Menginap Kat Hotel 101 Ulu Tiram
Jumaat lepas k.fiezz, mr hubby, adik ipar & wife ke Ulu Tiram, Johor..Ada urusan sikit. Pasal ni nanti lah k.fiezz story...Plan asal patutnya mama, mak & abah nak ikut tapi tak dapat sebab mak abah tak ada transport & mama masa hari nak gerak ke Johor ni, demam teruk, jadi kitaorang berempat saja lah yang ke sini. Sebelum ke sini Mr hubby cari hotel di Ulu Tiram. Macam biasa cari di Agoda saja & jumpa lah Hotel 101 Ulu Tiram ni..Tengok rate affordable so proceed..Cari hotel yang mur-mur je sebab bukan pi bercuti. Duk sehari je kat sana, lepas setel urusan esoknya terus gerak balik KL..
REVIEW HOTEL 101 ULU TIRAMKitaorang check in lambat sebab gerak dari KL pukul 6ptg lepas habis kerja. Dah gerak lepas waktu bekerja, memang bertabah lah ngadap jammed nak ke Johor ni. Sabor je lah. Sampai ke sini dekat pukul 11mlm. Masa on the way ke sini, k.fiezz dah call hotel dulu maklumkan kitaorang akan lambat check in. Saja update, takut hotel pi release bilik kat orang lain..Naya weii..Udah lah penat ni dari KL..
Sampai je kat hotel 101 Ulu Tiram ni, terus check in dulu. Baru pi makan. Nasib baik sederet dengan Hotel ni, ada kedai mamak. So idak lah jauh sangat nak pi makan..Mr hubby booked 2 bilik..Masa check in dapat 2 bilik lain-lain tingkat...K.fiezz & mr hubby dapat tingkat 1..Adik ipar & wife tingkat 2..Laluan nak ke bilik agak sempit & macam scary sikit..Tapi no worry, tak ada apa pun kejadian scary. Elok je..Cuma suasana laluan sepanjang nak ke bilik tu rasa seremmm..Kitaorang dapat bilik paling hujung..Jenuh berjalan kat koridor, belok sana belok sini baru sampai kat bilik..haha...
Sumber Gambar - Mr Google
Lokasi Hotel 101 Ulu Tiram..Sampai dah malam, tak nampak ada apa kat sekeliling ni..Esoknya baru nampak depan ni ada pasaraya ECO, stesen minyak..Kat stesen minyak tu sebelah dia ada Watson..Kedai makan ada kedai mamak, sederet dengan Hotel ni..Kalau rajin kaki boleh jalan kaki tapi jarak dia tak lah betul-betul sebelah. Kitaorang naik kereta jugak sebab malas nak jalan kaki..hehe..
Lobi hotel..Simple je..
Ni bilik kitaorang..Datang ramai, sesuai sangat..2 katil besor..
Bilik air..Cuma sinki dia tu macam ada lumut ke apa, tak dibersihkan elok..Water heater ada cuma mr hubby tak bagi guna sebab agak bahaya...Malam sampai tu, k.fiezz mandi sebab badan dah melekit-lekit..K.fiezz guna air panas...Rupanya esok tu mr hubby cakap jangan pakai sebab bahaya..Mandi lah air sejuk..
Plug untuk caj handphone, ada kat tepi dua-dua buah katil..Senang sambil baring, sambil main handphone...Orang sekarang, kan..hehe.
Complimentary..Drinking water (4 botol), 2 sachet coffee & 4 unit dental kit...Untuk masak air, cerek elektrik disediakan. Nak sangkut baju, almari & penyangkut baju pun ada..Simple..
Pemandangan..Mengadap kat belakang bangunan tinggal..
Overall penginapan untuk sehari kat Hotel 101 Ulu Tiram ni okey je..Hotel yang simple untuk berehat lepas penat drive & duduk dalam kereta mengadap jammed..Hotel pun selesa, tahap kebersihan - bersih cuma ada kotoran sikit kat sinki dalam bilik air..Selain dari tu, semua okey je..Tv pun dapat clear semua channel.
Room rate - RM140 / 1 bilik
Repeat. Rasanya yea..Kitaorang akan repeat lagi nanti sebab ada urusan yang tak setel lagi kat sini..
Psstt - Sesekali stay hotel mur-mur..Eh..haha..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2024/07/Menginap-Kat-Hotel-101-Ulu-Tiram.html