Menginap Di Royal Chulan The Curve
Assalamualaikum WBT
SAMBUNGAN dari kisah saja-saja Menginap di Swiss-Garden Hotel Melaka, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur keesokannya. Pak Inche kata, kan bagus kalau kita terus pergi KL semalam. Entahlah, Sk pun tak terfikir sebab dari pengalaman berpuluh tahun hidup bersama tu, memang tak adanya Pak Inche saja-saja nak ke KL jika tiada urusan rasmi.
Hari bekerja, kan.. perjalanan pun lancar. Walaupun program Pak Inche akan bermula jam 4 petang, tak apalah sampai awal pun. Peribahasa, biar lambat asal selamat, kini sudah tidak relevant. Sekarang ni orang kata, siap awal tak kalut! 🤣
Pukul 12.50 dah dapat masuk bilik. Rasa bersyukur sangatlah tak kena sidai kat lobi sebab biasanya waktu check in di kebanyakan hotel adalah jam 3 petang. Kali ni dapat bilik tingkat 9, nak naik lif ke bilik perlukan kad access
Pak Inche tempah bilik Deluxe Queen Room, jadi biliknya kecik sedikit la berbanding Royal Chulan Seremban yang pernah kami inap sebelum ini. Tapi yang bestnya kedudukan RCTC ni bersebelahan sahaja dengan The CURVE Mall dan Ikea. Tapi, tak pergilah Ikea tu, kat JB pun ado dah. Lainlah dulu-dulu, asal pergi KL mesti nak pergi Ikea 🤣 bukan beli apa sangat pun, balik-balij beli lampu dengan berus jamban 😜
Pukul 2 macam tu, Pak Inche pun mula bersiap lengkap berpakaian baju melayu Teluk Belanga. Mujurlah muat lagi seluarnya maklumlah, tak silap ni baju raya sebelum PKP. Lepas tu, Pak Inche tak mahu lagi berbaju melayu, lebih selesa pakai kurta
Kalau dah sampai KL kenalah bagitahu Cikwa. Tapi tak paksa pun dia datang memandangkan jalan sesak ke Damansara ditambah cuaca nak hujan. Tapi, dah namanya Cikwa, dia datang jugaklah walaupun dah lambat masa tu. Teruslah ajak dia pergi makan di The Curve.. tu nanti Sk story lain la ya
Wajib juga pekena Nasi Lemak 222 (223) ni. Pukul 10.30 malam makan nasi lemak dengan Teh Tarik, ko Rasa!
Esoknya turun sarapan awal sebab Pak Inche perlu berada di Sri Pentas sebelum jam 9 pagi. Sk macam biasalah kalau makan tak ingat dunia, Biar menyesal makan dari menyesal tak makan, prinsipnya.. Sementara tunggu Pak Inche selesai kerja, kita lepaklah bilik, nak jalan-jalan malas dan takut tak jumpa pintu keluar, hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/05/menginap-di-royal-chulan-curve.html