Bercuti Dan Menginap Di M Boutique Hotel Station 18 Ipoh
BERCUTI DAN MENGINAP DI M BOUTIQUE HOTEL STATION 18 IPOH | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Semoga pembaca dan rakan bloggers beroleh kesejahteraan dan dipermudah segala urusan.. Lately banyak perkara berlaku dan banyak tugas yang perlu diselesaikan, so penat this month tapi bila teringat blog belum update terus curi masa semata-mata untuk post cerita bercuti di Ipoh yang hampir outdated.. Demi kenangan, haruslah saya kongsi di sini..
Al-kisah, semasa cuti Hari Kemerdekaan end of last month, we went to Ipoh for Jalan-Jalan Cari Makan.. really not me sebab saya sejenis tak suka berjalan jauh semasa public holiday ditambah pula cuti sekolah.. I don't like hassle of traffic jam.. tapi itulah sebab ingin mencipta kenangan untuk anak since Arief school break, saya redah juga.. We were so excited before going.. Iyalah orang tak pernah jejak ke Ipoh..
Welcome to Ipoh
Kami keluar rumah dari Seremban takde laa awal sangat sebab check in pun pukul 3.00 petang, sempatlah breakfast mee kari dan nescafe panas di Bandar Aindale sebelum bertolak. Keluar susur Ipoh, singgah pula di Restoran Pakcik Wong - Makanan Cina Muslim, terletak di pekan Tambun.. Semua tu hasil carian di website, last minute prepared!
Sekitar pukul 2.45 petang, kami tiba di tempat penginapan iaitu M Boutique Hotel Station 18 Ipoh. Booked hotel pun last minute, so dapat apa yang ada, tak pernah menginap di Boutique Hotel sebelum ni so dapatlah pengalaman baru..
M Boutique Hotel Station 18 Ipoh
Banyak hotel fully booked saya pun be prepared for disappointment, I don't expect too much.. Ini pun saya booked Premier King tapi pihak hotel tukar saat akhir sebelum saya checked-in, katanya ada masalah maintenance. Bilik terpaksa downgraded ke Superior Queen Room, hurrrmm takpe laa janji ada tempat menginap.
Hotel exterior
Parking in the public parking space outside the hotel, pada mulanya saya fikir agak risky juga tapi mujur pihak hotel ada sedia guard malam hari.. tentang tempat letak kereta pun ada cerita, nanti saya kongsi sebelum penutup post ini..
Lobi hotel
Urusan checked-in smooth sebab kami tiba awal.. Alhamdulillah tak sia-sia pilih hotel ni sekadar transit untuk jalan-jalan cari makan. Hotel hanya walking distance dari AEON Station 18 Ipoh, at least ada tempat untuk shopping, makan atau tengok movie..
Hotel lobby
Inilah hiasan dalaman M Boutique Hotel Station 18 Ipoh..
Hotel lobby
Entrance
Waiting area
M Boutique
M Boutique
Leisure section
Hotel lif
Hotel lif
Welcome to M Boutique Hotel
Tempat #ootd
#ootd decor
Overall hotel ni unik.. tapi ada cerita masa saya selesai booked baru search tentang hotel ni.. Cari review dari pengunjung sebelum ni.. Tiba-tiba saya terpandang komen berikut di Google review.. Komen tentang bilik 207 ni.
Room 207
Google review
Kata orang nasi dah menjadi bubur, dah booked pun sebelum baca review tersebut so tawakkal saja.. Saya sempat bertanyakan perkara tersebut kepada front desk semasa check-in, diaorang beritahu ianya sekadar comment dari unhappy customer. So saya abaikan komen itu asalkan bukan saya yang tinggal dalam bilik tersebut. Dalam hati cuak juga sebenarnya.. Alhamdulillah sepanjang menginap di sana nothing strange, malah saya boleh katakan kami tidur sangat nyenyak ditambah hujan renyai-renyai sepanjang malam.. On top of that, tak perlu risau bangun awal untuk breakfast sebab tiada breakfast di hotel ini..
Laluan ke bilik hotel
Ruang santai untuk bersembang
Bilik gosok pakaian dan air masak
Oh ya, saya tempah bilik nombor 203 dan 204.. Bilik ketiga dan keempat dari ruang santai so senang untuk ambil air masak.. Ini pula bilik tempat kami menginap..
Room 203
Superior Queen Room
Bilik termenung
Bilik mandi
Ruang menulis
Telefon
Safety box
Chiller
Sofa santai
Tv
Next day, check out around 11.30 pagi sebab kami brekafast di AEON Station 18.. Masa masuk barang ke dalam kereta, kami tak sangka dapat surat kompaun tempat letak kereta.. aisyehhhh lupa nak bayar parking, padahal apps dah download dan sia-siap top-up duit dalam tu.. hurrrrmmm dari bayar RM4.00 terpaksa bayar kompaun RM15.00.. haish! Itulah cerita tentang parking hotel tadi.
Bertolak dari hotel, tiba-tiba rasa kereta tak selesa, ada bunyi pelik di bahagian tayar.. Saya sejenis risau sebab perjalanan masih jauh.. Dibuatnya kereta rosak di tengah jalan, agak menyusahkan.. So we decided to check apa masalahnya.. Syukurlah kedai tayar reliable terletak tak jauh dari hotel.. Maka singgahlah workshop untuk check mana datangnya bunyi pelik tersebut.
Megat Kedai Tayar
Setelah diperiksa, terdapat masalah pada gandar tayar depan hingga mengikis bahagian tepi tayar.. Tayar terpaksa ganti baru sebab dah keluar dawai, adoi oi!.. Tak memasal ganti tayar baru dua-dua bahagian demi keselamatan perjalanan jauh.. Untuk ganti bahagian major terpaksa tunggu sparepart so tak boleh buat on the spot.. Kami cadang untuk buat di Seremban.
Walau tak sedap hati, selesai urusan di kedai tayar, perjalanan diteruskan ke Canning DimSum, al-maklum penggemar dimsum mesti tak akan lepaskan peluang makan di sini.. Beriya rujuk map, bila tiba hampa sebab terlalu ramai manusia.. Kami perlu tunggu antara 1 jam ke atas untuk dapat meja.. Jika ada pilihan menunggu lama bukan sayalah.. Lagipun dengan keadaan kereta begitu, risau bertolak lewat.
Restoran Canning DimSum
Hanya mampu ambil gambar signboard sebagai kenangan.. huhuhu. Memandangkan tiada rezeki makan di Canning DimSum, saya search lokasi lain.. Saya jumpa Greentown DimSum Cafe yang terletak di Greentown Avenue.. Alhamdulillah ada rezeki lunch makan dimsum di Ipoh.
Selesai makan tengahari tanpa berlengah kami meneruskan perjalanan pulang ke Seremban.. Around 7.00pm tiba di rumah setelah menempuh jam sepanjang perjalanan di tambah hujan renyai..
Begitulah cerita bercuti, dispite the disappointment tak dapat tinggal hotel 5 stars dengan kereta problem, we had so much fun.. syukur semua berjalan lancar. Tak sangka akhirnya saya berjaya hadapi percutian dengan keadaan begitu.. Ianya satu cabaran yang agak membanggakan untuk diri sendiri juga, hehehe
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone
Regards,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ladyinredplanner.blogspot.com/2023/09/bercuti-dan-menginap-di-m-boutique.html