Menginap Di Hotel 5 Bintang Kl Sunway Putra Hotel
Menginap di Hotel 5 Bintang KL Sunway Putra Hotel. Dah lama rupanya aku tak menulis pasal hotel ni. Hotel yang aku review kali ini memang betul-betul berada di tengah Kuala Lumpur. Salah satu hotel yang cukup gah satu ketika dulu dan kini tampil dengan imej baru yang lebih mesra sesuai dengan peredaran masa.
Sunway Putra Hotel terletak di Jalan Putra, Chow Kit. Melihat lokasinya sahaja mampu menarik mereka untuk jadikan hotel ini sebagai destinasi penginapan jika ke Kuala Lumpur. Tambahan pula hotel ini akan sentiasa penuh terutama apabila adanya event di PWTC.
Aku stay di Hotel ni 3 hari 2 malam. Boleh dikatakan antara weekend getaway aku ketika itu. Tapi jika korang bercadang nak stay di Sunway Putra Hotel seeloknya booking lebih awal. Lagi-lagi kalau ada Matta Fair. Biasa Matta Fair bulan September dan Mac. Faham-faham je lah tarikh ni memang full.
Menariknya Sunway Putra Hotel
Sepanjang 3 hari aku stay di Hotel ini memang aku habiskan masa dekat hotel jer. Explore apa yang ada sekitar hotel. Boleh kata tak perlu dah nak keluar gi mana-mana pun nama pun Weekend Getaway kan. Aku lebih suka habiskan masa di hotel jer. Sebab kat hotel ni pun macam-macam korang boleh buat. Lepak dekat Kafe, Mandi swimming pool, gym pun ada. Kalau agak bosan boleh jelan-jalan dekat Sunway Shopping Mall.
Ini salah satu criteria hotel yang akan aku pilih iaitu hotel yang attach sekali dengan Shopping Mall. Sebab nak makan pun senang, nak shopping pun senang, boleh tengok wayang. Macam korang bermalam dekat Mall gitu.
Lokasi
Lokasi memang tip top lah. Tengah-tengah KL kot. Nak makan senang. Parking banyak. Nak gi mana-mana sekitar KL pun tak ada masalah. Kalau korang datang dengan train pun tak jadi hal. r
Bilik
Ya aku tahu hotel ni dah lama wujud, tapi apa yang mengejutkan aku bilik dia tak nampak macam hotel lama pun. Boleh dikatakan tak hipster sangat tapi lebih kepada mereka yang corporate. Bercuti gaya bos gitu. Bilik pulak luas. Kalau yang ada keluarga pun memang sesuai.
Sunway Putra Hotel menyediakan 650 bilik yang cukup selesa buat penghuninya. Bilik yang aku stay hari tu adalah jenis Club Room. Bolehlah tahan ada katil saiz king, meja kerja sesuai untuk aku yang jenis bercuti sambil bekerja.
Facilities Hotel
Hotel 5 bintang, nak jangka apa lagi kan. Semuanya lengkap. Staff pun mesra, ada swimming pool best walaupun swimming pool tak sehebat Swimming Pool di Sunway Velocity Hotel tapi bagi aku swimming pool kat sini pun boleh tahan.
Antara Facilities lain yang ada di Sunway Putra Hotel ialah:
Wifi (available di semua public area)24 Jam fitness Centre (Level 11)OPutdoor Swimming Pool (Level 11)24 Jam security serviceTransfer arrangementConnected to Sunway Putra MallShuttle bus to city centerDirect connection to KLIA/KLIA2 by train
Tempat Makan
Tempat makan memang penting. Aku hari tu memang tak sempat nak makan kat luar pun sebab ulang alik gi kelas masa stay dekat sana. Aduh masa cuti macam ni lah lecterer nak buat kelas ganti pulak. Terpaksalah tingallkan sekejap percutian hujung minggu aku di Sunway Putra Hotel. Yang geramnya result tetap tak seperti yang aku jangkakan malah paling teruk result aku dapat untuk kelas tu. Tak guna betul. Kalau tahu nak dapat result macam tu aku awal-awal lagi tak pergi kot kelas hujung minggu.
Ok kalau korang stay di sini aku ada beberapa tempat yang boleh korang gi makan.
Coffee House (Level 9) Ada masakan Asian, Western dan Middle EastAtrium Lounge (Level 9) Kalau nak coffee-coffee pun bolehGen Japanese (Level 10). Yang ni best. Rindu makanan Jepun. Miso sup dia terbaik. Ada BBQ lagi. Arghh 5 star aku bagiCherootz (Level 10) boleh dapatkan snacks Kalau tak puas lagi ada lebih 80 kedai makan dalam Mall
Waktu malam kalau lapar boleh jalan depan sikit. Ada kedai makan tomyam. Tapi kena lintas jalanlah. Boleh makan mee kuah. Sedap jugak. Kot-kot lah korang jenis macam aku lapar waktu malam lepas jam 10. Mall dah tutup jadi salah satu option yang ada adalah kedai makan tomyam depan hotel.
Attractions:
Untuk short trip jika stay kat sini aku cadangkan korang boleh ke KLCC, Menara KL, Aquaria KLCC, Batu Caves, Petaling Street, Bukit Bintang, Sunway City dan banyak lagilah tempat menarik sekitar KL yang korang boleh pergi. Boleh naik train dan juga shuttle bus yang disediakan.
Jadi korang kalau masih lagi mencari-cari hotel untuk weekend getaway bolehlah cuti stay di Sunway Putra Hotel.
Harga: Bermula dari RM237
Rating Review from FaizalFredley.com
Price: 4/5Location: 5/5Facilities: 5/5Cleanness: 4/5Chilling Out: 4/5
Sunway Putra Hotel
Facebook: SunwayputrahotelklInstagram: @sunwayputrahotelWebsite: https://putra.sunwayhotels.comAddress: 100 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia.Phone: + 603 4040 9888
Penafian
Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama antara Sunway Putra Hotel untuk diterbitkan di www.faizalfredley.com. Sebarang pendapat dan review ikhlas dari penulis tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Untuk matlumat lanjut dan review boleh hubungi penulis di
[email protected]
The post Menginap di Hotel 5 Bintang KL Sunway Putra Hotel appeared first on Faizal Fredley.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.faizalfredley.com/2019/02/12/menginap-di-hotel-5-bintang-kl-sunway-putra-hotel/