Sebatian Ganja Cbd Henti Koronavirus Di Makmal Tapi Mampukah Rawat Covid 19



Sebatian ganja CBD henti koronavirus di makmal, tapi mampukah rawat Covid-19?
Penyelidikan awal mencadangkan sebatian bukan psikoaktif popular yang berasal daripada ganja mungkin membantu mencegah atau merawat Covid-19 namun memerlukan siasatan lanjut dalam ujian klinikal yang ketat, kata para penyelidik.
Beberapa kajian makmal terbaru tentang cannabidiol, atau CBD, telah menarik perhatian media kerana menunjukkan hasil yang menjanjikan.
Walau bagaimanapun, banyak rawatan Covid berpotensi lain yang menjanjikan di makmal, daripada hydroxychloroquine kepada pelbagai ubat yang digunakan untuk merawat kanser dan penyakit lain, akhirnya gagal menunjukkan manfaat untuk pesakit Covid-19 selepas hasil ujian klinikal.
Marsha Rosner dari Universiti Chicago mengetuai pasukan yang menemukan CBD nampaknya membantu membendung SARS-CoV-2 dalam sel yang dijangkiti melalui eksperimen makmal.
“Penemuan kami tidak mengatakan ini akan berkesan kepada pesakit. Penemuan kami dapat membina kes yang kukuh untuk melakukan ujian klinikal,” katanya.
Menggunakan dos kecil CBD tulen dengan anggaran jumlah yang diterima pesakit dalam ubat oral yang telah diluluskan untuk sakit epilepsi teruk, Rosner dan rakan sekerjanya mendapati bahawa CBD tidak menghalang coronavirus daripada menjangkiti sel dalam tiub ujian.
Sebaliknya, ia bertindak sejurus selepas virus memasuki sel, menghalangnya daripada membuat salinan diri sebahagiannya melalui kesan terhadap radang di interferon (bahan protein yang dihasilkan oleh sel badan sebagai tindak balas kepada jangkitan virus yang membantutkan pertumbuhan virus tersebut).
Mereka menemui kesan yang sama pada tikus yang dijangkiti, menurut laporan dalam Science Advances.
Apabila mereka melihat sekumpulan orang dewasa dengan epilepsi yang teruk, para penyelidik mendapati mereka yang mengambil ubat CBD yang diluluskan mempunyai kadar Covid-19 yang lebih rendah.
Tetapi melihat ke belakang pada sebilangan kecil pesakit tidak menghasilkan maklumat konklusif dan hanya ujian klinikal rawak boleh melakukannya, jelas Rosner.
“Saya tahu mesej saya bukanlah sesuatu yang orang hendak dengar,” katanya.
Pun begitu, dos kecil tetrahydrocannabinol (THC) – sebatian ganja yang menyebabkan kesan psikoaktof – asid cannabidiolic (CBDA), cannabidivarin (CBDV), cannabichromene (CBC) dan cannabigerol (CBG) tidak menghalang virus daripada mereplikasi sel atau menghalangnya daripada mereplikasi, menurut hasil penemuan pasukan itu lagi.
“Bukan sahaja THC tidak berfungsi, tetapi menggabungkannya dengan CBD menghalang CBD daripada berfungsi,” kata Rosner.
Penawar Covid bukan di dispensari CBD
Pasukan berasingan melaporkan baru-baru ini dalam Journal of Natural Products bahawa dos CBG dan CBDA yang tinggi menghalang coronavirus daripada memecah masuk ke dalam sel.
Richard van Breemen dari Oregon State University memberitahu Reuters bahawa dos yang diuji oleh pasukannya adalah tidak toksik kepada sel. Tidak jelas lagi bahawa dos yang sama tinggi akan selamat untuk manusia, kata pasukannya.
“Anda mahukan dos berkesan yang paling rendah,” kata Rosner menjelaskan kemungkinan potensi kesan sampingan kerana ubat itu ditapis melalui hati.
CBD yang diuji oleh pasukannya adalah lebih daripada 98 peratus tulen, manakala ketulenan dalam produk komersial jauh lebih rendah.
“Orang ramai tidak sepatutnya bergegas mendapatkan CBD dari dispensari kegemaran mereka,” katanya.
Produk CBD telah tersedia secara meluas dalam pelbagai bentuk dan telah digembar-gemburkan – selalunya tanpa bukti daripada ujian klinikal – sebagai rawatan untuk kesakitan dan penyakit lain.
Ujian CBD kecil pada manusia dengan Covid-19 sedang dijalankan.
Dalam satu kajian yang lengkap, penyelidik di Brazil secara rawak menugaskan 105 pesakit dengan Covid-19 ringan atau sederhana untuk menerima CBD atau plasebo selama 14 hari bersama-sama dengan penjagaan standard.
CBD tidak mempunyai kesan yang jelas, menurut laporan Oktober dalam Penyelidikan Cannabis dan Cannabinoid
Dalam kajian untuk membuktikan konsep ujian di Pusat Perubatan Sheba di Israel pula, penyelidik secara rawak menugaskan pesakit yang mempunyai Covid ringan untuk menerima CBD atau plasebo.
Ujian peringkat awal di Pusat Perubatan Rabin, juga di Israel, bertujuan untuk menguji kesan CBD dalam pesakit yang sakit teruk atau kritikal.
Bagaimanapun, ketua kajian Dr Moshe Yeshurun ​​memberitahu Reuters bahawa sukar untuk mengumpul peserta ujikaji kerana gelombang coronavirus yang dipacu Omicron ketika ini, “kebanyakannya terdiri daripada pesakit yang mempunyai penyakit ringan hingga sederhana.”
Pasukan Rosner sedang meneroka kemungkinan ujian klinikal yang mungkin akan menumpukan terhadap kes Covid yang asimtomatik atau ringan.
Sementara itu, dia bimbang laporan media yang melebih-lebihkan potensi kanabinoid akan membawa orang ramai untuk mengubati diri sendiri dengan CBD, berhenti menggunakan penutup muka dan mengelakkan vaksin.
“Kami ingin menyatakan secara khusus” bahawa dos kanabinoid tertentu membantu, katanya, tetapi pada ketika ini, “antibodi yang disebabkan oleh vaksin dan ubat antibodi adalah lebih berkesan untuk menyekat jangkitan.”
(Laporan oleh Nancy Lapid; Penyuntingan oleh Michele Gershberg dan Bill Berkrot)
Sebatian ganja CBD henti koronavirus di makmal, tapi mampukah rawat Covid-19?
Baca Artikel Menarik :
Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib ‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis 2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia Bantuan khas RM700 penjawat awam, RM350 pesara Berebut pelajar perempuan, cedera dibuli senior Yasmin Hani Semakin ‘Fit’ Dan Cantik Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin – Mazlan Bujang Bas lelong jadi rumah Nur Amira Layari Laman Facebook MYKMU</a
Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

The post Sebatian ganja CBD henti koronavirus di makmal, tapi mampukah rawat Covid-19? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/26/sebatian-ganja-cbd-henti-koronavirus-di-makmal-tapi-mampukah-rawat-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 New Cases Creep Pass 4 000

Covid 19 New Cases Creep Pass 4 000

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 213 hits
COVID 19 The Health Ministry reported 4 046 new Covid 19 cases today bringing the cumulative infections to 2 824 973 This is the first time new cases have cross the 4 000 mark since Dec 18 As of yesterday the R naught was 1 00 However the n...
Suntikan Dos Keempat Vaksin Covid 19 Juga Kurang Berkesan Cegah Omicron

Suntikan Dos Keempat Vaksin Covid 19 Juga Kurang Berkesan Cegah Omicron

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 219 hits
BAITULMUQADDIS Suntikan dos keempat yang diberikan kepada sejumlah penduduk Israel dilihat kurang berkesan mencegah penularan varian Omicron Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Sheba suntikan vaksin dos keempat menin...
Jadi Kontak Rapat Ujian Covid 19 Kesemua Ahli Running Man Negatif

Jadi Kontak Rapat Ujian Covid 19 Kesemua Ahli Running Man Negatif

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 205 hits
Semalam dilaporkan bahawa Eun hyuk Super Junior sudah disahkan positif COVID 19 Disebabkan idola itu ada menyertai rakaman Running Man pada 17 Januari lalu ahli dan staf rancangan tersebut telah menjalani ujian PCR sebagai langkah keselamat...
Daftar Fasilitas Isolasi Pasien Covid 19 Di Jakarta

Daftar Fasilitas Isolasi Pasien Covid 19 Di Jakarta

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 158 hits
Kementerian Kesehatan memprediksi gelombang ketiga pandemi Covid 19 di Indonesia akan terjadi pada pekan kedua dan ketiga Februari 2022
Kj Explains Spike In Covid 19 School Clusters

Kj Explains Spike In Covid 19 School Clusters

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 151 hits
Khairy Jamaluddin said the total death toll for those below 18 years now stood at 144 31 of whom were children aged five to 11 PETALING JAYA Health minister Khairy Jamaluddin has identified several factors to explain the rise in Covid 19 cl...
Penyanyi Meninggal Dunia Selepas Sengaja Mahu Dijangkiti Covid 19

Penyanyi Meninggal Dunia Selepas Sengaja Mahu Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 236 hits
Prague Seorang penyanyi Czech yang juga antivaksin meninggal dunia selepas dengan sengaja mahu dijangkiti Covid 19 bagi mendapatkan pas kesihatan yang membolehkannya pergi ke sauna dan teater kata keluarganya Bukti vaksinasi atau jangkitan ...
Update 21 Januari 2022 Kasus Covid 19 Tambah 2 604

Update 21 Januari 2022 Kasus Covid 19 Tambah 2 604

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 173 hits
Kasus aktif Covid 19 juga meningkat yaitu 1 791 Total kasus aktif menjadi 14 119 Kasus suspek Covid 19 ikut meningkat Data kemarin kasus suspek Covid 19 hanya 5 346 hari ini menjadi 5 896 orang
Itagi Kasus Covid 19 Pada Anak Meningkat Saat Hari Libur

Itagi Kasus Covid 19 Pada Anak Meningkat Saat Hari Libur

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 210 hits
ITAGI berharap orangtua mau menemani putra putrinya mendapatkan vaksin Apalagi belakangan kasus Covid 19 kembali naik Dia pastikan vaksin Covid yang dipakai untuk anak anak sangat aman
51 Warga Pondok Pesantren Di Serpong Positif Covid 19 Kegiatan Belajar Diliburkan

51 Warga Pondok Pesantren Di Serpong Positif Covid 19 Kegiatan Belajar Diliburkan

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 194 hits
Kepala Dinas Kesehatan Kota Tangerang Selatan Alin Hendarlin menjelaskan ke 51 warga ponpes yang terpapar dalam kondisi tanpa gejala Warga yang terpapar termasuk sejumlah santri dan ustaz
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025