Bn Tak Kuat Tapi Kita Yang Lemah
NORMAN RADZUAN
BN tak kuat tapi kita yang lemah...
BN MAKIN MENGEMBANG PH MAKIN MENGUNCUPBN itu tidak kuat mana... mereka kuat sb mereka tahu kelemahan org Melayu. Isu mereka Melayu (takutkan dgn Dap ) atau isu2 populis seperti KWSP tetapi kita memilih akademik.BN kuat sb PH tiada strategi yg ampuh. Kelemahan pertama kita... kita tidak bersatu hati. Bila menang MP2 atau ADUN2 kita sibuk nak berbini 2 dan memiliki Velfire. Hingga pelbagai isu politik mereka diam membisu bukan sekadar sebagai YB pembangkang tetapi dgn jawatan masing2 dlm parti.Lihat PAS si Mothar Senik apa sahaja isu dia antara yg ke depan berhujah malah statement Ulama yg sering diejek oleh org PH itu sering mendapat tempat di Malaysiakini iaitu media yg dibaca seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai fahaman parti. Mana 'panglima2' PH atau dari parti saya sendiri? Tak rasa malu dgn Mothar Senik...???Kelemahan kedua media kita sgt lemah. BN bila dpt kuasa mereka gunakan media kerajaan dan media sosial (cybertrooper) mereka menyerang PH 16 jam sehari tetapi kita menyerang atau menjawab serangan sesekali. Semakin hari sikit demi sedikit mereka tinggalkan kita utk lahirkan persepsi masyarakat melalui media.BN sebenarnya tidak kuat. Mereka pergi laju dan semakin mengembang tetapi kita pula semakin menguncup. Kita masih bicara soal khemah besar tetapi BN bicara mahu sendirian. BN dgn puluhan juta dana perkuatkan parti kita tiada media yg ampuh atau sehebat Malaysiakini.Tak banyak kelemahan kita dan kelebihan mereka tapi kita tak lakukan sesuatu. YB2 PH sendiri terkhayal dgn nikmat gaji dan elaun mereka. Yg rajin pertahankan parti saban hari kebanyakkan ahli2 bawahan dan penyokong2 PH... apa nak jadi!Bila PRU atau PRN pula nama2 mereka yg buat kerja di DUN masing2 diketepikan. Tapi nama2 yg senyap berjuang utk parti dan terkhayal dgn gaji elaun ini dinamakan sebagai calon... mana la tak lemah semangat akar umbi.Ada sesetengah YB pula ada jawatan gunakan utk mencari pengaruh hingga lupa tanggungjawab utk parti dan rakyat... semua itu punca kenapa kita lemah. Lihat UMNO dari Shahidan Kassim ( dari Utara ) hingga Bung Mothar ( hingga ke Sabah ) bak singa kelaparan.Saya sedikit emosi melihat sesetengah sikap YB2 PH...lembab, sombong dan malas. Maaflah teguran saya ini agak keras...bagi saya YB dtg dan pergi. Kalau tak mati kerana ajalnya, ia ditolak rakyat suruh pergi. Tapi parti mesti relevan kerana ia harapan rakyat. Saya bercakap atas kapasiti harapan rakyat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/01/bn-tak-kuat-tapi-kita-yang-lemah.html