Menginap 3h2m Di The Jerai Hotel Sungai Petani Pembaca Alam Sari


 Assalamualaikum WBT
SEJAK awal merancang untuk ke utara atau tengok kampung, Pak Inche telah menempah sebuah homestay di Penaga, Pulau Pinang. Kononnya nak menikmati suasana kampung tapi disebabkan beberapa kali pengalaman tidak enak yang kami alami, Pak Inche berubah fikiran. Lagipun homestay tersebut cuma mempunyai sebuah tandas, kami ni selalunya rasa nak melabur tu datang serentak, payah nanti 🤭.
Jadi, fikir punya fikir, kita menginap di hotel saja la. Kali ini Pak Inche menempah dua bilik deluxe berharga RM178 semalam di The Jerai Hotel Sungai Petani. Kami cuba minta untuk daftar masuk awal melalui panggilan telefon namun paling awal dibenarkan jam 2 petang. Tu yang balik rumah Kuala Ketil dan makan tengahari dulu di Hashim Ikan Bakar. Mula tu ingat nak mandi dulu di Kuala Ketil, maklumlah dah lebih 12 jam kan, tapi kemudian fikir malas nak berangkut beg, mandi kat hotel jer la.

Haaaa.. menyesal tak mandi dulu apabila terserempak dengan silent reader Alam Sari Di Tanah Jauhar yang sungguh rupawan masa nak daftar masuk tu. Malu giler tau, Sk pulak dengan muka tak siap dan tengiknya bau. Dahlah baru lepas makan di restoran ikan bakar, mesti bau asap jugak 😤 Tak tahu mana nak letak muka ni 🙈🙈🙈. Lepas berborak-borak, kami berpisah di lobi untuk ke bilik masing-masing


Bilik yang kami inap ni besar sungguh dengan katil bersaiz raja, RM178 tu memang berbaloi sangat. Ada ruang yang luas untuk solat di tepi tingkap


Meja solek diletakkan di sini, memang cahaya penuh la masuk. Kami ambil bilik bersambung dengan twin bed. Katil Iman saiz bujang, Iman kata, kalau dia terlentang jer terus penuh. Biasanya katil single hotel ni saiz super single, di sini betul-betul single 😆. Suruh dia cantumkan, tak mahu takut banyak habuk bawah katil


Tak pasti nama hotel sebelum ni sebelum diambil alih oleh The Jerai Hotel. Lantai pun banyak yang sompek, agak bahaya bagi mereka yang bawa anak kecil yang masih merangkak. 

Bagusnya hotel ni siap dengan seterika dan papan penggosok yang dijaga dengan baik. Tekanan air pancuran mandi sederhana sahaja. Kebersihan bilik air kurang memuaskan, tu tak pa, housekeeping cuma kemas bilik, menyapu dan buang sampah tapi tak bersihkan bilik air dan kami telah adukan semasa daftar keluar. Malas la nak bising-bising sangat. Hotel ni juga agak old skul ya, masih gunakan kunci, kali ni kami dapat bilik Tingkat Dua, hotelnya pun tak tinggi sangat


Sk mulakan sarapan hari pertama dengan nasi lemak sambal tumis dan rendang ayam (ke kari.. lupa pulak 🤭). Cukup semua aksesori nasi lemak iaitu telur rebus, timun, ikan bilis dan kacang tanah goreng. 

Lepas tu makan American Breakfast pula. Ada macaroni ala carbonara, kacang panggang dan sosej. Ambil omelette yang dah siap di Egg Counter


Hari kedua bersarapan, ambil Kuey Teow Goreng, sosej dan Popiah Sayur. Semalamnya ada mee goreng, Iman kata, bolehlah. Biasa kalau Iman kata bolehlah tu, tak mengecewakan la. Popiah Sayur tu dua-dua hari ada


Buffet Breakfast boleh dikatakan lengkaplah. Ada nasi lemak, mee/ kueyteow goreng, western, bubur, roti, bijiran, salad dan buah-buahan. Minuman panas seperti kopi dan teh juga sentiasa penuh. Juga disediakan jus mangga dan oren


Kolam renang terletak di sebelah kafeteria jadi sambil ibu ayah sarapan, boleh perhatikan anak-anak mandi-manda di kolam. Anak-anak pulak kalau lapar, lari sekejap la nganga mulut dekat mak 😆


Masih menggunakan sistem kupon yang perlu diserahkan di kaunter kafe. Kafenya tak besar tapi meja sentiasa ada. Mungkin kerana variasi menu pun yang asas sahaja, jadi, kita makan-makan apa yang ada sajalah.. gituhhhh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/10/menginap-3h2m-di-jerai-hotel-sungai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Silaturrahim Warisan Siraj Version 3 Di The Crystall Hall Bukit Jelutong Shah Alam

Majlis Silaturrahim Warisan Siraj Version 3 Di The Crystall Hall Bukit Jelutong Shah Alam

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum Hari ni SA berpeluang join event besar besaran anjuran Warisan Siraj event ni merupakan version 3 anjuran mereka Memandangkan SA dah masuk keluarga besar suami maka SA turut dijemput memeriahkan majlis keluarga sebelah suami...
Bercuti Dan Menginap Di M Boutique Hotel Station 18 Ipoh

Bercuti Dan Menginap Di M Boutique Hotel Station 18 Ipoh

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 279 hits
BERCUTI DAN MENGINAP DI M BOUTIQUE HOTEL STATION 18 IPOH Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini Semoga pembaca dan rakan bloggers beroleh kesejahteraan dan dipermudah segala urusan Lately banyak perkara berlaku dan ba...
Sonnen Batteri Powering The Future Of Solar Energy Storage

Sonnen Batteri Powering The Future Of Solar Energy Storage

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 219 hits
As we seek more sustainable and eco friendly energy solutions solar power stands out as a signpost of hope The utilization of solar power has risen in popularity leading to a growing need for energy storage solutions Sonnen an innovative Ge...
Ctos To Power The Kekal Impian Digital Moneylending Platform

Ctos To Power The Kekal Impian Digital Moneylending Platform

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 405 hits
CTOS Data Systems Sdn Bhd has signed a cooperative agreement with Kekal Impian Sdn Bhd to utilise CTOS systems for Kekal Impian s new digital moneylending platform From left Eric Chin CEO of CTOS Data Systems Sdn Bhd Jason Ng Business Advis...
The Ultimate Guide To Mastering Smartphone Photography Step By Step Instructions

The Ultimate Guide To Mastering Smartphone Photography Step By Step Instructions

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 204 hits
Welcome to the ultimate guide on how to master the art of smartphone photography With the rapid advancements in smartphone camera technology you no longer need expensive gear to capture stunning images Whether you re an aspiring photographe...
Netflix Spy Kids Armageddon And Chicken Run Dawn Of The Nugget

Netflix Spy Kids Armageddon And Chicken Run Dawn Of The Nugget

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 348 hits
Remember those golden days when you were huddled up with your family eyes glued to the screen as the daring chickens of Tweedy s Farm plotted their escape in Chicken Run or when the greatest spy family saved the day in Spy Kids Get ready to...
What S The Secret Recipe For A Witty Healthy Lifestyle

What S The Secret Recipe For A Witty Healthy Lifestyle

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 293 hits
Ah the elusive healthy lifestyle it s like trying to find a unicorn a leprechaun and a pot of gold all in one day As we navigate through life bombarded by a million different opinions on what is truly good for us it s easy to feel overwhelm...
Foreign Exchange Get The Best Rate

Foreign Exchange Get The Best Rate

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 191 hits
By Elaine Glusac from NYT Travel https ift tt ulLdHYO
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu