan dihadapi perempuan untuk mampu berdaya di dunia kerja Mulai dari beban ganda yang dihadapi perempuan hingga kekerasan dan pelecehan di tempat kerja
Kpk Salah Satu Penyebab Korupsi Oleh Penyelenggara Negara Adalah Konflik Kepentingan

Kpk Salah Satu Penyebab Korupsi Oleh Penyelenggara Negara Adalah Konflik Kepentingan

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 230 hits
KPK meminta agar kepala daerah berkomitmen dan serius melakukan langkah langkah perbaikan tata kelola pemerintahan sebagai upaya pencegahan korupsi
Nak Makan Mi Kari Tapi Dapat Soto Nasi Impit

Nak Makan Mi Kari Tapi Dapat Soto Nasi Impit

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 217 hits
Macam teringin lah nak makan mi kari Luah isteri pada suami Lalu si suami pergilah keluar membeli Beberapa minit lepas tu dapat panggilan Mi kari habislah nak beli makanan lain tak Ermmm soto ada tak Setelah bertanya tuan kedai ada jawabnya...
Sebatian Ganja Cbd Henti Koronavirus Di Makmal Tapi Mampukah Rawat Covid 19

Sebatian Ganja Cbd Henti Koronavirus Di Makmal Tapi Mampukah Rawat Covid 19

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 159 hits
Sebatian ganja CBD henti koronavirus di makmal tapi mampukah rawat Covid 19 Penyelidikan awal mencadangkan sebatian bukan psikoaktif popular yang berasal daripada ganja mungkin membantu mencegah atau merawat Covid 19 namun memerlukan siasat...
Resipi Tart Nenas Bola Naga Adunan Nipis Tapi Inti Penuh Sedapnya

Resipi Tart Nenas Bola Naga Adunan Nipis Tapi Inti Penuh Sedapnya

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 352 hits
Tak perlu tunggu hari raya kuih raya Tart Nenas sentiasa menjadi kegemaran kita Apa kata kita persiapkan resipi Tart Nenas Bola Naga ini dulu untuk dicuba pada hari raya nanti Resipi perkongsian ini memang simple Bahan ringkas tapi inti nen...
Kalau Rasuah Tapi Melayu Takpa Kurang Kurang Melayu Juga

Kalau Rasuah Tapi Melayu Takpa Kurang Kurang Melayu Juga

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 156 hits
Dato Seri Anwar Ibrahim bersama anak anak muda di PD mendengar dan bertukar pandangan di dalam program Bersama Anak Muda PD Anak anak muda mesti di depan dalam menyikapi isu isu besar demi masa depan negara Anwar Ibrahim
Resipi Jejari Roti Sempoi Tapi Sedap Cicah Sup Pekat Memang Layan

Resipi Jejari Roti Sempoi Tapi Sedap Cicah Sup Pekat Memang Layan

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 209 hits
Anak bosan makan nasi apa kata malam hari buatkan anak dengan Bread Stik atau Jejari Roti yang rangup tapi lembut di dalam Lagi sedap buatkanlah sup berkrim untuk anak anak Laju anak makan Jom cuba resipi Jejari Roti simple perkongsian resi...
Bn Tak Kuat Tapi Kita Yang Lemah

Bn Tak Kuat Tapi Kita Yang Lemah

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 174 hits
NORMAN RADZUANBN tak kuat tapi kita yang lemah BN MAKIN MENGEMBANG PH MAKIN MENGUNCUPBN itu tidak kuat mana mereka kuat sb mereka tahu kelemahan org Melayu Isu mereka Melayu atau isu2 populis seperti KWSP tetapi kita memilih akademik BN kua...
Siti Aishah Serikandi Penasihat Ramai Tapi Rakyat Tak Sihat

Siti Aishah Serikandi Penasihat Ramai Tapi Rakyat Tak Sihat

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 172 hits
Kerajaan hipokrit kononnya berjiwa rakyat tapi rakyat terus tertekan dalam keadaan menteri kabinet yang besar jumlahnya SHOW LESS
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah