Menginap Di Tamu Hotel Suites Kuala Lumpur


 Assalamualaikum WBT

SAJA demand dengan Pak Inche, ajak menginap di Hotel Tamu Kuala Lumpur gara-gara baca blog seorang blogger. Tapi ya ampunnn maaf dipinta, mensuci hening dosa.. Sk lupa betul blog mana yang Sk baca tu, cuma Sk wishlist, kalau datang KL nak menginap di sini. Tahulah, Pak Inche tu, anxiety dia datang kalau masuk jalan KL.. hahahaha. Okey pulak dia bila Sk ajak menginap di sini tapi asyik tanya aje, okey ke hotel tu, kat mana hotel tu. Jammed tak area tu, parking macam mana..  Samalah macam Cik Abang Kak Amie yang kat sanun tu.. takut sangat kalau tak nampak kereta depan mata, tak lena tidur nanti, hahaha.

Parking Tingkat 5. Atas faktor usia dan dah beberapa kali sebelum ni asyik lupa tingkat berapa, ambil gambar tembok siap-siap.


Teruja tengok bangunan KLCC di sebelah kiri dan Menara KL di sebelah kanan. Ni masih di car park lagi. 

Tunggu lif turun ke lobi lama sangat.. kita tangkap lagi satu pic.. huhu.. awat hang macam peghak ja, Sk.. hahaha.  

Daftar masuk lagi 9 minit nak pukul 12 malam memang tak ada tetamu lain la. Proses check-in agak cepat juga, Pak Inche buat tempahan melalui Booking.com dan rupa-rupanya semua bayaran dah selesai melalui aplikasi tersebut. Biasanya, pay later.. agaknya sebab dah lambat sangat check in jadi ia automatik pay now, hahaha


Bila nampak sejadah-sejadah dan notis yang diletakkan, Sk dapat rasakan hotel ini mesra muslim. Betullah.. dalam bilik air (bilik tetamu) ada disediakan pili untuk berwudhu'. Tak payahlah angkat kaki ke atas sinki atau siram kaki guna shower semasa berwudhu'. Kalau shower mudah alih tak apa, kalau shower yang melekat di dinding


Selepas diberikan kad akses bilik, kami ditunjukkan arah lif. Oh, tak sama lif yang kami naik sebelum ni rupanya. Tengok di papan tanda tu, kami menuju ke Residence Guest Rooms di tingkat 35... tinggi tuuuuu.. macam tak pernah lagi duduk hotel dapat aras 35, residence la pulak tu 😝


Keluar jer lif, terkejut terus. "Bilik apa babah booking ni???"

Bilik 3504. Suka tengok sarung kad ni warna ungu dengan tulisan perak



Makin peghak tengok benda ni


Selalu tengok dalam k-drama, rumah orang kaya atau apartment mesti ada benda ni, hahahaha. Kemahen laki bini dok main tekan-tekan tanya, awak siapa... datang nak apaaa? 😜😜😜



Walaupun begitu, hiasan dalaman dan perabot agak old school. Bilik mandi pun biasa aje tidaklah mewah dan gah, pancuran air laju dan yang best juga tidak tersumbat atau air bertakung masa guna sinki atau bilik mandi. Teruja tengok kitchen tapi tak sempat nak guna pun macam masa Menginap di Fraser Place Puteri Habour dulu. Teh, kopi, gula pun lupa nak cekut bawa balik, hehe


Alaaa.. KLCC tak nampak sangat pulak. Sungguh-sungguh menyelit tepi dinding nak tangkap pic KLCC dari tingkat 35


Menara KL jelas, lepas tu cari Pak Inche, dengar suara orangnya tak ada kat mana-mana. Rupa-rupanya ada balkoni laaa.. 

Gayattttt


Sempatlah selfie ngan KLCC sebelum lampu KLCC padam. Dah pukul 12 malam rupanya


Apo?? Pukul 12 malam main bola??


Sembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan, mungkin itu pesanan dari Housekeeping


Medan Selera Kampung Bharu, kat depan hotel jer.. tu salah satu faktor kenapa Sk nak menginap di sini sebab senang nanti nak pergi makan. Ingatnya nakk makan Nasi Lemak kat Kampung Bharu Tapi, Nasi Lemak Wanjo dah habis. 


Suraya Seafood pun dah kemas-kemas. Mana mahunya Pak Inche nak makan Nasi Berlauk kat Kak Som tu. 

Sebenarnya sampai-sampai jer Pak Inche dah tegur kedai ni. Adoi, tak faham.. hahaha


Terpaksa ke sini jugaklah.. layannnnn


Bihun Sup Urat Keting semangkuk


Tuang cabai


Begitulahhh.


Sk minum Teh O Laici jer... merajuk ngan Kampung Bharu


Bihun Sup Urat Keting, baru RM10. Ni sampai RM15 kat Bihun Sup Kedah Bedengung tu.. Pak Inche mengungkit, hahaha


Tangkap pic hotel dari pintu gerbang Kampung Bharu


Esoknya, turun awal untuk sarapan di Restoran Suasana di Tingkat 27


Pinggan pertama.. 

Pak Inche membebel sebab tak ada Nasi Lemak, hahahaha. Mana boleh buffet sarapan hotel tak ada nasi lemak. Memang kena black list la


Tapi ada Nasi Kerabu. Nasi Kerabu asas sahaja. Lauknya Ayam Goreng Berempah. Jangan pulak harapkan nasi kerabu macam di Warung Kak Yah atau Restoran Che Yah Pantai Timur. Bagi Sk, nasi kerabunya tak mengecewakan, tapi, kalau orang tak makan nasi kerabu?? Nasiblahhhhh.. hahahaha. Karipap dan pastries di sini pun sedap juga


Sarapan sambil tengok suasana pemandangan dari aras 27. Hujan gerimis melanda Kuala Lumpur nampaknya


Pak Inche buat story bola.. Persiapan Perlawanan Akhir Piala FA


Sk tanya Pak Inche, nak mee tak, dia angguk. Sk pun pergilah ke kaunter mee, tengok ada kuey teow.. tapi kuahnya soto. What???? Buat jugaklah kot sedap.. takkkkkkk.. adoi.. tak dapatlah lagi lepas ni nak demand menginap di sini


Sk ambil Kuey Teow Goreng pulak. Ambil karipap dan cucur badak lagi sebab sedap sangat. Oh, ada capati suku keping tuang kuah dhal. Capati hotel janganlah harap nak sedap, tapi jarang la jumpa Kuey Teow Goreng tak sedap. U know what i mean? Mujurlah sambal tumis tu sedap, kalau ada nasi lemak mesti kena


Sebelum check out, tangkap lagi pic KLCC. 

dan Menara KL. 27 tahun lepas, ingat lagi, Sk ada Kursus Kewartawanan di KL (lupa nama hotel), balik tu boleh sesat sampai ke Menara KL. Dahlah menapak.. nasib baik masa tu berdua dengan kawan. Belum kenal Pak Inche lagi masa tu. Yang kelakar masa tu, ada mat saleh tanya jalan, kita pun sesatttt padahal


Bukak mode panorama, baru boleh masuk gambar Menara KL dan KLCC sekaligus. Tak tahulah lepas ni ada harapan lagi tak nak menginap di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur ni, hahahaha. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/07/menginap-di-tamu-hotel-suites-kuala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Warisan Baba Nyonya Authentic Nyonya Noodles Hut Di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Menu Warisan Baba Nyonya Authentic Nyonya Noodles Hut Di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 337 hits
Buat warga Kuala Lumpur atau pelancong yang berada di KL Adakah anda teringin menikmati makanan masakan warisan budaya Baba Nyonya Jika jawapan anda YA Jom mencuba Menu Warisan Baba Nyonya Authentic Nyonya Noodles Hut di Hotel Santa Grand S...
Atsky Kuala Lumpur Sesuai Untuk Sambut Birthday Harga Berpatutan Dan Pemandangan Cantik

Atsky Kuala Lumpur Sesuai Untuk Sambut Birthday Harga Berpatutan Dan Pemandangan Cantik

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 726 hits
hai assalammualaikumSambut Birthday Di Atsky Kuala Lumpur Happy Birthday To Me Happy Birthday To Me hehehe Semestinya bulan Julai yang ditunggu tarikh lahir seorang Nadia Kihkih Alhamdulillah masih diberi nafas kesihatan yang baik dan menja...
W Kuala Lumpur Ready To Take The Wedding Industry By Storm

W Kuala Lumpur Ready To Take The Wedding Industry By Storm

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 189 hits
Say I Do at W Kuala Lumpur with unique spins on your big day Need some inspiration planning your big day but you don t know where to start Fret not W Kuala Lumpur s very talented wedding curator Kimberly Tay is here to help you with some of...
Santa Grand Signature Kuala Lumpur Perkenalkan Menu Authentic Nyonya Noodles Hut

Santa Grand Signature Kuala Lumpur Perkenalkan Menu Authentic Nyonya Noodles Hut

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 197 hits
Kali ini AlongMurni ingin kongsikan sajian berasaskan makanan tradisional peranakan peranakan Baba Nyonya yang terdapat di KAPITAN CAF yang terletak di Tingkat 3 HOTEL SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR Untuk datang ke sini boleh gunakan pe...
Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur Tawarkan Rawatan Untuk Masalah Keguguran Rambut

Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur Tawarkan Rawatan Untuk Masalah Keguguran Rambut

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 281 hits
Rambut ibarat mahkota untuk penampilan diri dan identiti seseorang individu tak kira untuk lelaki mahupun wanita Memiliki rambut yang lebat sering dikaitkan dengan keremajaan dan kecergasan Penampilan rambut dengan gaya yang berbeza mampu m...
Pertama Kali Menginap Di Geo Resort Hotel Genting Highland

Pertama Kali Menginap Di Geo Resort Hotel Genting Highland

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 145 hits
Korang nak tau tak rasanya ini kali pertama Juju plan cuti cuti Malaysia dalam bulan puasa Huh Agak mencabar juga ya travel dalam bulan puasa ni Tapi dah nama pun kali pertamakan jadi belum cuba belum tau Ha mehla baca pengalaman kali perta...
Jom Makan Buffet Countryside Barbecue Di Fairfield By Marriott Kuala Lumpur

Jom Makan Buffet Countryside Barbecue Di Fairfield By Marriott Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 235 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBerita baik buat penggemar makanan barbeku atau panggang kali ini anda boleh nikmati hidangan yang lazat di salah sebuah lokasi terkemuka di Kuala Lumpur iaitu di Fairfield By Marriot Kuala Lumpur COUNTRYS...
Kidzania Kuala Lumpur Revolutionises Immersive Learning With Three New Purpose Partners

Kidzania Kuala Lumpur Revolutionises Immersive Learning With Three New Purpose Partners

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 305 hits
Unleashing Imagination and Learning the beloved edutainment centre welcomes Pandamart YAYOI Japanese Teishoku Restaurant and Jac Ivy to its kid sized metropolis KidZania Kuala Lumpur s newest purpose partners Regina Lee Head of Public Relat...
Kursus Asas Komputer Di Rumah Kursus Jangka Pendek Di Melaka Negeri Sembilan Kuala Lumpur Dan Selangor

Kursus Asas Komputer Di Rumah Kursus Jangka Pendek Di Melaka Negeri Sembilan Kuala Lumpur Dan Selangor

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 238 hits
ini merupakan kursus jangka pendek yang diajar secara perseorangan atau dalam kumpulan kecil di rumah peserta Kursus ini disudahkan dalam satu hari sahaja Individu yang berminat untuk menjadi salah seorang peserta dijemput untuk menghantar ...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel