Menginap 3h2m Di Elissa Hotel Suites Kangar


 Assalamualaikum WBT 


KALI ni, Sk memang serahkan aje pada PI dan Iman untuk buat pilihan penginapan selepas tak jadi menginap di Ayu Rest House Homestay. Kenapa tak jadi menginap, boleh baca post sebelum ini AYU REST HOUSE - HOMESTAY CANTIK DI PINGGIR BUKIT
Dengar jugak PI buat panggilan kat The Putra Regency Hotel Kangar tapi dah penuh.



Yang kelakar seramnya, masa lalu depan sebuah hotel ni (hotel tu kat seberang jalan), Sk terus teringat macam pernah nampak bangunan yang tersergam dekat sebelah kanan tu lalu kat TT apabila Sk buat carian tempat menarik di Perlis. Semena-mena, Sk bersuara, ohhh.. ni kan hotel baru yang dorang cakap bangunan terbengkalai lama tu? Sekali, PI buat u-turn dan bagi signal kiri. Lahhhhh, rupanya, inilah hotel yang dua beranak ni tempah, hahahaha. 

Elissa Hotel & Suites ini baru sahaja beroperasi. Ia merupakan sebuah boutique hotel. Masa kami sampai ni pun nampak ada kerja-kerja penambah baik sedang dilakukan kontraktor. Kami ambil dua buah bilik tapi tak dapat bilik connecting la, dapat sebelah menyebelah jer. Mujurlah Iman tu dah besar dan berani jer duduk sorang. Ada jer family room tapi fikir tak nak berebut bilik air pagi-pagi sebab timing sama, hahaha



Bilik dengan katil saiz permaisuri ni ada balkoni. Di sebelah kanan mengadap bukit dan hutan seakan-akan pemandangan di Ayu Rest House jugak. Memang bentuk muka bumi di sebelah utara ni kebanyakannya kan. Sk tak keluar tengok, PI jer la yang sapkoktang kat luar, malam-malam pun dia duduk luar lepas tu siap main gong gong dengan anjing yang banyak berkeliaran kat bawah. 

Bangunan hotel ni taklah tinggi sangat. Kami dapat bilik tingkat 3, nombor bilik 302


Kelengkapan mengopi dan mengeteh yang lengkap. Puas hati mug dia besar


Seterika dan papan penggosok disediakan. Sejadah juga disediakan. Bilik air pun selesa serta tekanan air laju


Malam tu kami cari makan tempat yang mudah-mudah aje la, penat dah siang tu berpindah-randah. PI kata nak makan capati. Eiii.. nyampah betul, pergi mana-mana nak capati baik duduk jer diam-diam kat Johor tu. Tapi, takpa, kali ni Sk bagi chance, huhu. Dekat kedai capati ni, ada Mee Kuah Udang


Masuk-masuk kedai, nampak atas meja ada nasi lemak. Ni memang stail bungkus nasi lemak kat sebelah-sebelah Kedah dan Perlis, kan. Kami makan nasi lemak sorang sebungkus


Kipas susah mati nasi lemak bungkus


Dalam pada membebel pasal asyik makan capati, SK pun makan capati jugak, hahaha. Sk ambil capati kuah sardin. Dah makan sikit baru teringat nak ambil gambar. Selain kuah sardin, ada juga kari ayam. Cepat jugak la capati siap dan dekat sini capati tu memang datang sekeping. Kalau nak dua, cakap nak dua. Kebanyakan tempat yang Sk pergi makan capati, dia kira satu set ada dua keping


Lama betul la nak tunggu Mee Kuah Udang ni siap. Nampak dorang banyak siapkan order online. Ni Iman punya, dia dengan PI jer makan mee udang ni. Gara-gara mee udang ni lambat, dekat pukul 10 atau mungkin dah lepas pukul 10 baru kami sampai hotel. Yang terkejutnya, dorang dah letak kon nak masuk perkarangan hotel tu. Tu takpa, lobi tu dorang pasang satu lampu aje, staf semua takde. Sk dah cuak dah, nak ambil gambar untuk rekod pun tak berani, hahaha. Selain kami, ada sebuah lagi kereta di ruang parkir yang baru sampai masa kami nak keluar makan. Dalam hati masing-masing fikir, memang kami dan dia aje ke yang menginap kat situ agaknya malam tu, tapi diam-diam aje la


Ni panel tv dekat bilik Iman. Reka letak bilik Iman berlainan dari bilik kami. Ingatkan Iman agar kunci bilik. Iman tu mana reti takut, kan.. pukul 2 pagi baru tidur, layan drama Mandul Bukan Pilihan, katanya, hahaha. Adoi, tak faham kenapa nak letak tajuk drama macam tu


Tiada sarapan disediakan di hotel, kami keluar bersarapan di Warung Ali Kopi dan Jalan-jalan ke Nat Pokok Getah. Balik dari Nat Pokok Getah, kami ke Taman Ular nak tengok taman bunga matahari tapi tak jadi masuk sebab pokok bunga matahari mati dah semua. Bagi melengkapkan agenda, kami ke Kampung Warna-Warni yang terletak di Kuala Perlis. Aaaa... tu nanti Sk cerita, okeh



Sebelum balik hotel, kami singgah 99 Speedmart nak beli air, nampak la pulak luton van ni jual nasi kandar. Iman kata, nak tapau. Kalau babah tak nak, dia nak jugak tapau, sekali PI pun nak jugak. Memang baguslah tapau mengenangkan semalamnya tu tak selera nak makan dalam kepenatan dan kepanasan di Teratai Thai Food, Padang Besar.

Dekat balkoni tu ada disediakan kerusi meja ni eh, Sk ambil bawa masuk dalam. Oh, masa balik ni, housekeeping dah siap kemas bilik ya, efisyen sungguh


Makan berdua aje, Iman makan kat bilik dia, hehehe. Haishh, pi Kedah makan nasi kandar, pi Perlis pun makan nasi kandar jugak hampaaa


PI ambil lauk daging, kubis dan telur rebus. Sk ambil ayam goreng, telur masin dan kubis. Kuah campur kuah asing. Bolehlah.. bolehlah.. janji kenyanggggg. Selesa sikit makan dalam kedinginan pendingin hawa dalam bilik, hehehe. Burppp.. Alhamdulillah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/08/menginap-3h2m-di-elissa-hotel-suites.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di Regalo Hotel Kota Laksamana Melaka

Pengalaman Menginap Di Regalo Hotel Kota Laksamana Melaka

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 430 hits
AssalamualaikumBismillahTahun ini tidak dapat balik Sabah untuk beraya maka kami pun beraya di Melaka Pertama kali sebenarnya menjejakkan kaki ke Bandar Bersejarah Suami dah banyak kali ke sini Perjalanan dari Pontian Johor ke Melaka mengam...
Menginap 1 Malam Di Royal Park Hotel Bangi

Menginap 1 Malam Di Royal Park Hotel Bangi

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 206 hits
Assalamualaikum WBT KISAH percutian ke Perthhhh lih Selasa lepas maghrib kami memulakan perjalanan ke utara Singgah makan malam di R R Machap Iman belum makan satu hari tu dia makan Nasi Ayam Penyet PI makan Mee Rebus Jawa dari Gerai Sinar ...
Terengganu Penyelia Hotel Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii Pekerja Wanita

Terengganu Penyelia Hotel Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii Pekerja Wanita

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 181 hits
Mohd Ishak Abdillah NgahTertuduh Mohd Arid Zakaria diiringi anggota polis di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini KUALA TERENGGANU Seorang penyelia pembersihan sebuah hotel didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduh...
Pernah Tertanya Kenapa Nasi Hotel Sentiasa Gebu Wangi

Pernah Tertanya Kenapa Nasi Hotel Sentiasa Gebu Wangi

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 227 hits
Masak nasi di rumah kadang kala jadi lembik kadang berderai macam kerikil halus Tapi bila makan di hotel atau restoran nasi dia elok aje gebu wangi lemak dan sekata pula tu Apa rahsianya Sebenarnya bukanlah sebab beras mahal sahaja tapi seb...
Makan Di Sadiah Cafe Kangar

Makan Di Sadiah Cafe Kangar

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 295 hits
Assalamualaikum WBT SEJAK beberapa hari ni suasana di Tanah Jauhar agak sejuk sikit Ada hari hujan ada hari redup Nak mandi pun air kemahen sejuk macam mandi air perigi hihi Pagi tadi agak mendung sikit ingatkan nak hujan tapi tak jadi rupa...
Top 10 Hotel Di Genting Highland Bermula Rm100

Top 10 Hotel Di Genting Highland Bermula Rm100

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 174 hits
Mencari hotel di Genting Highland yang selesa dan mesra bajet kini tidak lagi sukar Dengan pelbagai pilihan penginapan yang sesuai untuk percutian keluarga pasangan mahupun solo travel kawasan tanah tinggi ini menawarkan suasana nyaman dan ...
98 Warga Bangladesh Diusir Dari Klia Cuba Masuk Guna Tempahan Hotel Palsu

98 Warga Bangladesh Diusir Dari Klia Cuba Masuk Guna Tempahan Hotel Palsu

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 411 hits
KUALA LUMPUR Seramai 98 warga Bangladesh dihalang memasuki negara selepas gagal mematuhi syarat kemasukan dalam operasi pemeriksaan awal pagi di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA Terminal 1 hari ini Operasi Awal Pagi Agensi Kawalan dan Perli...
Pelancong Saman Hotel Lebih Rm7 Juta Selepas Digigit Ular

Pelancong Saman Hotel Lebih Rm7 Juta Selepas Digigit Ular

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 341 hits
KOSMO JAKARTA Seorang pelancong Mesir Ahmed Samy Niazy El Gharably menuntut ganti rugi nbsp 28 bilion rupiah dari sebuah hotel di Lombok Tengah lapor portal berita Lombok Post semalam Tuntutan nbsp itu disebabkan kerugian dan kemudaratan ya...
Menginap 2 Hari 1 Malam Di Duta Riang Villa Selandar Melaka

Menginap 2 Hari 1 Malam Di Duta Riang Villa Selandar Melaka

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 453 hits
Cerita hujung minggu bulan lalu Sabtu Ahad 19 20 Julai 2025 Saya dan Encik Suami dapat jemputan untuk menginap di Duta Riang Villa yang terletak di Selandar Melaka Selain kami pemiliknya yang juga kenalan Encik Suami turut menjemput beberap...
Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Mickey Ayo Beri Petunjuk Bersedia Mendirikan Rumah Tangga Netizen Kaitkan Dengan Nora Danish 8 September

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Netizen Tegur Sikap Over Peminat Syafiq Kyle Menggeletis Lagi Kan Mimi Lana Dah Sindir


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik

Speedy Tigers Akhiri Kempen Piala Asia 2025 Di Tempat Ketiga

I M Muhyiddin S No 1 Supporter Hamzah Declares Amid Poison Pen Letter Claims

China Displays Five New Ucavs

Man Nabbed For Threat Against Pm In Facebook Comment

Sarang Anai Anai Dalam Rumah Cara Kenal Cegah Dan Atasi Masalah Besar Ini